Monday, February 28, 2011

Imunisasi N Perkembangan AR2 bila 8 bulan

Ari ni aku half-day sebab nak bawak encik Goten gie cucuk imunisasi dia kat Klinik Kesihatan. Sanggup aku amik cuti untuk gie sana sebabnya kan bila gie klinik kanak2 yang dia slalu gie tuh aku kena charge RM180/injection itu pun depends pada tahap imunisasi. So yang kali ni dia kena 2 imunisasi skali sebab ada tertinggal 1 injection ari tuh.. makanya, aku decide gie klinik kesihatan ler… boleh bawak2 berjimat skit. Appointment kul 9 pagi, disebabkan umah dgn klinik kesihatan tu jaraknya tak sampai 3km so aku kuar on-time jer biar cun2 sampai kul 9.


Dah siap mandikan Gohan, terus anta dia gie playschool. Selalu aku bawak dia naik moto sebab dekat jer selang 1 blok jer kot. Tapi ari ni macam ‘ter’rajin nak jalan kaki dgn Gohan. Aku bawak dia jalan kaki, tapi dia sibuk tunjuk2 kat moto sebab nak naik moto g playschool. Bila permintaan tak di layan, dia protes nangis2 sambil jalan kaki. Aku buat dekkk jer. Hahahahahah…. Sampai depan playschool lagi kuat plak dia nangis, lagi aku buat tak tau… hehehehe…


Pastu, amik encik Goten terus bawak gie klinik… maakkkk aiiiiii!!!! Ramainya orang kot… semua orang amik appointment pagi ker? Adeh! Ni yang malas ni…  terpaksa ler menunggu giliran aku sampai…  sementara menunggu tu aku siap kuar masuk nursing room ada la dalam 4-5 kali sementara menunggu tuh… pulak nursing room tak de kipas lagi pulak nak dapat air-cond kan so harusla aku carik tempat yang selesa nak nursing encik Goten. Tadaaaa… aku jumpa surau yang ber’air-cond. Terbaek kot…  hehehehe… kat situ la kami melepak buat kesekian kalinya… sampaikan semua hapdet2 yang notice board diorang aku baca…


So ni yang nak share dengan korang ni…


Senarai Semakan Perkembangan (untuk 8 bulan):
1.       Bolehkah bayi anda mengawal kepalanya ketika ditarik dari posisi baring ke duduk? Yup
2.       Bolehkah bayi anda meniarap dan melentang? Yup
3.       Bolehkah bayi anda menggenggam objek? Yup
4.       Bolehkah mata bayi mengikut pergerakkan objek? Yup
5.       Bolehkah bayi anda bertindakbalas kepada bunyi? Yup


Kira ok la kot kalau semua jawapan dia YES kan? Hehehehe


Tanda2 amaran untuk kelewatan perkembangan.
Untuk umur 6-8 bulan – sepatutnya bayi boleh berguling, boleh memegang kelentong (rattle) dan boleh membebel. So kalau ada tanda2 ni kira ok la tu, tak payah la korang risau2 kan…


Ok chow!

LOVE BITE - GIGITAN ASMARA

Daily Mail melaporkan seorang wanita separuh lumpuh selepas mengalami serangan sakit jantung sebagai akibat gigitan asmara yang dilakukan oleh kekasihnya. Wanita yang tidak dinyatakan namanya, dimasukkan ke hospital di Auckland selepas tidak dapat menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.


Kes itu dikatakan yang pertama seumpamanya pernah dilaporkan.


Para doktor mengesyaki wanita itu diserang sakit jantung walau pada mulanya gagal mengesan puncanya. Mereka kemudiannya memeriksa kesan gigitan asmara pada bahagian kanan lehernya. Di bawah kesan itu, mereka menemukan punca serangan sakit jantung berkenaan.


Gigitan asmara itu menyebabkan kerosakan pada pembuluh darah itu dan pembentukan darah beku. Darah beku itu kemudian mengalir ke jantung mangsa, menyebabkan dia mengalami strok.


Wah…. Macam ni pun ada ek???

Friday, February 25, 2011

Cepat Sihat Taw Atok!

Semalam adalah hari yang memenatkan… Selain daripada keadaan kesesatan (hahahaha yang ni memang aku slalu kena) sebabnya kan korang… aku dan alang menghala ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan sebab Atok sakit. Jap eh aku carik gambar Atok…


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Cer citer…cer citer…cer citer….


Setelah di risik cerita daripada Nenda comelku…Wae bagi taw yang Atok memang taka de pape sebelum ni.. ok jer bebual, ketawa golak2, pastu bila dah nak maghrib Atok nak masukkan motor dia kat garaj (Atok orang yang sangat berdisiplin okey uols… maner amik barang situ mesti letak balik dengan baik.. Atok ni Pesara Polis) born in 1928. Pastu uols rumah Atok ni parking area besar boleh masuk sampai 5-6 bijik kete… kalau setakat nak main konda-kondi tu memang boleh sangat laaa… So nak jadikan citer, dia tengah berbual dengan Pak Lang Ali (jiran sebelah umah Atok – yang tak berapa nak sebelah sangat lah kan sebab umah Atok kat atas bukit sikit – korang kena naik lebih kurang 30 anak tangga).


