Showing posts with label Info/Bantuan. Show all posts
Showing posts with label Info/Bantuan. Show all posts

Friday, November 2, 2012

10,000 Walk A Day Challenge!!!

Assalammualaikum,

Been busy lately ni dengan training dan meeting yang tak habis-habis. Bersambung pulak dengan cuti itu dan ini. Maklumlah, Malaysia ni memang banyak cuti umum. Rakyat pun berbilang kaum kan. Nak di jadikan cerita, lately ni kerap jugak aku naik ke penimbang berat badan. Pastu asyik sentap jer. Mana tak nye.. jarum tu asyik ke kanan. Idok ade pon nak ke kiri barang sedikit. Makin jarum tu ke kanan dan hampir nak cecah 180 darjah. Ngeri wehhhh...

Nak menambahkan ngeri bila jumpa adik-adik ku dan ipar-duai ku.. masing-masing mulut longkang tahap dewa-dewa. Jenis tak reti nak tapis. ekekeke sama macam aku gak. tapi hati kami sangat baik. Putih dan suci. Suci lagi menyucikan. :)

Harus ler berbuat sesuatu sebelum sebarang perkara buruk berlaku. Cewah! acaner tu? Dengan rasminya ku order fat burner 2 botol. Fat burner ni selalu encik hubby ku guna especially kalau dia angkat berat bagai. Yang ni boleh beli kat mana-mana farmasi atau produk kesihatan. Ni bukan produk haram tau uols. Nak makan sebarang produk mesti yang di iktiraf KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia). Nanti ape-apa jadi kat korang susah.

Dan yang penting, mesti banyak minum air suam. Minum minimum 8 gelas sehari. Kalau lebih lagi baik. Menu diet seimbang jugak perlu diperhatikan. Makanan yang perlu diabaikan ialah goreng berminyak, kanji macam nasi, kentang, mee, mee hoon, minuman sejuk dan ais. Menu seimbang yang perlu di ambil macam sayur, buah-buahan dan protein (ikan, ayam). Daging pun kalau boleh di elakkan. eceh... dah macam pakar pemakanan plak ye. Sharing is caring kan.



Gambar atas skali tu product yang telah di order. Kat rumah memang dah ada tapi tinggal setengah botol. Encik hubby yang makan ni. So dia pun dah suggest aku makan jugak supaya tak obesiti dan lebih sihat. Ini supplement bantu tukarkan lemak sedia ada kepada tenaga. Tugas korang ialah jangan tambah lemak lagi dalam badan. Penat Polythermex ni bekerja keras tolong transform lemak-lemak kepada tenaga, sedap jer nak tambah lemak lagi. Cam tu kalau korang makan 88 botol pun memang tak turun ler berat badan. Testimenial kat gambar 3 tu aku google. Awek ni yang aku pon tak kenal saper tapi dia salah seorang pengguna Polythermex. Sape nak order boleh bagi tau aku yer. Tapi aku bukan agent ye. Tolong belikan je. Harga aku bagi diskaun 10%. Eceh... eh betul la. Encik hubby selalu beli so dapat special price.

Bukan tu jer, aku ni tak la rajin bersenam, so alternatif lain.. kena la berjalan. Bukan jalan-jalan biasa. Satu hari aku kena jalan 10,000 tapak. Tapi tak de maknanya aku nak kira berapa tapak dah jalan hari ni. Aku beli gadget khas ni boleh kira berapa tapak sehari korang dah jalan. Betapa pentingnya korang berjalan tu kan sampai ada pihak dah manufacture produk untuk kira berapa tapak dah jalan hari ni.


Untuk sekarang, aku dah jalan 1706 tapak. Mak aiii.. banyak lagi ni nak sampaikan ke soploh ribu.
Dan aku pun rajin turun bawah hantar dokumen. Kekerapan minum air jadi bertambah-tambah nanti kena jalan pergi toilet. Parking kereta pun jauh sikit dari biasa. Selalu nak parking paling dekat dengan pintu. Usaha nak menambahkan tapak berjalan. hehehehe... Pedometer ni aku beli kat cosway, dalam RM68 kot. Tapi aku ahli cosway so dapat guna coupon, jadi harganya murah sikit. Kalau ada yang nak, boleh beli dekat aku jugak ye. Pedometer  ni dwi-kuasa yang guna tenaga matahari dan ada sokongan bateri.

Aku target nak dapat berat badan 55kg. Sekarang 64kg. Ada 9 kg untuk diturunkan. Aku target 3 bulan untuk dapatkan 55kg ni. So review semula berat badanku pada 2 January 2012. Jom jaga kesihatan dan jalan lupa berjalan 10,000 tapak sehari ye uols.

Bye.

Thursday, October 18, 2012

POWER! Kursus Menguruskan Kewangan Dgn Bijak Oleh AKPK

Assalammualaikum semua,

Hari ni mummy attend training POWER! managing your debt effectively oleh AKPK (Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit) kat UEM Leadership Centre, PJ. Puncanya, main register je training yang ada sebab nak cukupkan KPI. Dah hujung-hujung tahun ni baru gelabah sket nak attend training. ;p

Banyak betul dapat info menarik dari Pn Azleena. Memang kita sebagai manusia ni lebihkan kehendak daripada keperluan.

 Program ini diasaskan oleh Gabenor Bank Negara, Dr Zeti Akhtar Aziz (gambar bawah). Program ini di uruskan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Dimana kaunselor-kaunselor membantu sesiapa sahaja yang ingin belajar menguruskan kewangan dengan baik dan mempunyai lebihan wang untuk simpanan kecemasan. (ewah... ayat cam tulis berita sajok)



 Yang ada retis kat atas ni adalah sebagai tanda sokongan mereka terhadap progam POWER! ni. Program ni sangat best dan padat. Tapi kalau nak di huraikan satu-satu kat sini kang korang pening plak. Sebab bila di letak dalam bentuk ayat, jadi panjang oooo....

Yang penting kena tahu asas. Kata Pn Azleena ni, Cash Flow Management ni ada 2 jenis:
Active Income : Pendapatan @ Kewangan yang dapat daripada makan gaji, bekerja sendiri (bisnes), commission insurance (mcm mummy dpt tu)
Passive Income: Pendapatan yang dapat dari sumber simpanan korang atau investment korang (cth: ASB, Public Mutual, rentals, dividends, royalties).

 Macam mana nak tahu samada gaji bulanan yang korang dapat tu ada surplus (positive) ke idok? Kalau idok tu deficit (negative) ler ye. Apa yang perlu korang buat? Kira la ye uols...

1. Jumlah Pendapatan - Jumlah Hutang = Tunai Surplus (ada lebihan) "Keep Up The Good Work"
2. Jumlah Pendapatan - Jumlah Hutang = Tunai Deficit (tak cukup) "Sila Review Cara Berbelanja Anda"

Contoh senang macam ni..
Senario 1: Gaji 100, Belanja 100 = Sila mati on the dot bila korang bersara, puncanya dah takde duit nak belanja bila bersara umur 55 tahun nanti ye.

Senario 2: Gaji 100, Belanja 150 = Sila mati awal sket sebelum bersara ye, puncanya belum apa-apa duit dah terlebih guna dari yang korang dapat tiap-tiap bulan. Nanti bersara kompem lagi susah hidup.

Senario 3: Gaji 100, Belanja 80 = Yang ni bagus. Berbelanja secara bijak. Siap boleh simpan 10% dari gaji untuk kecemasan (sakit, kereta rosak, tetiba hilang upaya sebab eksiden ke)

So kira.. jangan tak kira.. ahaks...!

Perghh.. tengok statistik ni pon dah ngeri. Waktu ni la rasa kena top-up coverage insurance ku. Company cover selagi korang kerja je. Bila dah start sakit, cam boss aku (nama dirahsiakan) dia strike with cancer stage 3, mmg tak dapat nk apply mana-mana insurance. Tapi boss aku ni nasib baik ada 3 polisi dan salah satunya Prudential. Padahal history tak pernah sakit apa-apa pun sebelum ni.

Kata kaunselor Pn Azleena tu lagi, setiap orang mesti buat budget. Ala-ala budget kerajaan 2013 tu. Eceh... idok le serupa itu sangat. Dah kata pun ala-ala kan... Kalau korang tak buat budget, sebelum hari gaji untuk bulan seterusnya, mesti korang dah start makan maggie, atau puasa, atau makan biskut kering dengan milo kat opis.

Kebaikan buat budget:
1. Hidup dalam keadaan tenang dan selesa (sbb semua hutang piutang dah dijelaskan)
2. Dapat menyimpan untuk kecemasan.
3. Mengajar tabiat menyimpan.
4. Dapat kenalpasti jumlah keseluruhan kewangan bulanan.

