Amir Reza

Si kecil ini lahir pada tanggal 27 June 2010 @ 3.20pagi di Hospital Sg Buloh.  Dengan berat hanya 3.05kg si kecil ini diberi nama Muhammad Amir Reza bin Mohd. Khairil Reza. Aku tidak mengalami sebarang alahan sewaktu mengandungkan Amir, sama seperti Aqil. Memang tidak banyak ragam. Cuma sakit bersalin kurang sedikit berbanding sewaktu bersalinkan Aqil.
Sewaktu dalam pantang pun mudah menjaganya. Tidak banyak ragam. Hanya sesekali menangis kalau lapar & haus. Kengkadang sehingga aku tidak perasan yang diapers nya sudah penuh berisi sesuatu. Lucu betul.
Kelahiran yang ke-2 ini aku memang bertekad untuk menyusu secara penuh. Dari segi pembacaan, galakan family & kawan-kawan, ye hampir 1 tahun umurnya, Amir masih menyusu badan. Sudah keletah kesana-sini. Sudah juga pandai bermain dengan abangnya. Hampir setiap kali juga si abang acap kali dimarahi kerana agak kasar bermain dengan si adik. Harus aku terus mengajar si abang supaya pandai kongsi barang mainan dengan si adik.
Kadang-kadang kesian pula si abang yang seperti serik dimarahi aku dan ayahnya. Tak per ye abang aqil, itu kitaran hidup. Perlu belajar berdikari dan membawa diri kerana dia seorang abang yang perlu pandai memimpin adiknya nanti. Harus aku sedikit bertegas dengannya.
Si kecil Amir seorang yang pemakan. Sementelah apa sahaja yang disuapkan pasti dia mengangakan mulutnya. Kadang-kadang hairan juga aku samada si kecil ini sudah kenyang atau tidak. Sejak dia berumur 6 bulan aku telah kenalkan Amir kepada solid food. Sekarang (30 May 2011) dia sudah 11+ bulan dan sudah mempunyai 6 batang gigi (4 atas, 2 bawah).
Gambar-gambar ini adalah fizikal development Amir: