Dapat tahu berita yang menyedihkan.. seorang kenalan wanita, profession dia ialah askar. So sekarang di Mesir banyak berlaku rusuhan dan perkara buruk so mereka kebanyakan di arah untuk pergi misi menyelamat rakyat Malaysia terutama pelajar2 di sana. Nak dijadikan cerita kenalan wanita ini kena arah ke Mesir. So dia terpaksa menolak kerana keadaan anak yang kurang sihat.
Apabila dia menolak, kawan wanita ini (of course la askar juga) tetapi lelaki yang diarahkan utk pergi misi menyelamat. So selepas dia bertolak ke Mesir, isteri dan anak dia terlibat dalam kemalangan dan yang paling menyedihkan.. isteri dia meninggal dunia dan anaknya masih di ICU.
Sehingga semalam, beliau masih tidak tahu yang keluarga dia terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan kehilangan nyawa... Innalillahwainnahirroojiun..
Takziah untuk keluarga mereka & Al-Fatihah untuk isteri beliau.
MasyaAllah, sekelip mata sahaja Allah meminjamkan orang yang kita sayang dan sekelip mata juga semua itu ditarik balik. Ya Allah! aku bersyukur dgn setiap rahmatMu, kesakitan yang Engkau beri, kegembiraan yang Engkau pinjamkan, kasih sayang dilimpahi kepada Aku serta seluruh keluargaku..
No comments:
Post a Comment