Ok pastu Atok dah masukkan motor ke garaj, dia nak naik umah kena la panjat tangga yang 30 tingginya tu kan.. so waktu naik tangga tu Wae tunggu kat tangga atas skali.. bila dah separuh nak sampai pastu Atok panggil Wae sebab dia kata kaki kanan dia sakit.. dia tak larat nak panjat tangga tu lagi.. tapi Nenda memberi semangat (cewahh… ni Wae yang cakap tau..bukan aku tambah2 ok?) untuk Atok panjang tangga tu sampai atas.. so dengan semangat waja Atok teruskan perjuangan (heheheheheh – macam ape dah ayat aku..) at last sampai gak kat depan umah. Pastu Wae tolong Atok masuk ke dalam dan duduk rehat kat sofa depan tv. Waktu tu Wae cakap memang Atok dah termengah-mengah sangat (sian Atok aku yang ensem… tapi serius dowh… Atok aku kalau tak ensem mesti tak dapat pikat Wae aku punya..puncanya Wae aku ni dulu banyak giler peminat.. tengok la cucu dia ni kan comel cam ner… keh keh keh)


Kan tadi dah Maghrib, so mereka ni ada tempat solat khas kat atas umah, whereby kena panjat lagi 4 anak tangga (bagi orang sihat walafiat cam kita ni..sonang yoo nak naik) tapi bila dah sakit bagai… nak naik 1 anak tangga tue menangis weeiiii… (tue yang Wae cakap kat aku, aku tak ubah pape pun…hehehehe) Atok pun bertongkatkan Wae kat bahu dia untuk support naik setiap anak tangga tue.. sampai mengerang dia naik setiap anak tangga tue (sian Atok… tak per Atok kuat mesti cepat sihat) so lepas tu dorang pun solat berjamaah macam biasa..


Lepas solat tu Atok nak buang air kecil… so kena turun tangga balik (yang 4 anak tangga tuh)… so Nenda yang comel pun tolong encik asben turun kebawah dengan bersusah payah… (yang part lain2 tu aku tak yah citer la yer…) Bila dah sudah tue.. Atok memang dah tak tahan sakit sakit sebab kat bahagian lutu kanan tu dah membengkak besar (ke atas macam gunung – memang ikut citer Wae aku pun bayangkan – besar agak2 macam bengkak air ada belon tuh)


So Wae bagi taw anak2 dia yang terdekat, so dalam kes ni Mak Yong (anak yang sulong) dan Mak Ngah (anak no 2) yang Atok sakit memang dah sampai tahap mengerang dan sakit sampai kuar air mata (orang laki susah nak kuar air mata weii… kalau dah sampai tahap cam tu memang dah sakit sangat lah tu) so diorang pun sampai ke umah Atok untuk bawak Atok gie hospital. Tapi sebab tak boleh nak sentuh kaki Atok nanti dia mengerang.. so diorang pun call ambulans untuk bantu (sebab ambulans kan ada stretcher.. blh angkat pesakit dengan baik) So thare is the ambulance…. Sampai lah Atok ke Hospital Kuala Pilah.


So semalam aku gie hospital (btw, nak gie hospital tu pun aku boleh sesat… wakakakaka… ini kalau group Empayar Abu Kassim taw mahu aku kena kutuk berbakul2 weiiii….semalam pun dah kena kutuk dengan Angah sbb aku gerak pagi dari umah tapi sampai hospital kul 1.30tgh… hehehehe and despite the drop-off to Prudential untuk submit case dlm 2-3 hours aku boleh sesat padahal jalan sesame dengan mak ngah kat kete depan.. adeh! Memang nak kena consider beli GPS laa) sampai Alang tanya, ‘Wei ko tau ke tak jalan balik kampong ni?’ nasib la adik2 ku… and that is my weekness… very bad in direction. *wink*


Doktor cakap Atok dah boleh kuar.. so kitorang naik 2 kete. Mak Ngah dgn Wae. Aku dgn Alang. Orang tua memang tak suka duk spital lelama. Lagipun bosan kena baring jer. Atok pun memang aktif. Dia byk bercucuk tanam kat kebun dia (korang taw kebun dia beso sey… macam padang bola. Macam2 ade. Semua jenis ulam, buah2 yang org kampong biasa tanam semua ada.. kalau korang nak carik strawberi memang tak de la kan) Bila doctor kata boleh kuar… berseri beb muka dia… hehehehe… senyum jek..


So kitorang pun hepi la siap golak2 lak an.. pastu dah sampai umah mak ngah.. terus makan tengahari waktu tu dalam pukul 3 lebih. Waktu makan tu berbual dengan Atok. Dia Nampak ok. Cuma bila dia start bercakap tu Nampak kat bahagian muka sebelah kanan statik. Bila dia cakap hanya sebelah kiri yang bergerak yang paling ketara bahagian mulut.  Mak Ngah yang perasan dulu, waktu tu Balqis (cousin aku yang cantek a.k.a Siti Nurhaliza sebab muka dia ala2 siti uols) tengah goreng telur mata kat dapur (hehehe ade pasal jer citer pasal dia goreng telur ek…) Mak Ngah yang alert kat kitorang… memula tak perasan tapi waktu kat meja makan tu yang Nampak jelas. Pastu Atok bercakap pun mcm tak jelas huruf ‘s’. So kitorang ajak Atok rehat kat ruang tamu. Dah bentang tilam semua… Atok pun baring. So anak cucu ni dok la bebual kat keliling Atok. Siap ketawa2 lagi… Agaknya Atok tetido pun sebab kitorang berbual.. (agaknya mcm menyanyi kitorang berbual hehehehe…. Bertuah punya cucu!)


Aku dgn Alang pun gerak balik sebab nak kena singgah Nilai umah ibu dulu nak amik baju konvo Alang. So lepas t uterus la masuk highway NKVE menghala balik umah sebab ada appointment dengan Taufik yang nak beli stroller yang aku jual online tu. Pulak waktu tu dapat call dari ibu yang Mak Ngah dan Pak Ngah bawak Atok gie hospital balik sebab kaki Atok sakit balik and ada minor strok kat muka kanan Atok. So Atok sekarang masih di Hospital Seremban untuk rawatan.


Atok cepat sihat yer.. Kami semua sayang Atok!
Wae lagi sayong Atok.. Mesti hati Wae tengah tak keruan piker pasal Atok.
Atok kan kuat. Atok kan dulu Polis. Semangat Atok mesti besar dan positif.
Sayang Atok…!!!!