Macam mana korang nak tau yang korang spending tu Keperluan atau Kehendak???? part ni aku sentap sket... ahaks.. mesti ada antara korang yang sentap gak.. hehehe Contoh senang nak paham spt di bawah:

KEPERLUAN KEHENDAK
Makanan Makan di restoran mewah
Tempat Tinggal Rumah ala-ala resort banglo
Pakaian Baju berjenama
Masa Berkualiti Dgn Keluarga Bercuti ke luar negara
Kereta / Motor Kereta mewah, sport
Telefon Telefon canggih terkini
Komputer Komputer canggih terkini



Apa yang paling penting korang kena ingat??? Hutang korang (loan denga bank) tidak boleh lebih 40% dari gaji korang. Dan simpanan mestilah 10% dari jumlah pendapatan bulanan. Ingat je konsep asas tu mesti budget tak lari.

Sebenarnya banyak lagi tapi baik korang attend je kursus 4jam POWER! ni. The best part is its FREE. :) Nak tahu macam mana nak register?

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit
Aras 8, Maju Junction Mall,
1001, Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur
E-mail: enquiry@akpk.org.my
Fax: 03 2616 7601

Sampai jer rumah terus bercerita dengan encik bb. Terus buat calculation and budget (on-paper) dan kitorang nak try implement next month. Nanti akan hapdet uols ye outcome nyer...

Okey daaaa....

Wednesday, October 17, 2012

Misi Mencari Taska + Tadika

Assalammualaikum semua,

Start Januari 2013 ni, kami sekeluarga akan berpindah ke rumah baru di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. Lebih dekat mummy nak ke office Cyberjaya ni. Sekarang ni dok berulang-alik dari Sg Buloh ke Cyberjaya memang akan penat. Penat melayan jam tiap-tiap hari. Bila dah kompem nak pindah ni, mesti la gelabah sket dok pikir mana nak letak budak-budak ni. Aqil next year dah 5 tahun so nak kena cari kindie untuk dia. Aqil dah 2 tahun masuk playschool, dia dah boleh kira, kenal huruf, kaler dan bentuk. Agak brother-brother skit Aqil sekarang. Asyik dok ikut ape yang mummy panggil Amir pagi-pagi, 'Budak sayang.. budak sayang-sayang'.. hehehe comel ;p

Amir pula dah masuk 3 tahun. Dia pun dah agak berdikari sebab taska yang sekarang ni ajar macam-macam. Doa makan, al fatihah, surah-surah pendek dia dah boleh baca, cuma dalam bahasa dia, tapi mummy tahu Amir baca surah tu. hehehe... Sejak dah bijak pandai ni semua nak buat sendiri. Nak pakai baju sendiri, nak cebok sendiri, nak makan sendiri. Tang sepah rumah tu lagi dia bijak. Banyak barang-barang abang Aqil yang berjaya di pecahkan, di patahkan, di rosakkan oleh Amir. Abang Aqil bengang je. Sian Aqil. Baru je semalam Amir hempas tablet pc Aqil. Tak de pulak dia nak hempas tablet pc sendiri. Nasib baik tak de pape.

Last 2 weeks, operasi meng-google-kan maklumat taska dan tadika dijalankan. Serentak tu jugak pergi riki tempat taska dan tadika kat area Sepang. Mummy memang carik yang ada sijil JKM. Senang sikit nak pantau.

Jom jalan-jalan cari taska ;p

1. Taska dan Pusat Jagaan Harian Cendiakawan
    Lokasi: Taman Ixora, Sepang
    Pengusaha: Pn Rosnita Ibrahim

Review:
  • Cantik, bersih dan tersusun rapi
  • Ada jadual harian untuk kanak-kanak
  • Ada tempat tidur dan alas bantal sendiri (JKM yang tetapkan)
  • Ada silibus belajar dan main
  • Kipas
  • Yuran berpatutan
  • Lokasi: Corner-lot, ada in-door games, 2 tingkat
  • Masa: 7.00pagi - 6.30ptg
  • Overtime: RM10/hr
Pendaftaran : RM50
Yuran Tahunan : RM250
Yuran Pendidikan : RM230
Buku dan Alatulis : RM138
Pakaian Seragam : RM35
Pakaian Sukan : RM30
Alas Tidur dan Bantal : RM 35
Total : RM768

2. Taska Penyanyang Sepang
    Lokasi: Tmn Seroja, Sepang
    Pengusaha : Pn Sabariah Abu

Review:
  • Cantik, bersih dan tersusun rapi
  • Ada jadual untuk kanak-kanak
  • Ada tempat tidur dan alas bantal (mcm katil askar tapi cantik dan sesuai dgn ketinggian budak)
  • Ada silibus belajar dan main
  • Aircond dan kipas
  • Yuran berpatutan
  • Lokasi: Corner-lot, asa indoor games, 1 tingkat
  • Masa: 7.00pagi - 6.30ptg
  • Overtime: RM10/hr
Pendaftaran : RM30
Yuran Tahunan : RM50
Bulanan : RM200
Alas Tidur dan Bantal : RM150

3. Tadika Islam An Najwa dan Integrasi
    Lokasi: Tmn Seroja, Sepang
    Pengusaha: Pn Maryati Ayob
    (mempunyai Executive Diploma Perkembangan Awal Kanak-Kanak dan Pengurusan, penganjur kursus guru-guru tadika di Kementerian Pelajaran, beliau juga adalah Panel Penggubal Kurikulum PraSekolah)

Review:
  • Cantik, bersih dan sangat tersusun rapi
  • Ada indoor playground
  • Ada sand and water area for kiddos (motoring skills)
  • Ada art area for kiddos (drawing and arts skills)
  • Memori grafik, sains, math, commucication skills, and etc
  • Lokasi: double-storey corner lot
  • Masa: 7.30 pagi - 5.30ptg
Pendaftaran: RM100
Bulanan: RM360
Sem 1 : RM1220
Sem 2 : RM1220
Pakaian: RM40/sepasang or RM117/3psg
Pakaian Riadah: RM30/sepasang or RM87/3psg

utk more details An Najwa, korang boleh view kat sini.http://annajwacdc.com/

So kami decide utk Amir - Taska Penyanyang Sepang dan untuk Aqil - Tadika Islam An Najwa dan Integrasi. Mummy suka gile dpt An Najwa utk Aqil ni. Cantik uols.. teruja.. ahaks...

Thursday, January 19, 2012

Jom Pergi Urut *bunyinye sungguh sexy plak*

hi korang.. dah berabuk-rabuk blog ni setelah sekian lama tak hapdet...

haaaa... jgn terpedaya dengan tajuk 18SX tu yer...  puncanya hari tu office-mate, Hazni ada tunjuk satu website yang jual produk dan servis with much much cheaper price that usual market price. So I do my 'window-shopping' online and found great deal. Tu yang ingat nak share dengan korang.

Ni memang dah lama survey, ada jumpa jugak kat The Curve utk budak-budak belajar art craft bagai kan.. *konon nak bagi Aqil kreatif sket... biar menurun sket ilmu mummy ni kat dia.. tapi semua RM40++ or RM50++ per session. Tapi kat sini only RM15/nett per session of 2 hours. Harus aku terus beli kan. *lompat bintang kesukaan

 Ice-skating ni asal2 nye RM26 per entry.. zaman muda remaja dulu selalu la pergi *sekarang pun muda gak.. muda belia... wakakaka nak jugak kan? tapi kat sini only RM20 per entry.

 untuk yang suka aktiviti riadah bersama keluarga.. boleh jugak nak jalan-jalan kat Melaka.
Pakej 2hari 1malam hanya RM 145. Tapi aku baru jer balik dari family fet-away ke Melaka Disember hari tu.. So next! *hahahaha mcm bagus je nak next next kan?

 ni sangat murah okey uols... sedang mempertimbangkan pakej ini. Hubby pon dah bagi green light. *maknanye ape? mesti in-directly nak bg tau yg rambut aku selekeh kan? sobs sobs sobs

haaa... yang ni awal-awal aku dah amik 2pax hokey... memang berbaloi-baloi.. memanjakan diri kat spa.. *wey kelas ko RM42 jek.. korang nak jugak?

Untuk korang yang nak tahu pasal website ni boleh gie kat everyday[dot]com[dot]my pastu korang register online free dulu. Pastu free viewing and buying. Worth-it kalau pandai compare kan harga.

*pssstt.. kalau korang tau mane2 tempat yg boleh dapat more discounts.. sila la impom aku yer...

mode: tak sabar nak gie spa.. *senyum sampai telinga

Wednesday, October 19, 2011

Nak Tahu Kenapa Tak De Yg Tolong Budak Di China tu?

