Thursday, April 28, 2011

Minuman Untuk Anak

Kita semua tahu yang orang dewasa perlu minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong setiap hari. Tetapi, berapa banyakkah anak anda perlu minum? Aku search benda lain dapat info lain plak…. Ahaks… tapi ni penting untuk parent2 dia luar sana (peringatan untuk aku jugak).

 

Air memainkan peranan yang penting dalam hampir setiap fungsi utama tubuh. Air berfungsi menyelaraskan suhu badan selain daripada membawa nutrien dan oksigen ke dalam sel. Air juga berperanan untuk melindungi sendi serta mengawal organ dan tisu tubuh. Ketahuilah bahawa tanpa makanan, manusia dapat hidup selama lapan minggu, tetapi tanpa air manusia akan mati dalam masa tiga hari. Orang dewasa biasanya memerlukan air antara 8 hingga 12 gelas sehari. Manakala bagi kanak-kanak, jumlah air yang diperlukan mereka bergantung pada umur, berat, dan aktiviti yang dilakukan.

 

Sebelum bayi anda mula diperkenalkan kepada makanan pejal, mereka sebenarnya tidak perlukan minuman tambahan selain daripada susu. Susu ibu mengandungi lebih kurang 88 peratus air dan jumlah ini sudah cukup untuk menampung keperluan air dalam tubuh bayi walaupun ketika cuaca panas.

 

Ingat, jangan sesekali beri anak minum air selagi dia belum berusia 6 bulan. Susu ibu sudah mencukupi untuknya. Disarankan agar anda memberi bayi minum susu ibu sekurang-kurangnya sehingga dia berusia setahu. Walau pun begitu, kuantitinya perlu dihadkan iaitu sebanyak 2 hingga 4 auns sehari atau berdasarkan saranan pakar pediatrik anda.

 

Untuk pengetahuan, memberi anak di bawah usia 6 bulan minum air boleh mengganggu tubuh keupayaan tubuh mereka untuk menyerap nutrien yang terkandung dalam susu ibu ataupun susu formula.

 

Selain itu, pengambilan air juga boleh menyebabkan perut anak anda penuh sehingga selera makan mereka terganggu. Ada juga kes bayi mengalami keracunan air akibat minum terlalu banyak air. Hal ini adalah kerana buah pinggang bayi masih belum matang. Memberi mereka minum terlalu banyak air akan menyebabkan tubuh mereka membebaskan sodium bersama-sama air yang berlebihan. Kehilangan sodium boleh memberi kesan kepada aktiviti otak. Petanda awal berlakunya keracunan air ialah mudah meradang, pening kepala dan perubahan mental yang lain.

 

Info 5 Minuman

Susu lembu

Susu lembu segar tidak sesuai untuk bayi yang berusia di bawah setahun. Hal ini kerana susu tersebut tidak mengandungi zat besi dan nutrien lain yang mencukupi untuk bayi. Selain itu, susu lembu juga mengandungi terlalu banyak garam dan protein. Walau pun begitu, anda masih boleh memasukkan susu lembu ke dalam masakan untuk bayi enam bulan ke atas anda.

 

Susu Formula

Sekiranya anda inginkan alternatif untuk menggantikan susu ibu, pilihlah susu formula yang dihasilkan daripada susu lembu melainkan pakar pediatrik mencadangkan susu daripada sumber yang lain. Anda disarankan agar memberi anak susu formula sehingga anak berusia sekurang-kurang setahun. Akan tetapi, sebaik sahaja bayi anda mencecah usia enam bulan, anda perlu menukar susu formula mengikut peringkat umurnya.

 

Susu Kambing

Bayi berusia kurang setahun tidak sesuai diberi minum susu kambing kerana tidak mengandungi nutrien seimbang yang diperlukan oleh bayi seperti tidak cukup kandungan zat besinya. Walau bagaimanapun, jika anda ingin memberi anak minum susu kambing, perlulah menunggu sehingga dia berusia setahun dan pastikan susu tersebut dipasteur.

 

Air Kosong

Apabila anak anda sudah makan sebanyak tiga kali sehari, dia perlukan lebih banyak air. Susu ibu atau susu formula sahaja tidak mencukupi. Air kosong adalah yang terbaik untuk anak anda. Oleh itu, berilah anak anda air kosong menggunakan cawan setiap kali waktu makan. Pastikan air yang diberi pada anak dimasak terlebih dahulu untuk menggelakkan sebarang masalah kesihatan.