Wednesday, February 23, 2011

K.I.L.L. OR C.A.L.L.

Samada aku penat aku atau short-term memory lost.. puncanya tadi Client call aku nak check status notebook dia dah siap ker belum… aku buka system pastu check memang engineer dah attend case ni. So slamber jer aku bagi taw Client..


“Sir, I checked that Engineer tried to KILL you 3 times” pastu aku tersenyap jap…. Hahahah mengong! Aku sebenarnya nak cakap, “Sir, I checked that Engineer tried to CALL you 3 times” tapi macam Client tu pun mengong gak.. dia jawab “ok!” hahahahah… nasib aku cover balik, “you can collect the unit already”


Lesson of the day:
1.       Fokus
2.       Jangan buat 3-4 kerja dalam satu masa (sebab waktu Client call ni aku tengah buka FB, sambil checked email, sambil checked system, sambil follow-up case… wakakakaka)
3.       Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata.. sendiri mau ingat!!!

Solat Sambil Dukung Anak

Dapat info dari FB yang kawan aku share kat wall dia..




Soalan:
Assalamualaikum ustaz,Saya seorang surirumah dan mempunyai anak yang masih kecil.Saya ingin bertanya adakah dibolehkan mendukung anak ketika saya sedang solat untuk mengelakkan anak menangis. Jika boleh apakah dalil dan syarat-syaratnya. Terima kasih.


Jawapan:


الحمدلله رب العالمين و الصلاة و السلام علي أشرف الأنبياء و المرسلين


وعلي آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلي يوم الدين ، أما بعد


Adalah dibolehkan solat sambil mendukung anak yang masih kecil. Soalan sebegini telah ditanya kepada Syeikh Fauzan dan beliau telah menjawab seperti berikut:


ويجوز حمل الطفل في الصلاة‏. فقد حمل النبي صلى الله عليه وسلم أمامة بنت ابنته زينب رضي الله عنها وهو يصلي وكان الحسن والحسين رضي الله عنهما يصعدان على ظهره صلى الله عليه وسلم وهو ساجد


Maksudnya:
Diharuskan mendukung anak kecil sewaktu mendirikan solat. Sesungguhnya Nabi saw telah mendukung Umamah binti Zainab r.a dalam keadaan baginda sedang solat. (riwayat Bukhori dan Muslim). Dan adalah Hasan dan Husain memanjat belakang Nabi saw ketikan baginda sedang sujud. (tamat jawaban syeikh Fauzan)


Syarat yang perlu dipatuhi ialah jangan melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan solat seperti:
1) Pastikan anak itu bersih dari najis. Perkara ini telah disebut oleh Imam an-Nawawi dalam kitab majmuknya.
2) Kawal pergerakan. Jangan banyak bergerak sehingga hilang fokus (khusyu').
3) Dada sentiasa mengadap kiblat.


Sekian والله أعلم


Rujukan:
1) Fatwa Syeikh Fauzan
2) http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=199160


Disediakan oleh:
Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS


Korang boleh klik kat sini utk rujuk.

Tuesday, February 22, 2011

Nursing Bra dan Pad


Wanita ini membawa pembaharuan kepada dunia hand-free! ha ha ha
kalau korang breastfeeding, adalah lebih baik korang guna bra yang lama2 kalau nak buat sebagai hand-free, like this clever lady...until you're done nursing! ha ha ha
OR LIKE THIS LADY...(ha ha ha)

"oh Yaati, mesti tak percaya aku tengah buat ape sekarang...I'll I can say is, I'm multi-tasking???!!!"
"Biar Ti teka! akak tengah update blog sambil pumping breastmilk !?!"
(ha ha ha ha)

HIP HIP BOOB-RAY!

saje je nak share picture ni.. klaka dowh... berdekah aku tengok... hehehehe nak beli benda tu dah dekat RM2000++.. paling murah pun aku dapat RM1650... oiii tak sanggup mak.. guna jer la ape yang ade kan? tapi kalau korang ade duit terlebih-lebih tak tau nak letak mana boleh gak beli freestyle breast pump medela tapi ada banyak gak website lain jual madela ni guna style duit kutu.. bayar bulan2.. ok gak.. korang google jer tak pun klik jer kat link atas tu.

Ni antara Nursing Bra yang sangat selesa utk kegunaan ibu2 yang menyusu:

Kenapa best???
  1. Di buat daripada kain cotton, so so tak de la berpeluh2 kat area tu mcm kalau korang pakai fabrik sintetik kan?
  2. tak pakai any underwire untuk support sebab memang dah melekap baik pada kulit
  3. straps yang sangat lembut
  4. Potongan kemas kat bawah ketiak so tak de la terseksa atau rasa sakit terutama waktu korang menyusukan anak
  5. Selesa weiii.. terbaik dari ladang
  6. kalau korang pakai ni tak nampak mcm korang pakai nursing bra yang tak de potongan.. kadang2 nampak mcm labuh jer kan boobs tu... tak sesuai uols...
  7. ada banyak jual kat mane2 kedai bayi.. banyak saiz dan kaler
dan korang jugak perlu pakai nursing bra yang sesuai waktu tido kan dan kadang2 baby tue melantak jer tido sampai pagi so nanti kalau tak pakai nursing pads alamat banjirla seluruh tilam uols...pakai nursing pad yang selesa ada banyak jual kat kedai baby sekarang, nanti tak payah la korang asyik bangun nak tukar baju atau letak sapu tangan supaya baju atau tilam tak basah kan...ha ha ha

yang ni my fav nursing pad:

kenapa yang ni best??:
ni[pis, tak melekat kat kulit boobs, dan lagiii...memang nipis uols...ha ha ha...tkorang nak ke rasa pakai diapers kat boobs! ha ha ha)