Ingat tak kes budak umur 2 tahun yang dilanggar lari di China beberapa hari lepas? Yang mana, lebih kurang 18 orang awam lalu-lalang tapi tak terdetik pun nak menolong. Aku tengok video tu rasa sedih sangat dengan moral masyarakat sekarang. Terfikir kenapa tak de secalit rasa ingin membantu manusia lain yang dalam kesusahan. Sebab aku terbayangkan sekiranya perkara ini terjadi kat keluarga terdekat aku. Mesti sangat-sangat terkilan. Bila di cari-cari info (*tenkiu kepada encik Google) terjumpa blog yang menceritakan perihal ini. Sebelum tu korang boleh tengok kat sini video tu (*peringatan - hanya untuk ditonton oleh orang yang kuat semangat)


WARNING: SOME VIEWERS MAY FIND THIS VIDEO DISTRESSING..There has been worldwide condemnation after vision from China emerged on YouTube of a child being hit and run over by a van in a busy market.
Yue Yue, 2, had wandered away from her mother in a busy Foshan market.
In the footage, a white van is seen knocking her over. The driver stops before fleeing the scene, leaving Yue Yue injured and bleeding on the road.
Following the incident, a man walks by, ignoring the two-year-old lying on the ground.
No less than 18 people walk, ride or drive past the injured girl.
A rubbish collector finally raised the alarm several minutes later.
Yue Yue was taken for emergency surgery but was later pronounced brain dead.
Millions have left comments on blogs in China, with one user saying it was the day the superpower lost its humanity.
Some however say it is evidence of a society too poor to help, frightened of what it would cost should they be blamed.
Police have detained the two drivers involved.

So dah dapat jawapannya dari blog ini:

"Okaylah, sejak petang semalam, memang kecoh pasal video budak 2 tahun kena langgar dengan van dan lori tapi malangnya takde seorang pon yang peduli. Budak malang tu dah terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang tu buat dek jek... Video tu mmg tersebar dgn cepat dan ramai yang marah dengan kejadian ni... Kejadian ini berlaku di China dan bukan di Malaysia. Pagi ini pon HOT fm buat topik pasal ni...
Sekarang aku nak cerita fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada korang yang nak pergi ke China... Kalau korang jumpa or ternampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik dipukul or dibuli ataupun ko nampak seorang tua yang tibe2 diserang sakit jantung, sila jangan tolong.. Ye, benar2 kawan2. JANGAN TOLONG! Nak tahu kenapa? Sebabnya bila kau tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab engkau. Contohnya, kau nak tolong makcik yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka ko yang kena tanggung sume kos perubatan die sbb ko yang tolong dia...Ataupun ko akan disaman oleh anak makcik tu sbb ko lah penyebab mak die jatuh... Inilah faktanya di China. Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri sbb kalau mereka tolongpun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya... Serius wa cakap lu. Cerita ini diceritakan oleh ofismate aku yang membacanya dalam akhbar cina minggu lepas.
Dalam akhbar tu penulis bagitau ada seorang askar (kalau tak silap aku) menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba2.. Kerana prihatin takde org lain nak tolong maka askar ni pon naklah bantu tapi anak org tua ni nampak die pegang mak die so die tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa menanggung kos perubatan org tua tu.. Akibatnya die kena buang kerja. Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama. Baik biarkan jek budak tu sbb kalau tolong and jadi pape yang lebih teruk kat budak tu, diorang yang kena tanggung.
Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal die langgar budak perempuan tu? Mula2kan die dah terlanggar budak tu and die berhenti kejap sbb perasan die langgar budak. Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan dan belakang. Die terfikir kalau budak tu mati, die cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup die kena tanggung akibatnya seumur hidup so die teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tu akan mati. Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgar hidup. So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati.. Terukkan? Ini bukan tipu tau tapi seperti yang tertulis dalam paper cina hari ni...
Jadinya kalau sampai di China ingatlah pesan aku ni... JANGAN TOLONG kecuali family ko sendiri... Kalau ofismate aku tu tipu maka tipulah aku... Semoga perkara ini takkan terjadi di Malaysia tercinta ini..."

Thursday, August 11, 2011

Perlukah bayar RM 2250 untuk simpan darah tali pusat bayi @ cord blood stem cells?

Darah tali pusat? mesti bunyi macam pelik.. ok. ok .. selalu dorang sebut 'stemcell'. Ring a bell? hamboiii.. cakap omputeh baru paham ek.. wakakaka..

Macam ni.. tadi ada baca paper omputeh online, so dorang ni memang dah biasa.. kalau baby yang lahir jer semua amik darah kat tali pusat tu. Doktor akan amik darah tali pusat tu dah akan disimpan di lab khas untuk bank blood stemcell ni. Sekiranya, in future, baby tersebut atau adik-beradiknya ada penyakit kritikal macam leukimia atau diabetes.. ibubapa boleh dapatkan semula darah tali pusat yang di simpan di bank blood stemcell ni untuk bantu memulihkan baby atau adik-beradiknya. Baguskan?


Ok nak tau apa sebenarnya stemcell ni?
Sel stem badan "master" sel kerana mereka yang mencipta semua tisu yang lain, organ-organ dan sistem dalam badan.


Sel stem yang ditemui dalam darah tali pusat adalah blok binaan darah dan sistem imun anda dan yang paling mudah menghasilkan semula ke dalam:
  1. Sel darah merah yang membawa oksigen ke semua sel dalam badan.
  2. Sel darah putih yang melawan jangkitan.
  3. Platelet yang membantu dalam pembekuan sekiranya kecederaan.
Keupayaan sel-sel saraf tunjang darah untuk membezakan, atau perubahan kepada jenis lain sel dalam badan adalah satu penemuan baru yang ketara untuk memperbaiki rawatan itu penyakit yang paling biasa seperti penyakit jantung, strok, Alzheimer, kencing manis,distrofi otot, kecederaan saraf tunjang, penyakit Parkinson dan penyakit hati.

Kalau uols nak tau lebih lanjut boleh google atau klik je kat sini.

Laporan berita harian:


So, lepas cari-cari.. yang table bawah ni adalah detail charges dorang:



Lepas tu terjumpa dalam youtube yang ada seorang kanak-kanak perempuan ni disahkan ada luekimia. Mak dia pulak tengah sarat mengandung. Risaunya hati seorang ibu yang sedang sarat bila dapat tahu anak perempuan dia kena penyakit yang membawa maut itu. Pastu doktor yang merawat anak dia ada suggest untuk buat stemcell blood bank untuk anak yang dalam perut ibu tersebut. Maka setelah selamat bersalin, dia telah buat keputusan yang bijak. Dia telah buat StemCell untuk bayi yang baru lahir itu dan dengan darah tali pusat bayi lelaki itu digunakan untuk merawat kanak-kanak tersebut bebas daripada penyakit luekimia. MasyaAllah!

Korang boleh view testimonial ibu kanak-kanak tersebut yang diberi nama Angel kat bawah ni:


Kisah Benar - Diabetes
Daripada gambar-gambar di bawah, perbezaan yang besar boleh dilihat dalam rupa kaki beliau sebelum dan selepas terapi sel stem.

Kisah Benar - Thalassaemia
Xian dilahirkan pada bulan Januari 2003. Sel saraf pusat darah dia yang disimpan dalam bank sel darah utama swasta tempatan, StemLife. Walaupun ibu bapanya berdua Talasemia minor (pembawa), dia bernasib baik kerana bukan satu Talasemia Major tidak Minor.

Adiknya Shu Min, yang lahir pada bulan Jun 2005, kurang bernasib baik. Beliau telah didiagnosis dengan Talasemia Major.

Pada bulan Januari 2006, Shu Min menjalani pemindahan sel stem menggunakan sel stem Xian yang disimpan dengan sebuah bank tempatan swasta, StemLife. Shu Min telah pulih dan pulang dengan gembiranya.

Dan kalaulah tidak untuk pemindahan sel stem, Min Shu mungkin telah menjalani tranfusions darah berterusan yang berat dan rutin terapi infusi.

Pemindahan sel stem tidak hanya memberi Shu Min kesihatan yang baik tetapi juga kualiti hidup yang lebih baik.

Nota kaki: Untuk kawan-kawan, saudara-saudari dan saya sendiri, protect keluarga kita dari setiap sudut. Tak cukup dengan ambil insurans nyawa dan kad perubatan sahaja. Duit belambak banyak, kalau anak tidak sihat pun tak berguna. Mari sama-sama kita ingat mengingati. InsyaAllah kalau lagi 5-6 tahun saya pregnant dan mempunyai kewangan yang cukup.. saya akan ambil utk bayi saya.. so atleast nanti abang-abang dia pun boleh guna sekiranya memerlukan.

