Sabtu – 19 Feb 2011
Biasanya hari ni ialah hari mengemas rumah (Spring Cleaning). Waktu ni la nak basuh baju, sidai baju, lipas baju, kemas dapur, vacuum sana-sini, mop lantai, cuci toilet, dan lagi…dan lagi… dan lagi… Bila bangun pagi jer mesti siapkan Gohan & Goten, bagi diorang mandi dan minum susu pastu start ler mengemas umah. Encik asben la yang rajin suh aku tukar langsir.. lap2 sana-sini.. dan yang penting Gohan & Goten memanglah sibuk jer kan.. aku ke depan pun diorang ikut.. ke belakang pun nak follow gak.. Goten ni semenjak dah pakai walker makin laju dia kejar aku.. wah wah wah tunggu sikit ari lagi bila dah dapat kaki.. Si Gohan dgn Goten yang tolong punggah barang2 umah ni.. adeh! Pening..
Ahad – 20 Feb 2011
Harusla aku rajin memasak kan untuk tengahari tue.. hahahah so menu nya ialah:
1. Sambal Ikan Makarel
2. Masak Lemak Daging Salai
3. Telur Mata Masak Kicap
Simple jer dowh… tapi mak dah baca2 dan hembus2 kan waktu masak tu… harusla sedap kan? Hehehe.. setiap kali masak baca jer doa untuk masak tu kan.. hehehe.. ni petua nenda yang bagi waktu aku duk kampong masa cuti sekolah kecik2 dulu. Puncanya, setiap kali dia masak, mesti aku tambah 2-3 kali. Heran jugak nape boleh jadi cam tu.. ringan jer mulut ni bertanya kat nenda (lain kali aku posting pasal nenda plak eh) so nenda yang comel pun bagi tau doa yang perlu di amalkan kalau memasak. Nanti kalau aku jumpa dalam google aku add-in kat sini ok uols…
Lepas tu encik Goku ajak gie karok.. harusla aku setuju kan? Cepat2 siap kan Goten & Gohan. Aku laju jer an nak melalak ni.. dah lama kot tak melepak. So dengan riang ria nya kitorang menghala ke Kota Damansara. Skali dengan Goku drain members encik Amir & encik Khair (lain kali jugak aku posting pasal the drain members ni a.k.a mulut longkang)
Selepas beria-ia sampai kat sana dan register bagai.. dah siap tunggu pastu siap borak2 dengan 3 pompuan cun yang duk kat sebelah aku (yang tetiba aku baru perasan salah sorang dari pompuan tue ada halkum (mak aiii….layan je laaa) pastu dah melepak kat sofa menunggu tu dalam setengah jam baru si amoi tu bagi taw yang tempat penuh.. dalam kul 5 baru ada kosong.. aku tengok jam (bukan jam aku pun sebab aku malas pakai jam) aku tengok jam Goku lerr.. baru pukul 3 so tak kan nak berkampung lak kat situ an? an? so kitorang tukar plan dari melalak ke mengisi perut kat Kayu Nasi Kandar.. adeh! Boleh laaa… pas makan terus balik…
sedapnya masak..semua lauk utama tu..kak bagi la ayah2 pengasih yang ko gunakan tu..share2 ayat Quran kan?
ReplyDeleteboleh2 nanti akak letak kat posting..
ReplyDelete