BEST NIGHTTIME NURSING SLEEP BRA 

Kenapa bra ni best???:lembut ok uols.. boleh pakai seharian sebab tak panas
dia tak de besi atau wayar2... straps dia lembut jer kat kulit
korang mesti tak rasa yang korang pakai nursing bra... wakakaka

tak per.. satu hari nanti boleh pakai bra yang cantek2 dan sexy2 balik....dan yang penting korang akan dapat berat badan yang ideal kalau korang breastfeeding! ha ha ha

WOW BREASTFEEDING FACT:
the average breastfeeding mama, burns 500 calories a day breastfeeding! Awesome...to put that in perspective...the AVERAGE PERSON BURNS ONLY 200 calories running for 30 minutes! Yeah Breastfeeding Work Out! ha ha ha


off to go "workout" ha ha ha....and by that I mean go nurse my little one a.k.a Goten...
MAJAMAS ORGANIC The Easy Bra
(korang boleh beli yang tak organik jugak, lebih murah)
kalau korang nak boleh order kat sini http://www.diapers.com/ biasanya dalam 7 hari bekerja boleh sampai!

Lif sangkut + tahan kencing = cuak

Waaaaaaaa……. Sob..sob…sob.. rase macam nak nangis jer tadik… puncanya aku tersangkut dalam lif. Nak cakap lif cikai.. diorang pakai Otis. Otis kalau korang nak taw adalah lif yang pioneer a.k.a otai… sebab OTIS ni yang invent buat lif mula-mula dulu. Klik kat sini untuk tau info pasal OTIS. So mungkin sebab diorang tak service pak cik tu.. sebab mungkin dah tak der minyak ker atau wayar dah berselirat bagai.. okey berbalik pada citer aku tadi.. hehehe teringat plak citer Hantu Kak Limah Balik Rumah storyline ‘ cer citer…cer citer….’


Biasala kan bila break-time aku nak gie nursing kat Block A.. pulak tu tadi dah makan home-made nasi goreng aku yang sedap tu kan? (hahahah perasan lebih) so bila dah kenyang nak gie nursing plak kat sana. Tak de la jauh sangat Cuma nursing room ada kat Block A jer (aku kat Block B). Aku pun nak la lif kanan tu. Tekan tingkat 4. Tunggu punya tungu punya tunggu… tak sampai sampai kat tingkat 4.. dah dekat 10 minit ni..  siap ade bunyi wayar2.. dah ler aku sorang jek kat dalam lift u.. adooiiiiii~ tetiba lepas sampai kat tingkat 4 lift tu gegar2 dulu baru berhenti. Dah la tue berhenti pun tak sama level dgn tingkat 4 level.. mangkuk tingkat betul la.. nasib baik aku tak tersungkur taw.. terus aku gerak gie toilet kat sebelah lift tu.. tak tahan dowh… buang ape yang patut dulu.. aku tengok muka aku biru kehijauan… puncanya ketaaaqqqq beb…


Abis jer nursing confirmed la aku tak guna lif tadik… sanggup aku guna tangga (cewah… tak de maknenya la kan? Hahahah) aku tunggu lif sebelah la… tangga? Tahun depan jer la… kuang kuang kuang…


Moral of the story:
1.       Jangan tahan kencing
2.       Baik guna tangga dari naik lif, bagus untuk kesihatan (utk korang jer la.. aku tetap naik lif.. hahahaha)
3.       Kalau tersungkur depan orang, buat2 amik barang jatuh.. wakakakakaka

Monday, February 21, 2011

Weekend oh! Weekend

Sabtu – 19 Feb 2011

 

Biasanya hari ni ialah hari mengemas rumah (Spring Cleaning). Waktu ni la nak basuh baju, sidai baju, lipas baju, kemas dapur, vacuum sana-sini, mop lantai, cuci toilet, dan lagi…dan lagi… dan lagi… Bila bangun pagi jer mesti siapkan Gohan & Goten, bagi diorang mandi dan minum susu pastu start ler mengemas umah. Encik asben la yang rajin suh aku tukar langsir.. lap2 sana-sini..  dan yang penting Gohan & Goten memanglah sibuk jer kan.. aku ke depan pun diorang ikut.. ke belakang pun nak follow gak.. Goten ni semenjak dah pakai walker makin laju dia kejar aku.. wah wah wah tunggu sikit ari lagi bila dah dapat kaki.. Si Gohan dgn Goten yang tolong punggah barang2 umah ni.. adeh! Pening..

 

Ahad – 20 Feb 2011

 

Harusla aku rajin memasak kan untuk tengahari tue.. hahahah so menu nya ialah:

1.       Sambal Ikan Makarel

2.       Masak Lemak Daging Salai

3.       Telur Mata Masak Kicap

 

Simple jer dowh… tapi mak dah baca2 dan hembus2 kan waktu masak tu… harusla sedap kan? Hehehe.. setiap kali masak baca jer doa untuk masak tu kan.. hehehe.. ni petua nenda yang bagi waktu aku duk kampong masa cuti sekolah kecik2 dulu. Puncanya, setiap kali dia masak, mesti aku tambah 2-3 kali. Heran jugak nape boleh jadi cam tu.. ringan jer mulut ni bertanya kat nenda (lain kali aku posting pasal nenda plak eh) so nenda yang comel pun bagi tau doa yang perlu di amalkan kalau memasak. Nanti kalau aku jumpa dalam google aku add-in kat sini ok uols…

 

Lepas tu encik Goku ajak gie karok.. harusla aku setuju kan? Cepat2 siap kan Goten & Gohan. Aku laju jer an nak melalak ni.. dah lama kot tak melepak. So dengan riang ria nya kitorang menghala ke Kota Damansara. Skali dengan Goku drain members encik Amir & encik Khair (lain kali jugak aku posting pasal the drain members ni a.k.a mulut longkang)