Please also take note: saya bukan agent StemCell yer kawan-kawan.. hehehe hanya berkongsi. Tapi saya agent Prudential Medical Card & PruBSN Takaful... hehehe boleh klik kat sini.

Terima kasih kerana membaca!
“Melayu kurang simpan sel stem”
“Mereka masih agak was-was mengenai perkhidmatan ini dan lebih suka basuh, tanam uri dan tali pusat selepas bayi dilahirkan.”

Tuesday, July 12, 2011

Khinzir Itu Binatang Serba Guna! Kenapa Tuhan Kau Haramkan...

Pernah satu hari, seorang kawan (non-muslim) datang dan bertanya: "Itu babi binatang serba guna, dari hujung kaki sampai hujung rambut babi tu semua ada kegunaan, ada manfaat. Lemak, kulit, tulang ,daging, isi, bulu babi semua boleh guna (rujuk gambarajah di bawah), tapi kenapa Tuhan kau (Allah) haramkan binatang tu?"

Kalau korang, apa korang jawab?
 


 


'Evolusi' HIKMAH pengharaman khinzir:

Dahulu, Selepas Proses pencerahan Renaissance di Eropah, masyakat Islam terpegun dengan kemajuan Barat, salah satu dari kaedah yang mereka gunakan ialah kaedah saintifik yang didasari dengan Method Empirikal. Setiap penilaian baik dan buruk mesti ada bukti saintifik. Dalam menghadapi arus kemajuan ini, umat Islam dengan sifat defensif apologetik (mengambil Islam sebagai pihak tertuduh), setiap hukum syarak cuba diberikan analisakan versi empirikal, berbagai istilah yang digunakan istilah HIKMAH, ada istilah RAHSIA disebalik kefarduan Solat dan sebagainya.

Umat Islam tercari-cari bagaimana untuk menguatkan lagi hujah dihadapan musuh Islam itu berkenaan dengan khinzir, penyelidikan barat digunakan dan didapati Khinzir mengandungi cacing pita, Umat Islam  bergembira, maka dicanangkan isu ini seantero dunia, HIKMAH pengharaman babi dek kerana adanya cacing pita, kemudian ada ahli sains barat mendapati dalam lembu juga ada cacing pita. Umat Islam bergerak ke arah lain pula mencari bukti baru, kemudian muncul pula istilah KUMAN BABI, sekali lagi HIKMAH pengharaman khinzir dicanang-canangkan. 

Ahli Sains Barat sekali lagi, menerangkan bahawa tidak ada masalah dengan kaedah saintifik kami kami dapat menghindarkan segala aspek cacing pita, kuman babi dan lain-lain lagi . Maka timbul pula cerita daging babi dapat mempengaruhi naluri seksual "ghirah". Besok mungkin barat akan dapat membuktikan secara saintifik, bahawa isu 'ghirah' ini, adalah tidak benar....so kemanakah pula pelarian masalah HIKMAH pengharaman khinzir, selepas ini? Dan jadilah Islam seolah-olah bukan kebenaran Mutlak, maka jadilah Islam sesuai dengan Teori Relativisme (tidak ada kebenaran Mutlak).
 
Sebab Babi Diharamkan

Babi diharamkan kerana memang Allah haramkan babi. Macam mana hujah saintifik? perlu tapi tidak akan mengubah keharamannya. Bukan kerana tabiatnya dan bukan kerana kekotorannya. Tapi kerana firman Allah, dalam Al-Qur’an dan Sunnah, di antaranya:

Ø¥ِÙ†َّÙ…َا Ø­َرَّÙ…َ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ُ الْÙ…َÙŠْتَØ©َ ÙˆَالدَّÙ…َ ÙˆَÙ„َØ­ْÙ…َ الْØ®ِÙ†ْزِيرِ ÙˆَÙ…َا Ø£ُÙ‡ِÙ„َّ بِÙ‡ِ Ù„ِغَÙŠْرِ اللَّÙ‡ِ

“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang (yang ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah.” (QS. Al Baqarah: 173)

Firman-Nya:

Ø­ُرِّÙ…َتْ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ُ الْÙ…َÙŠْتَØ©ُ ÙˆَالدَّÙ…ُ ÙˆَÙ„َØ­ْÙ…ُ الْØ®ِÙ†ْزِيرِ ÙˆَÙ…َا Ø£ُÙ‡ِÙ„َّ Ù„ِغَÙŠْرِ اللَّÙ‡ِ

“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging hewan) yang disembelih atas nama selain Allah.” (QS. Al Maa’idah: 3)

Dan firman-Nya:
Ø¥ِÙ†َّÙ…َا Ø­َرَّÙ…َ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ُ الْÙ…َÙŠْتَØ©َ ÙˆَالدَّÙ…َ ÙˆَÙ„َØ­ْÙ…َ الْØ®ِÙ†ْزِيرِ ÙˆَÙ…َا Ø£ُÙ‡ِÙ„َّ Ù„ِغَÙŠْرِ اللَّÙ‡ِ

“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan atasmu (memakan) bangkai, darah, daging babi dan binatang yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah.” (QS. An Nahl: 115)

Demikian juga sabda beliau:

Dari Abu Hurairah bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya Allah telah mengharamkan khamr dan hasil penjualannya dan mengharamkan bangkai dan hasil penjualannya serta mengharamkan babi dan hasil penjualannya.” (HR. Abu Daud)

 

Babi diharamkan bukan kandungan kimianya atau bukan kerana tabiatnya yang menghilangkan "ghirah", Tapi  kerana babi itu memang diharamkan berdasarkan nas. Selagi kita terikut-ikut rentak kafir menyoal dan menyerang Islam maka selagi itu kita akan terperangkap dengan hujah mereka, jadilah Islam dilentur mengikut kehendak mereka. Menjawab soalan yang bukan jawapannya adalah salah dan berlawanan dengan Islam dan akan mengelirukan lagi penanya berkenaan dengan Islam .

Seperkara lagi ialah tentang perkara berdakwah kepada orang kafir. Kita berilah seberapa banyak ataupun seberapa sohih sekalipun dalil2 nakli (ayat Alquran atau Hadith2 sohih),sedangkan kewujudan Allah (sometimes kewujudan TUHAN) pun mereka tidak percaya, masakan mereka akan percaya kepada dalil2 tadi. Apatah lagi jika dalil2 itu datang dari Alquran yg mereka akan anggap tidak lebih dari sebuah buku semata-mata.

Dalam AlQuran banyak ayat menyuruh kita berfikir tapi, dalam masalah aqidah...manakala berkenaan dengan hukum syarak kita kena dengar dan taat, dan kalau ada nas menerangkan ada HIKMAH penerapan hukum maka kita ambil. Dalil Aqli khas untuk aqidah dan dalil hukum syarak kita nukil dari Kitab, jadi dalil naqli. Peranan akal dalam aspek aqidah adalah untuk membuktikan kewujudan Tuhan dan KeEsaanNYa, manakala peranan akal dalam aspek hukum syarak, adalah untuk memahami hukum Allah dari nas.

Wallahualam.

Wednesday, May 18, 2011

Anak Cermin Didikan Ibubapa

Terbaca kisah didikan ibubapa di Harian Metro hari ini tentang bagaimana setiap ibubapa seharusnya menerapkan habit atau rutin yang diamalkan. Biasanya anak kita (atau kita sendiri) melihat perlakuan ibubapa sejak dari kecil daripada cara didikan hinggalah penggunaan perkataan seharian yang selalu digunakan oleh ibubapa (yang tidak semestinya directly kepada anak, mungkin perbuatan telefon ibubapa kepada keluarga, kawan-kawan dan org luar. So setiap perlakuan kita diperhatikan oleh anak-anak kita untuk ditiru oleh mereka. Sebagai contoh; kita suruh ‘Aqil, ambil makanan mesti pakai tangan kanan!’ tapi kadang-kadang bila nak cepat kita boleh pulak capai kuih atas meja guna tangan kiri. Bila anak kita nampak, mereka akan ikut LEBIH kepada perbuatan daripada perkataan. So harus lebih berhati-hati ketika melakukan setiap perkara especially di depan anak2. Kalau tak depan dia pun, ntah2 kita tak perasan dia nampak nanti dia akan ikut jugak.


Ini rentetan dari kisah di Harian Metro hari ini:
“IBU janganlah terus kata tidak boleh, ibu fikirlah dulu atau bincang dengan ayah,” rayu Adam apabila permintaannya untuk dibelikan set catur mini ditolak selepas set yang sedia ada hilang beberapa ‘anggota’ akibat diusung ke sana ke sini. Biasanya apabila diminta sesuatu, ibunya berkata: “Ibu fikir dulu’ dan keputusannya tidak selalunya positif.
Adam tahu, apabila ibunya berkata ‘mahu fikir dulu’, bermakna ada harapan untuk permintaannya dipenuhi, tetapi pada masa sama, dia juga bersedia mendengar jawapan negatif. Ini antara rutin keluarga Adam yang sudah diamalkan sejak dia kecil lagi.
Menurut Perunding Psikologi Klinikal dan Pendidikan, Selina Ding, rutin adalah satu aspek yang sangat penting dalam hidup seseorang termasuk kanak-kanak kecil. Ia bukan saja membolehkan ibu bapa memupuk disiplin, tetapi perkara yang dijadikan kebiasaan akan membuat seseorang berasa selesa dan selamat. Untuk menjadikan sesuatu itu rutin atau kebiasaan, ibu bapa perlu bersikap konsisten dan mematuhi peraturan yang mereka ditetapkan. Tindakan dan pendirian yang berubah-ubah akan membuatkan anak keliru yang bukan saja membuka peluang untuk ‘buat perangai’, malah boleh menyebabkan mereka berasa kurang selamat walaupun bersama ibu bapa sendiri.


“Bagi kanak-kanak, keselesaan fizikal sangat penting untuk membolehkan mereka berasa selamat. Ia dibuktikan melalui kajian ke atas anak monyet yang disusukan dua ibu berbeza. “Ibu pertama hanya memberikan susu, tetapi bagi ibu kedua, penyelidik meletakkan tuala lembut untuk keselesaan anak monyet ketika disusukan.“Selepas satu tempoh didapati anak monyet memilih untuk berada dengan ibu yang ada tuala lembut. Ini menunjukkan keselesaan boleh menimbulkan rasa selamat. Keadaan sama berlaku pada manusia. Walaupun masih kecil, bayi boleh mengesan keadaan di sekelilingnya. Kanak-kanak perlu berasa disayangi dan selamat untuk membolehkan dia membesar sebagai individu yang yakin, dapat menunjukkan rasa sayang dan simpati pada orang lain,” kata Selina.
Menurutnya, dia pernah menerima kes kanak-kanak perempuan yang memilih untuk menjadi bisu dan bercakap dengan orang tertentu saja (dipanggil bisu selektif). Setiap kali berjumpa pakar, kanak-kanak berkenaan akan membawa sesuatu sama ada anak patung beruang atau apa saja alat mainan yang boleh membuatkan dia berasa tenang. Sejarah silamnya yang ditinggalkan ibu kandung sebelum dia diserahkan kepada ibu dan bapa angkat membuatkan kanak-kanak berkenaan kurang keyakinan diri dan berasa tidak selesa serta gelisah apabila berada bersama orang yang tidak dikenali.
Akibatnya, dia lebih senang untuk menjadi ‘bisu.’ Ini mungkin benteng pertahanan diri bagi mengelakkannya terluka lagi. Jika tidak dibantu, ia akan menjejaskan pembentukan peribadinya, rendah keyakinan diri dan kurang sensitif terhadap perasaan orang lain. Inilah sebabnya ibu bapa perlu membentuk persekitaran selesa dengan rutin tertentu untuk anak-anak supaya perkembangan emosi mereka tidak terjejas. Pada masa sama, ibu bapa sendiri perlu terus belajar membina keyakinan diri kerana mereka adalah guru pertama yang menjadi idola anak-anak, kata Pendidik Kekeluargaan, Charis Patrick. Orang yang rendah jati dirinya akan menjadi individu yang tiada keyakinan diri dan perkara ini akan berterusan sehingga dia mempunyai anak.

Orang yang tidak yakin dengan diri sendiri, tindakannya tidak konsisten. Keadaan mereka berubah-ubah daripada menjadi ibu bapa yang sangat penyayang kepada ibu bapa yang suka marah-marah atau garang. Anak-anak akan berasa keliru dengan sikap ibu bapa mereka yang tidak menentu. Mereka akan sentiasa berasa takut dan tidak selesa, bimbang ada perkara yang dilakukan boleh mencetuskan kemarahan ibu bapa. “Keselesaan di tadika juga sangat penting. Guru perlu faham bahawa mereka jadi pengganti ibu bapa buat sementara waktu. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang rapat dengan gurunya kurang mengalami masalah kelakuan,” katanya pada sesi Sentuhan Keselesaan Bersama Kleenex Untuk Ibu, baru-baru ini.

Komunikasi
Ramai ibu bapa kini mengeluh mempunyai anak yang nakal dan tidak mendengar kata. Sebenarnya, nakal dan aktif adalah sifat semula jadi kanak-kanak. Perkara yang dilarang itulah yang mereka hendak sangat lakukan. Sebenarnya kanak-kanak lebih cepat menangkap perkataan perbuatan contohnya dalam ayat ‘jangan lari’ atau ‘jangan bising.’ Perkataan yang masuk dalam fikiran mereka ialah ‘lari’ dan ‘bising.’ Inilah sebabnya makin dilarang, makin ligat mereka berlari atau berbuat bising.
Cara kreatif yang dilakukan seorang guru tadika untuk menyuruh anak muridnya diam adalah meminta setiap orang meletakkan jari telunjuk ke bibir masing-masing, menandakan semua orang dikehendaki berhenti bercakap. Ibu bapa boleh berbincang dengan guru cara disiplin yang diamalkan di sekolah supaya ia dapat diteruskan di rumah.
“Kalau kita marah anak berbuat bising dengan berkata ‘diamlah’, mereka akan menggunakan perkataan yang sama apabila mahu menyuruh orang lain diam walaupun terhadap orang tua. Ia akan membuatkan anak-anak kita nampak kurang sopan. “Anak-anak menjadi cermin pada cara didikan ibu bapa. Justeru, sebagai ibu bapa kita perlu berfikir dulu sebelum bercakap. Jika anak bising, jangan kata ‘diamlah’ sebaliknya gunakan pendekatan positif atau perkataan yang lebih manis didengar seperti ‘tolong diam.’

“Ramai ibu bapa cuba membetulkan kesilapan anak dengan memarahi mereka, tetapi tidak diterangkan kesalahan berkenaan atau cara yang betul supaya ia tidak diulang. Bagi mengelakkan anak bersikap negatif, ada ibu bapa membuat carta penghargaan dengan memberi satu bintang atau markah kepada anak yang berkelakuan baik. “Sekali-sekala kita boleh menghukum anak kerana berkelakuan nakal, tetapi lebih baik jika ia dapat dicegah melalui pendekatan positif,” kata Charis.

Menurutnya, ada kala ibu bapa tidak perlu menggunakan bahasa untuk bercakap sebaliknya boleh berkomunikasi melalui gerak bahasa badan khususnya bagi kanak-kanak kecil (di bawah umur dua tahun). Untuk kanak-kanak yang tidak pandai bercakap, bahasa badan boleh digunakan untuk menyampaikan mesej tetapi lebih baik jika ia disertai dengan kata-kata terutama ketika bermain bersama anak. Anak-anak akan belajar memahami apa yang anda sampaikan kepada mereka.

Bagi penyanyi tersohor tanah air, Datuk Sheila Majid, ibu bapa perlu memberi peluang kepada anak-anak untuk bercakap dan mendengar pendapat mereka. Apabila ibu bapa tidak sedia meluangkan masa untuk mendengar anak bercakap, anak akan mula menipu untuk mendapatkan perhatian.

“Komunikasi dengan anak-anak sangat penting dan saya berbincang dengan anak mengenai pelbagai perkara, tetapi ibu bapa yang perlu tentukan keputusan akhir. “Saya tidak boleh bertolak ansur jika anak menipu, tidak memberitahu ke mana mereka pergi, berkelakuan biadab atau menggunakan perkataan kurang sopan. “Bagaimanapun, ada kala saya tutup sebelah mata jika anak-anak bertengkar atas perkara kecil selagi ia masih terkawal. “Ia juga bertujuan membentuk daya ketahanan emosi dan fikiran anak berhadapan dengan masalah. “Anak-anak memang tidak suka dengar ibu membebel. Justeru sebagai ibu bapa, jangan kita ungkit kisah silam apabila mereka lakukan kesilapan. Anak akan jadi bosan dan memberontak. Akibatnya mereka akan cuba menjauhi kita atau lebih senang meluahkan perasaan kepada rakan sebaya yang tidak akan membebel,” katanya.

Bijak menolak permintaan anak
Salah satu masalah yang kerap dihadapi ibu bapa adalah tidak tahu bagaimana hendak menolak permintaan anak tanpa berkata tidak. Apatah lagi jika mempunyai anak yang suka mengamuk atau buat perangai di tengah khalayak apabila keinginan mereka tidak dipenuhi.

Ada kajian menunjukkan secara purata kanak-kanak mendengar perkataan ‘tidak’, ‘jangan’ atau ‘tidak boleh’ hampir 400 kali sehari. Benarkah? Cuba kira dalam sehari berapa kali anda sebut perkataan ini kepada anak-anak terutama pada hujung minggu di mana anda menghabiskan sepanjang hari bersama mereka. Malah, pakar Barat juga berpendapat terlalu kerap berkata ‘tidak’, ‘jangan’ dan ‘tidak boleh’ menyebabkan anak-anak lali dan larangan menjadi kurang berkesan. Menurut Selina, ada ibu bapa menggunakan pendekatan psikologi bertentangan yang dianggap baik. Ini kerana biasanya ibu bapa akan menyuruh anak berbuat sesuatu sambil menerangkan bahaya yang mungkin dihadapi dan tidak mahu bertanggungjawab jika berlaku kecederaan.

Kaedah ini biasanya boleh membuatkan anak berfikir dan sedar mengapa ibu bapa melarang mereka melakukan satu-satu perkara.

“Ibu bapa kena terangkan kepada anak mengapa permintaan mereka tidak dapat dipenuhi. Mungkin permintaan itu keterlaluan, di luar kemampuan ibu bapa atau boleh membawa kemudaratan. Namun jangan asyik berkata ‘tidak’, sesekali kena kata ‘ya’ kepada anak-anak. Kanak-kanak sekarang cerdik, jika asyik berkata ‘tidak boleh’ mereka akan mempersoalkan tindakan kita.

“Dalam hal ini ibu bapa boleh berikan jawapan ‘ya’ dengan bersyarat. Contohnya mereka boleh makan aiskrim, tetapi selepas makan nasi atau bermain basikal di luar dengan syarat menyiapkan kerja sekolah terlebih dulu. Ibu bapa boleh bersetuju membelikan apa yang anak mahu (mengikut kemampuan dan kepentingannya) dengan syarat dia berjaya menunjukkan peningkatan dalam pelajaran,” katanya.

Selain itu ada kaedah lain untuk menolak permintaan anak dengan:

1. Terangkan keadaan sebenar dan perasaan anda. Contohnya apabila anak menghempas barang permainannya apabila marah, katakan anda sedih dan tidak suka melihat kelakuannya. Kata-kata anda sedikit sebanyak akan masuk ke dalam hati dan fikirannya. Ia menunjukkan kelakuan mereka itu sebenarnya akan turut mempengaruhi atau memberi kesan kepada orang lain.

2. Beri mereka pilihan. Contohnya apabila anak bermain bola di dalam rumah, anda boleh memberi pilihan sama ada bermain di dalam tetapi bola hanya boleh dileretkan di atas lantai atau bermain di luar dan boleh menyepak bola sepuas hati. Dengan memberi pilihan, anda secara tidak langsung membuatkan anak berasa dia ada ‘kuasa’ untuk membuat keputusan - yang secara tidak langsung menggalakkannya berfikir.

3. Beri peluang anak melakukan apa yang diingini dengan cara yang lain. Contohnya jika dia suka dengan bayi atau kanak-kanak yang lebih kecil, cadangkan supaya dia mencium bayi berkenaan dengan lembut (asalkan anak anda atau bayi itu tidak demam atau selesema bagi mengelakkan jangkitan) atau memegang tangannya dengan lemah lembut.

4. Sesetengah kanak-kanak suka dengan haiwan peliharaan seperti kucing tidak tahu bagaimana hendak membelainya. Biasanya kanak-kanak akan menepuk-nepuk badan kucing dengan kuat tetapi beritahu supaya mereka berlemah lembut dan menunjukkan cara untuk mengusap haiwan terbabit supaya ia tidak melenting atau mencakar anak anda.

5. Minta kerjasama pasangan untuk terbabit sama dalam mengambil keputusan. Anak-anak akan lebih mudah menerima keputusan yang dicapai hasil perbincangan ibu dan ayah.

6. Berusaha menjadi ‘kawan’ kepada anak sendiri dengan mengikuti perkembangan mereka. Melalui cara ini anda lebih mudah untuk menolak permintaan mereka. Pun begitu, jika berkemampuan apa salahnya cuba memenuhi keinginan anak-anak selagi ia tidak keterlaluan, kata Sheila Majid.

“Saya masih ingat anak lelaki minta dibelikan album Limp Bizkit yang terbaru. Oleh kerana tergesa-gesa, saya tidak dengar perkataan album dan apabila sampai ke pasar raya saya terus ke rak biskut. Tidak jumpa jenama yang dia mahu, saya menghubungi untuk pengesahan. Dia berkata “Mama, Limp Bizkit yang saya mahu ialah CD (cakera padat) lagu bukan biskut!”

Aqil dah pandai mengikut arahan skit sekarang… tapi bila aku bg instruction yg lebih skit dia jadi confius. Mcm semalam lepas mandikan dia, tengah nak amik towel tu.. dia dh standby kat depan pintu toilet ka nada alas kaki. Memang aku dah ajar kalau ada hingus mesti lap pakai kain. Ada pulak budak kecik ni aku tengok dia terbongkok-bongkok kat alas kaki.. harus aku terus jerit kat dia, ‘Aqil kotor kain tu alas kaki! Aqil kotor kain tu alas kaki! Aqil kotor kain tu alas kaki’ (kan aku dh ckp aku suka ulang 3x bg dia faham. Dia selamber jer jawab ‘Mummy ada ingus’ …. Adoiiii…

Lepas jer kejadian alas kaki kat bilik air tu… dah siap2 pakai baju, dia tgh main dgn Amir pastu pulak ada hingus dia meleleh kuar lagi… harus ke dia g amik kain alas kaki yang dia nampak kat depan bilik air luar tu? Memang aku ckp kat dia 3x lagi kan? Waktu ni yang Aqil confius… sebabnya?

Aku cakap, ‘Aqil kain tu kotor…jangan buat lap hinggus. Amik kain ni (sambil tunjuk sapu tangan kecik kat dia)’ agaknya sebab aku ulang 3x dia jadi confius kot.. so dia nak amik kain alas kaki tu pulak untuk lap hingus. So Alang tegur aku supaya jgn bagi byk sgt arahan kat Aqil buat dia confius. Dengan itu aku tukar statement…

“Aqil lap hingus pakai sapu tangan ni (sambil bg kain kecik tu kat dia).. mesti selalu letak kat dlm poket, so kalau ada hingus amik kain ni terus lap. Nanti simpan balik dalam poket” Aqil angguk faham sambil simpan sapu tangan dalam poket dia. Lepas tu bila ada hingus terus dia kuarkan sapu tangan dari poket dan lap mcm arahan aku tadi. Clever boy!

Nota kaki:
a) aku memang selalu nak elakkan guna perkataan ‘jangan’, ‘tidak’ kerana itu perkataan negative. Sekiranya Aqil memanjat gril pintu.. aku akan cakap ‘Aqil turun! Aqil turun! Aqil turun!’ aku selalu ulang 3x supaya dia faham. Baru dia turun.. tapi ada masa dia buat dunno jer.. aku geletek pinggan dia baru dia nak turun. Ngade!
b) Bagi arahan yg specific kat anak siapkan sebab kenapa dia kena buat mcm tu. Nanti jadi mcm kes alas kaki tu lagi plak sebab dia confius.

Tuesday, April 19, 2011

Wanita DiCintai Iblis

Wanita Yang Derhaka Kepada Allah


Wanita atau isteri yang tidak mengenali rasa cinta sedikitpun kepada Allah, dalam erti jauh daripada beribadat kepada Allah, tidak pernah sujud dan rukuk, jarang berbuat amal soleh, merupakan sebab-sebab mereka derhaka kepada Allah. Dengan jauhnya mereka daripada mengenali Allah, maka kehidupan mereka semakin dekat dengan maksiat, seterusnya dikawal sepenuhnya oleh iblis laknatullah.Inilah gambaran wanita atau isteri yang akhirnya dicintai Iblis, kerana telah mematuhi sepenuhnya arahan iblis agar berbuat kerosakan di muka bumi. Tidak hairan apabila gambaran rumah tangga suami isteri yang telah dicintai iblis merupakan gambaran rumah tangga yang penuh kehancuran, porak-peranda, bagaikan di dalam neraka.


1. Tidak Mengenal Allah


Untuk mengenal Allah, kita perlukan ilmu. Untuk mendapat ilmu, perlu belajar. Jika tidak mahu berusaha belajar tentang ilmu mengenal Allah, tidak mungkin seseorang itu dapat mencintai-Nya dengan sepenuh hati. Ia kerana bermula dari kenal itu baru datangnya cinta. Apabila kita sudah tidak mengenali Allah, bererti mudahlah bagi iblis untuk menghancurkan kita, seterusnya mengawal kehidupan kita. Sehingga kita melakukan sebarang perbuatan semata-mata kerana kehendak iblis dan mengharapkan habuan dari iblis.


