Bahan-bahan Untuk Kek
2 biji telur
1 cawan butter
1 cawan gula pasir
1 cawan susu pekat
1 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe (tapi aku tak letak pun)
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
==============================
** Topping **
1/2 cawan koko van hauten (biasanya separuh bar tu)
1/2 cawan susu cair
1 sudu besar minyak masak (tapi pakai butter pun boleh - sbb nak bagi berkilat)
Cara-cara
Pukul telur hingga kembang
Masukkan gula dan pukul lagi
Kemudian masukkan minyak masak (atau butter)
Ayak semua bahan kek dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli. Gaul sehingga sebati.
Kukus selama 45minit atau sehingga masak
Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk pastu hias sesedap mata memandang..
Selamat mencuba!
Ini lah hasilnya... jeng jeng jeng
No comments:
Post a Comment