 

Selepas beria-ia sampai kat sana dan register bagai.. dah siap tunggu pastu siap borak2 dengan 3 pompuan cun yang duk kat sebelah aku (yang tetiba aku baru perasan salah sorang dari pompuan tue ada halkum (mak aiii….layan je laaa) pastu dah melepak kat sofa menunggu tu dalam setengah jam baru si amoi tu bagi taw yang tempat penuh.. dalam kul 5 baru ada kosong.. aku tengok jam (bukan jam aku pun sebab aku malas pakai jam) aku tengok jam Goku lerr.. baru pukul 3 so tak kan nak berkampung lak kat situ an? an? so kitorang tukar plan dari melalak ke mengisi perut kat Kayu Nasi Kandar.. adeh! Boleh laaa… pas makan terus balik…

Sunday, February 20, 2011

Patutla...

ape yang patutla??? hehehe... patutla goten merengek2 jer semalaman.. tak nak menyusu sangat.. aku ingatkan sebab selsema.. tu salah satu sobab eh jugak... siang tadi bergurau dgn dia baru perasan rupanya...


 
Yer betul.. budak tonet2 nak tumbuh gigi… tadaaaaa!!!! Sememangnya dia meragam saje.. dengan badan yg sikit dedar + hingusan mcm air terjun ulu yam (dah aku sedut nak bagi dia senang nafas tapi same jek) + batuk berkahak (kalau budak beso bole buang je)



Sian dia… mummy dah siap bagi ubat tadik pastu mummy sibok tengok Serasi Bersama kat Astro.. omak eh golak2.. anak eh dalam walker tersengguk2 tertido.. Ya Allah! Anak aku… cepat gak kesannya…

Friday, February 18, 2011

Tragedi February 18

Tersedar pukul 6 pagi tadi untuk nursing AR2.. pastu tertido balik. Terjaga kul 6.30pagi sebab AR2 merengek-rengek rupanya diapers berat.. of course la tak selesa.. so aku pun bangun ler nak tukar diapers AR2.. pulak si AR1 bangun melalak.. takut la tue sebab gelap kan? Okey okey mummy bukak lampu..


Jeng! Jeng! Jeng!

Rupanya budak bertuah 2-2 ni dah tembus… terkesan kat tilam uols… AR1 siap beron lagik… adeh~ pagi2 dah buat kuih ni… bau memang terbaek dari ladang okey.. so terpaksa la Gohan & Goten tu mandi pagi2 buta ni kan… dah alang2 tu.. terus jer mandi lagi baik… harusla mereka kesejukan sebab mandi pakai air paip yang sejuk beku tue kan…

Ada pasal pagi2 tu kena tukar cadar, sarung bantal, selimut dgn towel bagai kan…  pastu disebabkan tragedi ittew.. aku pun carik la sobab musabab eh.. mummy lupa tukar diaper encik Gohan & encik Goten sebelum diorang tido semalam. Keduanya sebab mummy ni tersangatlah mengantuk sampai stok makanan amir pun tak sempat nak blend.. ketiganya..eh tak de ketiga.. dua jer sebab..

So aku pun start google utk carik info pasal kencing malam ni. Jika korang juga menghadapi situasi seperti diatas, mungkin tips berikut boleh membantu :

1.       Sebelum anak masuk tidur, pesan padanya agar bangun untuk ke tandas bila terasa nak buang air. Kalau takut nak ke tandas sendiri, suruh anak kejutkan korang atau pasangan.
2.       Galakkan anak untuk buang air sebelum tidur. Tapi kadang-kadang ada juga kes kalau dah mengantuk sangat dia buat tak tau je. Sibuk dok layan ngantuknya tu. Diwaktu sebegini, seeloknya pimpin anak anda ke tandas dan suruh anak buang air sebelum masuk ke bilik tidur.
3.       Beri pujian padanya apabila dia bangun untuk ke tandas diwaktu malam atau apabila dia tidak kencing ditilam
4.       Kejutkan anak sekali semalam untuk buang air. Tapi kalau anak tak nak bangun juga, ada baiknya anda angkat dia dan bawa kebilik air sebelum tilam anda dibasahkan. Teknik ni kira macam brutal jugak laa… 
5.       Elakkan dari memberi sindiran negatif seperti marah dan ejekan kerana ini akan mengganggu keyakinan diri si anak. Sebaiknya terangkan padanya kenapa terkencing diatas tilam tu tak bagus – contohnya : tilam basah dan susah untuk dibersihkan seterusnya akan memudahkan kuman membiak dan membawa penyakit kepada kita sekeluarga.
6.       Elakkan dari menggunakan tilam yang tebal dan sukar untuk dicuci. Sebaliknya gantikan dengan tilam yang nipis, comforter atau toto yang boleh dicuci setiap kali anak korang terkencing diatasnya. Jika rasa terlalu nipis, lapiklah 2 ke 3 helai toto atau comforter.

Thursday, February 17, 2011

MAULIDUR RASUL

Sempena hari kelahiran manusia Agung di bumi Allah S.W.T ini.. aku nak citer skit tentang sejarah Ulul-Azmi yang aku baca daripada buku 25 kisah nabi yang aku beli kat MPH 3-4 bulan lepas.. agak menarik buku ini sebab ayat-ayat yang digunakan senang difahami dan membuatkan aku nak baca ayat seterusnya… dan lagi… dan lagi.. dan lagi… hehehe.. (biasanya kalau buku sejarah ni memang bercinta skit la nak baca kan) tapi buku ni best sey…

Okey..