2. Cinta dunia, takut mati


Cinta kepada nikmat kehidupan di dunia membawa kepada takut menghadapi mati. Tidak sanggup berpisah dengan nikmat yang dikecapi dan takut berhadapan dengan Allah lantaran sering mengabaikan aturan-Nya dalam kesibukan mengejar nikmat dunia. Cinta dunia dan takut mati ini, dengan sendirinya membuat seseorang itu sukar untuk mencintai Allah, malah merasa tidak perlu mencintai-Nya. Dia merasa boleh hidup tanpa Allah dan tanpa cinta-Nya. Suami sudah merasa ‘bahagia’ dapat memberi segala yang dimahukan oleh isteri. Isteri sudah merasa ‘bahagia’ mendapat apa yang dimahukan dari suami. Tidak salah mencari nimat dunia tetapi nikmat itu seharusnya mengingatkan kita kepada Pencipta nikmat dan nikmat itu seharusnya digunakan untuk memperolehi cinta-Nya.


3. Hati yang Kotor


Hati yang kotor adalah hati yang penuh dengan ‘najis’ sifat-sifat keji seperti pemarah, pendendam, hasad dengki, penakut dan tamak, akan disibukkan dengan urusan melayan bisikan-bisikan jahat dari nafsu dan syaitan. Hati begini tidak menyediakan ruang untuk diletakkan rasa cinta kepada Allah. Hati perlu dibersihkan dan dihiasi sifat-sifat terpuji seperti sabar, redha, merendah diri, berani, pemaaf dan mencukupi dengan paa yang ada. Hanya hati yang bersih dapat menjadi wadah untuk menampung cinta yang suci dan agung.


Tetapi bila hati kotor dan penuh hasad dengki, pendendam, tamak dan disibukkan melayan bisikan jahat, itulah ertinya hati telah dikawal sepenuhnya oleh iblis.


4. Melakukan Dosa


Jika seseorang itu tidak bertaubat dari dosa-dosa, atau terlalu banyak berbuat dosa hingga tidak lagi rasa berdosa, hatinya akan terdinding dari petunjuk Allah dan terhalang dari mencintai-Nya serta mendapat cinta-Nya. Sentiasa bertaubat dari dosa-dosa adalah antara syart untuk membina dan menyuburkan rasa cinta kepada Allah.


5. Tidak Mahu Berdoa


Berdoa adalah gambaran rasa lemah, hina dan jahil seorang hamba di depan Allah. Melalui doa, seorang hamba merendahkan diri memohon segala yang dihajati dan menjadi penyebab Allah sempurnakan hajat si hamba. Hamba yang memohon petunjuk akan diberi petunjuk. Hamba yang memohon kekuatan akan diberi kekuatan. Begitulah juga hamba yang memohon untuk mencinta-Nya, akan dipermudahkan menempuh jalan-jalan ke arah itu.


WANITA YANG PENDENDAM


1. Pengertian dendam


Dendam ialah apabila hati seseorang itu merasa sangat berat terhadap seseorang lain seperti membencinya, menjauhi diri darinya, dan sifat itu akan kekal bersemadi di dalam hati orang itu dan tidak padam-padam.


2. Keburukan-keburukan Dendam


Dengan itu jelaslah bahawa sifat dendam itu berpunca dari sifat marah yang tidak dikekang atau diredhakan dengan segera. Sifat dendam ini akan menimbulkan berbagai perkara mungkar antaranya:


Perasaan hasad atau dengki dalam diri, sehingga pendengki itu merasakan tidak senang bila melihat seseorang berada di dalam kenikmatan, lalu ia mengharapkan terhapusnya nikmat itu daripada orang itu. Dengan makna yang lain seorang yang menyimpan perasaan hasad tidak suka melihat orang yang didengkinya itu hidup senang lenang, sebaliknya merasa gembira apabila orang yang didengkinya itu ditimpa kesusahan. Kelakuan ini adalah contoh dari kelakuan orang-orang munafik.


Pendengki itu bukan saja menyimpan perasaan hasad dengki dalam dirinya, malah ia merasakan senang sekali apabila orang yang didengkinya itu ditimpa sesuatu kecelakaan atau bencana.


Pendengki akan menjauhi dan memutuskan perhubungan dengan orang yang didengkinya; tidak mahu bergaul dengannya.


Pendengki akan mengucapkan kata-kata yang tidak patut terhadap orang yang didengkinya, iaitu samada berbohong, mengumpat, mendedahkan rahsia lawanya, mengejek, menjatuhkan kehormatan dan sebagainya.


Pendengki akan menganiaya lawannya, samada dengan memukulnya atau sebagainya.


Pendengki akan menahan hak milik orang yang didengkinya, seperti menahan hutang yang patut dibaya, enggan mengembalikan amanah yang diserahkan kepadanya dan sebagainya. Sesungguhnya perbuatan seperti di atas itu adalah haram dilakukan dan ianya merupakan perbuatan iblis terkutuk.


3. Orang Pendendam Menjadi Rakan Iblis


Sekiranya orang yang berdendam itu dapat menguasai dirinya dari perbuatan-perbuatan buruk yang disebutkan di atas, tetapi masih memiliki perangai yang tidak baik seperti sengaja tidak mahu bermuka manis terhadap orang yang didendamnya itu, tidak belas kasihan terhadapnya, tidak mengambil berat terhadap dirinya dengan menunaikan segala keperluannya, tidak bersedia membantu pada perkara yang memberi kebaikan kepada orang itu, maka itu menandakan sifat dendamnya masih ada. Semua perkara yang disebutkan itu akan menjatuhkan darjat seseorang dan akan melenyapkan pahala yang banyak, seterusnya ia menjadi rakan-rakan iblis.


Pernah berlaku, apabila Saidina Abu Baka As-Siddiq r.a bersumpah tidak akan memberikan bantuan (harta) kepada Misthah yang masih tergolong kerabatnya, kerana suatu penganiayaan yang dilakukan oleh Misthah, maka Allah menurunkan ayat-Nya yang bermaksud:


“Janganlah sampai bersumpah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kekayaan di antara kamu, kerabat, orang-orang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, tetapi hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada, tidakkah kamu suka, Allah Maha Pengampun dan Penyayang,”


(An-Nur: 22)


Sebaik sahaja firman itu disampaikan kepada Saidina Abu Bakar, maka beliaupun akur dan redha dengan pengampunan Allah itu. Lalu beliaupun kembali menyambung semula bantuannya terhadap Misthah, meskipun Misthah telah melakukan penganiayaan terhadap beliau.


Ayat di atas memberikan pengajaran kepada kita supaya jangan menaruh dendam, yang perlu hendaklah berlapang dada dan suka memaafkan. Teruskanlah melakukan kebaikan sekalipun mendapat penganiayaan. Bahkan kalau boleh tambahkanlah kebaikan dari kebiasaan yang dilakukan, sebagai suatu cara untuk menundukkan hawa nafsu dan mengecewakan hasutan syaitan. Bilamana seseorang itu dapat melakukan seumpama itu, maka ia mencapai kedudukan dan darjat para siddiqin.


4. Dendam Perbuatan Haram


Nyatalah dari penjelasan di atas bahawa sifat dendam itu tidak dibenarkan dalam Islam. Mengenainya Nabi SAW bersabda yang bermaksud:


“Orang mukmin itu bukanlah seorang yang pendendam.”


Walau bagaimanapun untuk memberikan penjelasan yang lebih mengenai sifat hasad, maka Rasulullah bersabda yang bermaksud:


“Tiada hasad (dibenarkan berhasad) kecuali dalam dua perkara sahaja, iaitu seseorang yang dikurniakan Allah harta yang banyak, lalu ia menaburkan harta itu pada perkara yang haq/benar, sehinggalah hartanya habis. Dan seorang lagi dikurniakan Allah ilmu, lalu ia mengamalkan ilmu itu dan mengajarkannya kepada orang ramai.”


Apa yang dapat disimpulkan dari maksud hadis di atas bahawa tidaklah dilarang kiranya lelaki mahupun wanita itu mengharap-harapkan sesuatu nikmat yang sama, yang ada pada orang lain untuk dirinya. Maka selagi ia menginginkan nikmat yang sama untuk dirinya dan tidak pula ia mengharapkan lenyapnya nikmat itu dari orang lain, ataupun ia tidak akan membenci kalau orang itu dapat mengecap nikmat itu terus-menerus, maka cita-citanya itu tidaklah dihukum haram, malah ada kalanya dituntut oleh syariat. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:


“Dan dalam (mencari kelebihan) itu, maka hendaklah berlumba-lumba orang yang ingin perlumbaan.”