 

Jus Buah-buahan

Jus oren dan jus buah-buahan lain sangat kaya dengan vitamin C. Walau bagaimanapun, anda perlu berhati jika memberi anak minum jus buah-buahan kerana kandungan gula dan sifat asidnya boleh menyebabkan masalah pereputan gigi. Sebenarnya bayi anda tidak perlukan jus buah-buahan tetapi sekiranya anda masih ingin memberi dia minum minuman tersebut, perlulah dicairkan dalam nisbah 1 bahagian jus dicampurkan dengan 10 bahagian air kosong.

 

Minuman yang tidak sesuai untuk bayi dan kanak-kanak :

* Minuman untuk menurunkan berat badan

* Minuman manis

* Minuman berkarbonat

* Susu berperisa

* Minuman herba

* Kopi

* Teh

* Minuman rendah kalori

 

Sumber: Pa&Ma

Wednesday, April 27, 2011

Buat Bonda

Entri ini khas buat bonda. Bonda ini yang ku panggil ibu. Ya sangat lembut bunyi seperti empunya diri juga. Aku sangat mengemari masakan ibu. Haruslah seorang anak menggemari masakan ibunya kerana sejak dari kecil hanya dihidangkan dengan masakan ibu. Tentunya aku mempunyai masakan favorite yang saban waktu dan tidak pernah sesekali aku menolaknya. Ya aku sangat menggemari ‘Rendang Ayam Ibu’ (aku yang bagi nama sendiri.. J)


Sewaktu entri ini ditulis bondaku berada di rumah Allah mengerjakan umrah untuk kesekian –kalinya. Ohh rindu sungguh ingin ke sana lagi. Aku pernah pergi ke sana sewaktu umurku 12 tahun. Kami pergi sekeluarga. Tentunya dengan ibu, angah, dan alang. Sungguh bahagia waktu itu. Rasa sangat tenang sekali. Semalam dapat panggilan dari ibu di sana. Suara yang lemah lembut dan sangat gembira. Ibu bercerita yang ibu makan dengan sangat berselera sekali. Hairan juga kerana di sini hendak tengok ibu makan satu pinggan nasi pun agak payah. Biasanya ibu hanya makan separuh hidangan. Mungkin keadaan yang berbeza di sana dan faktor cuaca yang panas dan kering.


Buat bonda yang sentiasa menyayangi aku, mendidik dan mengasuh aku dari sebesar lengan hingga aku yang bonda dah tak boleh nak peluk habis (faktor saiz uols); yang sering tak tidur malam ketika menjaga aku ketika sakit, bonda juga selalu memberi ingatan supaya sentiasa ingat pada Allah s.w.t dan jangan sesekali tinggal solat.. walaupun terlewat mesti solat. Bonda selalu beri ayat-ayat yang perlu diamalkan seperti Surah Kursi, Surah At-Taubah dan banyak surah2 amalan lain. Bonda siap print-out, laminated untuk aku pastu bagi kat anak2 sorang satu untuk kitorang hafal.


Ibu,
Terima kasih atas segalanya. Tidak terbalas oleh kak yong semua kebaikan, didikan serta asuhan ibu. Kak yong sangat-sangat menyayangi ibu. Kak yong sentiasa mendoakan kebahagiaan ibu dan Allah swt memberikan limpahan rezeki yang melimpah-ruah kepada ibu serta kesihatan yang baik.

Ibu,
Kak yong juga nak minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki sekiranya ada kata-kata, perbuatan sedar atau yang tidak sedar mungkin mengguris hati ibu. Kak yong juga jarang balik rumah ibu.. mungkin ibu terasa hati. So kak yong nak minta maaf. Kak yong akan sentiasa mendoakan kebahagian ibu.

Salam sayang dari anakanda,
Kak yong

Lepas sahaja aku buat entri nie.. terus teringat nak sms ibu di Makkah untuk doakan aku…


“Assalam ibu.. sekiranya berkesempatan tolong doakan kak yong mendapat rezeki yang melimpah ruah seperti air zam zam yang mengalir tanpa henti-henti. Sihat. Di sayangi suami n anak2 serta keluarga. Pandai mendidik anak2 dan menjaga aurat serta maruah suami. Dapat membalas jasa ibu dan ayah”

Tentunya aku tidak hanya minta ibu doakan. Harus juga aku sendiri solat dan berdoa kepada Allah swt dan cuba untuk melakukan sebaik mungkin. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan esok hari adalah hari baru yang baik buat aku…. Dan korang juga.