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
Dan terjadi beberapa peristiwa pelik sewaktu kelahiran manusia Agung ini... antara yang boleh aku ingat ialah:
1)      Sebaik sahaja dilahirkan, tidak seperti bayi2 lain yang biasanya menangis... baginda tidak menangis.. hanya terbersin sekali
2)      Keluar cahaya terang benderang dalam bilik (baginda dilahirkan dirumah oleh bidan.. lupa plak nama bidan tue) seperti cahaya di siang hari.. padahal hanya mempunyai lampu minyak tanah
3)      Apabila lahir saja Rasulullah SAW, bergegar seluruh tanah Arab dan tumbanglah kesemua berhala-berhala..
Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai Nabi dan Rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.
Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahb, adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.
Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).
Dalam masa remajanya, Nabi Muhammad percaya sepenuhnya dengan keesaan Allah. Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak. Baginda menyayangi orang-orang miskin, para janda dan anak-anak yatim serta berkongsi penderitaan mereka dengan berusaha menolong mereka. Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan biasa di kalangan para belia pada masa itu seperti berjudi, meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga beliau dikenali sebagai As Saadiq (yang benar) dan Al Amin (yang amanah). Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekah.
Ketika berusia kira-kira 25 tahun, ayah saudara baginda menyarankan baginda untuk bekerja dengan kafilah (rombongan perniagaan) yang dimiliki oleh seorang janda yang bernama Khadijah. Baginda diterima bekerja dan bertanggungjawab terhadap pelayaran ke Syam (Syria). Baginda mengelolakan urusniaga itu dengan penuh bijaksana dan pulang dengan keuntungan luar biasa.
Khadijah begitu tertarik dengan kejujuran dan watak peribadinya yang mendorong beliau untuk menawarkan diri untuk mengahwini baginda. Baginda menerima lamarannya dan perkahwinan mereka adalah bahagia. Mereka dikurniakan 6 orang anak (2 lelaki dan 4 perempuan) tetapi kedua-dua anak lelaki mereka, Qasim dan Abdullah meninggal semasa kecil. Manakala anak perempuan baginda ialah Ruqayyah, Zainab, Ummu Kalsum dan Fatimah az-Zahra. Khadijah merupakan satu-satunya isterinya sehinggalah Khadijah meninggal pada usia 51 tahun. Seorang lagi anak baginda adalah hasil perkahwinan baginda dengan Mariah Al-Qibtiyyah. Putera baginda bersama Mariah bernama Ibrahim itu juga meninggal semasa kecil.
Kalau korang nak taw lebih tentang sejarah Nabi Muhammad SAW ni boleh try beli buku sejarah 25 Nabi kat MPH bookstore. 

Monday, February 14, 2011

Aqil with new sweater coat

Reaksi AR1 bila dapat new sweater coat from mamatok... unspeakable reaction from him... hahahahah... he really make my day....
 sila alert...tv tu sentiasa Disney channel okey uols....

 adeh... tak larat nak layan berdekah.. ade jer keje dia...
 tengok la ni... hehehehe...
 yang ni dia tiru action Goku okey...
 ni pun....
 super saiya nak kuarkan power......
 yang ni mak tak tau ape kojenye.... snapping picture la kot... hehe
 haiz.... ado yo kojo ko jang..
 tada....
 and of course the tambam in action!
with his sliver all over the place...

Note: tenkiu mamatok for the sweater coat

Friday, February 11, 2011

Peristiwa Misi Menyelamat

Dapat tahu berita yang menyedihkan.. seorang kenalan wanita, profession dia ialah askar. So sekarang di Mesir banyak berlaku rusuhan dan perkara buruk so mereka kebanyakan di arah untuk pergi misi menyelamat rakyat Malaysia terutama pelajar2 di sana. Nak dijadikan cerita kenalan wanita ini kena arah ke Mesir. So dia terpaksa menolak kerana keadaan anak yang kurang sihat.

Apabila dia menolak, kawan wanita ini (of course la askar juga) tetapi lelaki yang diarahkan utk pergi misi menyelamat. So selepas dia bertolak ke Mesir, isteri dan anak dia terlibat dalam kemalangan dan yang paling menyedihkan.. isteri dia meninggal dunia dan anaknya masih di ICU.

Sehingga semalam, beliau masih tidak tahu yang keluarga dia terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan kehilangan nyawa... Innalillahwainnahirroojiun..

Takziah untuk keluarga mereka & Al-Fatihah untuk isteri beliau.

MasyaAllah, sekelip mata sahaja Allah meminjamkan orang yang kita sayang dan sekelip mata juga semua itu ditarik balik. Ya Allah! aku bersyukur dgn setiap rahmatMu, kesakitan yang Engkau beri, kegembiraan yang Engkau pinjamkan, kasih sayang dilimpahi kepada Aku serta seluruh keluargaku..

Di Telan Mati Emak, Di Luar Mati Bapak

Rasanya itu yang sesuai digambarkan sekarang.. Semoga Allah membantu aku menjadi insan yang lebih baik setiap hari.. Mungkin setiap perbuatan kita ada pihak yang tidak senang dan bukan senang untuk memenuhi kehendak setiap orang.

'Ya Allah! Berikanlah aku petunjuk...'

Thursday, February 10, 2011

Spread The Love!!!