(Al-Muthaffifin: 26)


Menderhaka Kepada Ibu Bapa


WANITA yang derhaka kepada ibu bapa termasuk dalam senarai mereka yang dicintai iblis. Oleh kerana ibu telah melahirkan kita, sehinggakan Allah menyebutkan bahawa redha Allah tergantung kepada redha ibu bapa. Allah SWT telah berfirman yang maksudnya:


“Dan Rabb-mu telah memerintahkan supaya kamu jangan beribadahselain kepada-Nya, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu-bapamu. Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanyasampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan jangan kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Ya Rabbi, kasihanilah mereka kedua-duanya, sebagaimana mereka berdua telah menyantuni aku waktu kecil.”


(Al’Israk: 23-24)


Allah memerintahkan agar manusia berbakti kepada kedua ibu bapa mereka dan mentaati mereka. Bagi wanita ketaatan merekasebelum mereka berkahwin adalah kepada kedua ibu-bapa mereka dan selepas berkahwin, kepada suami mereka. Menyakiti hati kedua mereka adalah merupakan dosa yang amat besar.


1. Meninggikan Suara Di Hadapan Ibu Bapa


Ismail Ibnu Umayyah telah berkata: Seorang lelaki meminta nasihat:


Wahai Rasulullah, berilah aku wasiat.” Rasul menjawab: “Janganlah engkau menyengutukan Allah dengan sesuatupun, sekalipun engkau dibakar atau dibelah dua. Ia berkata: “WahaiRasulullah, tambahkanlah.” Rasulullah menjawab: “Berbaktilah kepada kedua ibu-bapamu, jangan sekali-kali engkau meninggikan suara di hadapannya. Jika keduanya memerintahkan engkau untuk mengeluarkan hartamu, maka keluarkanlah bagi keduanya.”


Lelaki itu meminta kembali: “Wahai Rasulullah, tambah lagiselain itu.” Rasulullah menjawab, “Jangan engkau meminum khamar (arak), sebab khamar itu adalah kunci segala kejahatan.”Lelaki itu meminta kembali, “Wahai Rasulullah, tambahkanlah untukku selain itu.” Rasulullah menjawab, “Didiklah keluargamu dan berilah mereka nafkah sesuai dengan kemampuanmu, dan janganlah engkau mengangkat tongkat (lisan) mu namun berbuatlah agar mereka takut kepada Allah.”


(HR Imam Ibnu Majah)


2. Mengherdik Ibu Bapa


Mengherdik ibu bapa bererti telah berbuat derhaka kepada mereka, apalagi menganiaya mereka dengan cara melukai tubuh badan mereka. Perbuatan ini merupakan kebiadaban seorang anak yang tidak tahu berterima kasih kepada ibu bapa. Walaupun anak perempuan tidak lagi bertanggungjawab terhadap ibu bapanya sesudah berkahwin, namun tidak putus hubungan seorang perempuan dengan ibu bapanya. Cuma tanggungjawabnya terhadap ibu bapanya tidaklah menjadi wajib seperti mana anak lelaki. Tetapi perhubungan ibu dengan anak tetap berjalan terus, sehingga tiada alasan bagi seorang anak perempuan untuk mengherdik ibu bapanya.


3. Memutuskan Hubungan Dengan Ibu Bapa


Oleh kerana mengherdik ibu bapa sudah termasuk perbuatan dosa besar, apalagi memutuskan hubungan dengan mereka. Ianya merupakan perbuatan seperti mana yang diumpamakan dalam sebuah peribahasa, “kacang lupakan kulitnya.”


Islam melarang memutuskan tali silaturrahim apalagi dengan ibu bapa. Kalau seorang anak perempuan memutuskan perhubungan dengan ibu bapanya, suaminya yang akan menanggung dosa sekiranya dilakukan dengan perintah suami.


4. Melupakan Jasa-jasa Ibu Bapa


Ibu telah melahirkan dalam keadaan yang payah dan sukar, manakala bapa pula bertungkus lumus dari pagi hingga petang mencari nafkah demi anak-anak. Memandangkan kepada jasa-jasa yang sedemikian hebatnya, adalah tidak wajar apabila sang anak melupakan jasa-jasa tersebut.


Merupakan kewajipan anak untuk mengetahui akan hak dan jasa baik ibu bapanya. Ia tidak boleh melakukan perbuatan yang menyebabkan ibu bapanya marah atau murka kepadanya, ia tidak boleh berdusta atau berbohong kepada kedua-duanya. Antara kewajipannya ke atas ibu bapanya adalah:


Berbuat baik dan berlemah-lembut terhadap mereka.


Mentaati perintah kedua-duanya selagi tidak bertentangan dengan perintah Allah.


Melihat wajah mereka dengan kasih sayang merupakan ibadah.


Mendoakan mereka berdua dengan doa yang baik.


Menjaga hati mereka berdua dan menggembirakan mereka.


Menjalinkan silaturrahim dengan sahabat-sahabat mereka.


Menziarahi kubur ibu bapa jika mereka telah meninggal dunia

Friday, April 15, 2011

PERKARA2 YANG MEROSAKKAN OTAK

1. TIDAK BERSARAPAN
sesiapa yang tak sarapan akan mengalami kekurangan gula dalam darah. Ini akan mengakibatkan kekurangan nutrien kepada otak dan akan menyebabkan kerosakan otak. Bahaya weh... so breakfast adalah sangat sangat sangat penting untuk memulakan hari anda. (cewah dah macam tagline la pulak)


2 . MAKAN TERLALU BANYAK
Haaaa... ni pun satu kes gak... korangnyer arteri otak akan menjadi keras/tebal yang akan mengurangkan daya ketahanan mental.
Tak bagus... tak bagus.. (alert to myself abb aku memang suka makan!)


3. MEROKOK
A big NO! kenape? sebab dia akan menyebabkan susut perkembangan otak yang akan lead kpd penyakit Alzheimer. Tapi biasanya yang big NO ni org suka buat. aish!


4. PENGAMBILAN GULA YANG BERLEBIHAN
Bila byk sgt amik gula nanti akan mengganggu proses penyerapan protein dalam badan (mcm kalau korang mkn ikan, buat rugi jer tak dpt serap protein). Lebih gula jugak mengganggu brain developement. So kurangkan gula dalam makanan yer. Eh minuman gak.


5. PENCEMARAN UDARA
Ni memang tak boleh nak elak. Tapi otak adalah pengguna terbesar oksigen dalam badan kita. Bila kita sedut udara yang tidak bersih akan mengurangkan supply oksigen ke otak so nanti akan mengurangkan ke'efisien'an otak kita utk beraksi.


6 . KURANG TIDUR
Tidur membolehkan (ada ker ayat membolehkan?) otak untuk berehat. Kalau kita kurang tidur dalam tempoh yg panjang akan mematikan (bukan lagi merosakkan yer..) sel2 otak kita.


7. MENUTUP MUKA KETIKA TIDUR
Memang kebanyakan orang tidur suka sangat tutup2 muka.. nak bagi feel senang tidur katanya... Tapi bad habit ini akan menambahkan pengumpulan CO2 (karbon dioksida) dalam otak. Kita nak tambah O2.


8. OTAK BEKERJA KETIKA TIHAK SIHAT
Tak bagus! Tak bagus! kalau sakit tu bawak2 la berehat yer... Bekerja keras atau study waktu sakit akan mengurangkan ke'aktifan'an otak untuk berfikir.


9. KURANGKAN STILMULASI BERFIKIR
Berfikir adalah cara terbaik untuk melatih otak kita. Kalau kita kurang berfikir akan menyusutkan otak kita.
Harus banyak membaca buku ilmiah. Tak pun bila layan anak2 bercakap, mengaji ataupun mengira pun men'develope'kan otak kita utk adapt pd situasi & pemahaman si kecil.


10. KURANG BERCAKAP
Ni mesti banyak guna computer, sms, bbm... taip jer kan? teknologi lah katakan... So dah tak banyak bercakap. hehehe..Perbualan yang interaktif & intelaktual akan membantu stimulate otak kita.


Apa yang menyebabkan kerosakan hati:
1. Tidur lewat dan bangun lewat
2. Tak kencing di waktu pagi
3. Makan terlalu banyak
4. Skipping breakfast
5. Banyak amik medication
6. Banyak amik preservatives, additives, food coloring, and artificial sweetener
7. Banyak amik mknan yang berminyak


TOP 5 makanan yg menyebabkan cancer:
1. Hot Dogs
2. Makanan pejal yg diproses (daging burger dll)
3. Donut
4. French fries
5. Chips, crackers, and cookies