Tuesday, February 1, 2011

Oreo Cheese Cake (sedap & jimat kos)

Bahan-bahan:

2 bar Cream Cheese (Philadelphia)
1/3 butter (brand Buttercup)
Saya pakai McVities Digestives. Kalau beli yang besar jangan guna semua. Kalau beli yang kecil guna semua.
1 tin susu pekat manis (brand F & N)
Oreo untuk perasa
Serbuk agar agar 5 sdb
Perasa Oren (kalo nk guna lemon rs dl lemon 2 br titikkan kdang2 masam.kalo rs ala lemonade leh ltk lebih)

cara cara membuatnya:

Mula mula, hancurkan biskut Digestive. Hancurkan bagi jadi serbuk. Tak perlu pakai blender pun.(cara sy masukkan dlm plastik sy hentak2 kan “kelepet kelepet kelepet” dah hancur
Dapatkan dalam satu cawan macam tu. Jangan banyak sangat. Biskut ini kita akan gunakan sebagai base.

Ok, serbuk ini kita akan campurkan dengan butter yang telah cair. So butter tu akan jadi gam. . Gaulkan serbuk biskut tadi dengan butter dan letakkan ke dalam loyang. (loyang dilapik dgn kertas minyak/aluminium foil) Tekan2 sdikit...

(Lepas dah letak dan tekan tekan, boleh simpan sekejap dalam peti sejuk...)

Kemudian, 2 bar cheese tadi bersama dengan satu tin susu pekat dikacau. Kalau puan puan ada mixer, boleh terus mixkan guna mixer dalam 10 minit macam tu. (kelajuan sy guna high speed)

Dia akan pekat. Bila dah agak cair, dia akan still berketul kecil kecil. Kalau ketul besar lagi, kacau lagi sampai ketul jadi kecil.

Kemudian, larutkan 5 sdb serbuk agar agar dengan 1/4 cawan air panas. Masukkan dalam cheese yang di mixxer td. Kacau bagi sebati.

Perah sikit lemon/perasa oren. Bg yg guna lemon tolong rasa dulu lemon tu, kalau masam nauzubillah. letak sikit ja, kalau manis manis ala ala jus lemonade, bole letak banyak sikit. (saya guna perasa oren je...)

Lepas dah kacau, ini optional, boleh la masukkan Oreo. buang krimnye ambil biskut je. masukkan dlm adunan kacau2. .terus masukkan dlm loyang td.Ok akhir sekali tutup loyang dgn aluminium foil...kemudian bole la dimasukkan dlm pt.sejuk semalaman (sy letak dlm icebox dlm 1jam lps 2 br ltk bwh (sbb sy nk pastikan kek betul2 keras dan kental :))

Selamat Mencuba...... =D

No comments:

Post a Comment