Bermula dengan cerita Ahmad. Ahmad berumur 25 tahun dan seorang engineer di PJ. Gaji RM2500 sebulan. Cukup makan cukup pakai. Ahmad menyimpan RM500 sebulan untuk target kahwin
5 tahun lagi. So akan ada RM30K 5 tahun kemudian.
Cukup 5 tahun, Ahmad sudah ada RM30K. Tetiba hidup tidak seindah diduga. Ahmad mengalami tekanan darah tinggi. Berjumpa dengan doktor pakar, Ahmad memerlukan
pembedahan untuk arteri. Arteri Ahmad tersumbat kerana kolestorol.
Biasala orang bujang, asyik makan di mamak sahaja dan sibuk berkerja exercise pun kurang.
Pembedahan memerlukan RM50K. Mana nak cari ya? Ahmad pun terpaksa keluarkan savings perkahwinannya RM30K. Dan berhutang dengan kawan kawan dan saudara mara RM20K.
Alhamdullilah, semuanya ok. Tetapi kahwin tak dapat. Hidup sekarang berhutang. Ini yang anda mahu?
Bagaimana jika ada medical card?
Ahmad menyimpan RM300 untuk perkahwinan dan RM200 untuk insurance medical card. Cukup 5 tahun Ahmad ada RM18,000. Masalah pembedahan RM50K selesai dengan medical
card. Medical card Ahmad mempunyai limit sebanyak RM750,000. Ahmad mendapat perubatan terbaik tanpa perlu risau berapa kos nya.
Selesai pembedahan, Ahmad mampu melangsungkan perkahwinannya dengan RM18K. Cukup ke RM18K.
RM200 sebulan yang Ahmad gunakan untuk medical card bukan sekadar bayaran. RM200 sebulan adalah sekali bersama simpanan dan pelaburan. 5 tahun bersama Prudential
Ahmad mempunyai RM10K savings di dalam plan medical cardnya. Ahmad boleh mengeluarkan wang ini. RM18K + RM10K = RM28K 
Kahwin dapat. Sekarang dah sihat. Hutang pun takde 
Apa yang Ahmad dapat dengan RM200 sebulan bersama Prudential Medical Card plan?
Pampasan RM100K jika berlaku kematian
Pampasan RM100K jika mendapat salah satu daripada 36 penyakit kritikal
* sila msg saya jika ingin tahu apa 36 penyakit kritikal
Pampasan RM100K jika kematian disebabkan kemalangan atau cacat.
Medical Card.
Perlindungan sebanyak RM750,000 untuk bayaran perubatan.
penyakit biasa seperti demam panas, h1n1, dengue, sakit mata, jatuh tangga, yang menyebabkan di hospitalkan. semua akan dicover bukan sekadar penyakit kronik.
Ahmad juga akan mendapat RM300 sehari jika diwadkan kedalam hospital sebagai allowance. Contoh 7 hari = 7 x 300 = RM2100
Allowance bukan untuk membayar bil. Ini adalah wang anda. Gunakan untuk doa selamat atau sebagainya.
Jika mendapat Ahmad mendapat salah satu daripada 36 penyakit kritikal, Ahmad tidak perlu lagi membayar RM200 sebulan.
Prudential akan bayarkan dan perlindungan Ahmad akan masih berterusan sehingga umur 80tahun.
Prudential Medical Card plan adalah bersama savings dan pelaburan. Ahmad akan mempunyai RM150K apabila umur 55 tahun.
simpanan ini flexible dan boleh dikeluarkan pada bila bila. Seperti Ahmad mengeluarkan RM12K pada umur 30tahun untuk perkahwinannya.
Semua di atas ditulis di dalam policy document dan properly contracted as black and white. Ini adalah pelaburan terbaik dan selamat untuk anda semua.
For more info, click here
 

Tuesday, February 8, 2011

CNY weekend

Happy Bunny Year to all my chinese friends!!! Have a great year ahead... hehehe aku memang ler hepi kan? of course la uols.. cotiiiiiiiii!!!! hari ni baru masuk keje... macam aku lak yang celebrate an... ok yang penting agenda penuh ari okey...

nak hapdet skit kat sini.. Khamis tuh memang ler kat umah jer kan... kemas ape2 yang patut.. biasa la AR1 tu dh pandai sepah barang kan uols.. rumah aku tuh boleh nampak kemas 5 minit jer.. kalau AR1 tido mungkin boleh lama skit.. hahahahaha...
pastu cam gini ler jadik nyer...

 ni baru part lego, yang truck, lorry, chugginton lagik, dengan kaler sana-sini.. adeh bertuah anak mummy ni... memang hebat kalau nak kasi dia menyepah..
 hah? tengok ni... ader jer koje nye.. tengah atok gosok baju..dia pun nak jugak amik spray baju tuh (yang kat tangan AR1 tuh) pastu dia capainya baju yang aku baru angkat kat ampai tadik... dia spray abis sampai basah lencun.. memang la haiii...pastu siap berebut okey dengan atok dia nak spray kat baju yang atok tengah lipat... adeh... atok ni pun bior jer cucu bagi lencun baju atok tuh... anak..anak...
AR2 sejak dah laju dalam walker ni senang skit lerr.. tak der la aku nak kena angkat dia sangat.. dia dah boleh follow aku keluar masuk bilik... hehehe... mummy masuk bilik, dia pun sama nak masuk... mummy g dapur pun dia ikut... siap on the way lalu tu capai barang ape yang patut... dan jatuhlaaa semua barang2 tu an.. barang2 yang paras tangan dia memang ler abis kena capai ok..

So berbalik kepada agenda yang seterusnya... sepatutnya Jumaat tu lepas Asar my school friend engagement kat Bukit Jelutong... tapi terpaksa dicancelkan memandangkan aku kena buat kek dengan muffin utk birthday anak buah malam tu... dengan 2 hero kecik yang memang lah sibuk jugak nak menolong kat dapur.. so proses membuat kek dan muffin tu bertambah dari 3 jam ker 6 jam... adehh~ redho jer la kan...
btw, ni picture Zhafarina Engagement... santek kan? mestila laa uols... tunang dia pun line photography gak.. so tentulah pics semua cantek kan... credit to Hafiz Atan untuk pic ni... Sorry dear Zeffy tak dapat nak attend ur day... tapi nanti ur big day I datang okey... promise!! (sambil buat muka chumel *wink)
Dan petang tu jugak lah aku bertungkus lumus buat kek okey uols... dan ini lah hasilnya...
 ini kek chocolate moist... resepi dah hapdet ari tu kan.. kalau tak jumpa boleh klik kat sini
yang ni muffin plak.. resepi kat sini ok..

Friday, February 4, 2011

Selamat Datang!

Salam,

Blog ini adalah hasil nukilan tentang aku, kehidupan, peristiwa dan sharing tentang tips penjagaan anak, nursing, fakta-fakta yang perlu diterapkan kepada anak2, tips serta resepi masakan...

Salam sayang dari Zura

Bagaimana Membina Blog???

Ada beberapa orang tanya aku macam mane nak buat blog... aku pun beginner level gak macam korang.. tapi sebab korang dah tanya.. aku bagi link ke pioner2 bloggers Malaysia... atau korang boleh gak klik kat butang kiri yang ada link ker blog diorang..

Seperti yang dijanjikan... sebelum korang nak buat blog, korang mesti ada valid e-mail address. Kalau korang takde lagi email klik je kat sini..pastu utk buat blog ada banyak pilihan.. tengok apa yang korang selesa nak pakai.. dah tentu aku pakai blogspot kan? so sure aku akan link kan korang kat sini gak..

Yang ni aku dapat info dari otai2 bloggers gak.. So sila klik kat link yang berkenaan utk korang update ke blog sendiri okey.. Enjoy peeps!



Cara buat blog versi youtube video

Cara pasang menu bar dengan drop down versi pink

Cara pasang menu bar versi 2

Cara buat simple zoom in image di blogspot

Cara pasang Image opacity effect

Tingkatkan traffic dari search engine dengan costum title meta tag

Tips SEO - 3 cara meningkatkan Page View dan klik pada link.

Ringankan blog dengan jQuery Lazy Load

Cara mudah tukar favicon di blogspot

Cara pasang jquery Twitter Ticker di blogspot

Cara buat Avatar senget(rotate) pada bahagian comment

Cara pasang Slide out navigation floating di atas header

Cara pasang Jquery Slide Out Navigation di blogspot

Jquery Tab Menu Accordion versi 2

Jawapan kepada masalah Reply To Comment

Cara pasang Facebook share button di blog

Cara buat flash banner dengan Aleoflash Software

Cara pasang Sitemap pada blogspot

Cara pasang Jquery lava-lamp navigation menu

Cara pasang Breadcrumb pada blogspot

JQuery animated share button

 

Choc Chip Muffin


Bahan A:-
1 cawan butter (cairkan)
2 cawan susu segar/cair
2 biji telor (pukul sikit)
1 sudu kecil esen vanila

Bahan B:-
3 cawan tepung gandum *
1/2 cawan serbuk koko *
2 sudu kecil baking powder *
1/2 sudu kecil soda bikarbonat * (*ayak bersama 2x)
2 cawan gula perang

choc chips secukupnya

Cara Membuat:-
Panaskan oven pada suhu 190 C selama 10 - 15 minit.
Sediakan muffin papercup dan letak loyang muffin.
Masukkan bahan B dalam mangkuk dan gaul rata.
Satukan bahan A dan masukkan ke dalam bahan B, kacau rata guna whisker.
Jangan terlalu lama, biar elok sebati je, ok.
Sudukan ke dalam muffin cup sehingga 3/4 penuh.
Taburkan choc chips atas adunan.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 18 - 20 minit.


korang boleh ubah ikut citarasa sendiri.. aku try pakai blueberry dan inilah hasilnya...

Wednesday, February 2, 2011

Makanan Sihat Utk Si Manja (6bulan - 18bulan)

Hari ni tetiba nak share pasal frozen healthy food… untuk sesapa yang ada anak kecik macam aku ni.. lagi pulak bekerja yang sememangnya bila sampai umah tak sempat nak buat makanan sihat utk si kecil.. so dah 2 minggu ni aku try buat utk AR2. Memula dulu asyik supply nestum (yang segera dlm tin tue) tinggal campur dgn air suam jek.. pastu dah boleh terus suap kat anak.


Tapi ari tu bila melepak kat umah kakak ipar ku; Kak Ima, anak dia Syazwan beza 10 hari jer dgn AR2.. so sebaya la kiranya kan? Pun dah start makan solid food. Tapi Kak Ima bagi Syazwan makan bubur nasi yang di’blender’kan dgn karot atau bayam atau ikan.. tengok la mana yang korang nak start..


So cara-caranya:-


1btg carrot
1ikat bayam
1 mangkuk bubur nasi


Korang rebus dulu carrot, bayam atau ape2 sayuran yang sesuai… broccoli pun bagus gak. Pastu toskan. Korang jangan pulak gie rebus semua sayur2 tu dalam satu periuk.. kan kaler oren + kaler ijau jadi aper ntah.. buat satu-satu.. jangan gelojoh. Pastu dah toskan. Amik blender kecik (jangan plak korang pakai blender cili tadik.. bengkak mulut budak tue macam Angelina Jolie kang.. pastu masukkan bubur + carrot + air sikit.. pandai2 budget… jgn penuh sangat..
Pastu ulang proses yang sama utk bayam atau ikan atau sayuran yang lain.


Note:
Kalau anak korang tu berumur…
6bln – 9bln          : bubur + 1 jenis sayur (mesti blend sampai lumat agak2 dlm 8-10minit)
10bln – 14bln     : bubur + 1 jenis sayur + ikan (atau 2 jenis sayur) –yang ni korang blh blend dlm 5minit (blh kasar skit struktur mknn tue)
15bln – 18 bln    : bubur + 2 jenis sayur + ikan (atau ayam) yang ni dh blh kasar kan lagi struktur mkn sbb dh ada gigi utk gigit


Pastu masukkan dalam bekas dadih yang comel2 tu senang utk sekali mkn. Simpan dalam freezer beku. Boleh tahan hingga 3 bulan. Tapi baik korang buat weekly basis, just top-up je makanan si kenit tu tiap2 minggu. Insyaallah menjadik.