Love,
Zura

Tuesday, April 19, 2011

Wanita DiCintai Iblis

Wanita Yang Derhaka Kepada Allah


Wanita atau isteri yang tidak mengenali rasa cinta sedikitpun kepada Allah, dalam erti jauh daripada beribadat kepada Allah, tidak pernah sujud dan rukuk, jarang berbuat amal soleh, merupakan sebab-sebab mereka derhaka kepada Allah. Dengan jauhnya mereka daripada mengenali Allah, maka kehidupan mereka semakin dekat dengan maksiat, seterusnya dikawal sepenuhnya oleh iblis laknatullah.Inilah gambaran wanita atau isteri yang akhirnya dicintai Iblis, kerana telah mematuhi sepenuhnya arahan iblis agar berbuat kerosakan di muka bumi. Tidak hairan apabila gambaran rumah tangga suami isteri yang telah dicintai iblis merupakan gambaran rumah tangga yang penuh kehancuran, porak-peranda, bagaikan di dalam neraka.


1. Tidak Mengenal Allah


Untuk mengenal Allah, kita perlukan ilmu. Untuk mendapat ilmu, perlu belajar. Jika tidak mahu berusaha belajar tentang ilmu mengenal Allah, tidak mungkin seseorang itu dapat mencintai-Nya dengan sepenuh hati. Ia kerana bermula dari kenal itu baru datangnya cinta. Apabila kita sudah tidak mengenali Allah, bererti mudahlah bagi iblis untuk menghancurkan kita, seterusnya mengawal kehidupan kita. Sehingga kita melakukan sebarang perbuatan semata-mata kerana kehendak iblis dan mengharapkan habuan dari iblis.


2. Cinta dunia, takut mati


Cinta kepada nikmat kehidupan di dunia membawa kepada takut menghadapi mati. Tidak sanggup berpisah dengan nikmat yang dikecapi dan takut berhadapan dengan Allah lantaran sering mengabaikan aturan-Nya dalam kesibukan mengejar nikmat dunia. Cinta dunia dan takut mati ini, dengan sendirinya membuat seseorang itu sukar untuk mencintai Allah, malah merasa tidak perlu mencintai-Nya. Dia merasa boleh hidup tanpa Allah dan tanpa cinta-Nya. Suami sudah merasa ‘bahagia’ dapat memberi segala yang dimahukan oleh isteri. Isteri sudah merasa ‘bahagia’ mendapat apa yang dimahukan dari suami. Tidak salah mencari nimat dunia tetapi nikmat itu seharusnya mengingatkan kita kepada Pencipta nikmat dan nikmat itu seharusnya digunakan untuk memperolehi cinta-Nya.


3. Hati yang Kotor


Hati yang kotor adalah hati yang penuh dengan ‘najis’ sifat-sifat keji seperti pemarah, pendendam, hasad dengki, penakut dan tamak, akan disibukkan dengan urusan melayan bisikan-bisikan jahat dari nafsu dan syaitan. Hati begini tidak menyediakan ruang untuk diletakkan rasa cinta kepada Allah. Hati perlu dibersihkan dan dihiasi sifat-sifat terpuji seperti sabar, redha, merendah diri, berani, pemaaf dan mencukupi dengan paa yang ada. Hanya hati yang bersih dapat menjadi wadah untuk menampung cinta yang suci dan agung.


Tetapi bila hati kotor dan penuh hasad dengki, pendendam, tamak dan disibukkan melayan bisikan jahat, itulah ertinya hati telah dikawal sepenuhnya oleh iblis.


4. Melakukan Dosa


Jika seseorang itu tidak bertaubat dari dosa-dosa, atau terlalu banyak berbuat dosa hingga tidak lagi rasa berdosa, hatinya akan terdinding dari petunjuk Allah dan terhalang dari mencintai-Nya serta mendapat cinta-Nya. Sentiasa bertaubat dari dosa-dosa adalah antara syart untuk membina dan menyuburkan rasa cinta kepada Allah.


5. Tidak Mahu Berdoa


Berdoa adalah gambaran rasa lemah, hina dan jahil seorang hamba di depan Allah. Melalui doa, seorang hamba merendahkan diri memohon segala yang dihajati dan menjadi penyebab Allah sempurnakan hajat si hamba. Hamba yang memohon petunjuk akan diberi petunjuk. Hamba yang memohon kekuatan akan diberi kekuatan. Begitulah juga hamba yang memohon untuk mencinta-Nya, akan dipermudahkan menempuh jalan-jalan ke arah itu.


WANITA YANG PENDENDAM


1. Pengertian dendam


Dendam ialah apabila hati seseorang itu merasa sangat berat terhadap seseorang lain seperti membencinya, menjauhi diri darinya, dan sifat itu akan kekal bersemadi di dalam hati orang itu dan tidak padam-padam.


2. Keburukan-keburukan Dendam


Dengan itu jelaslah bahawa sifat dendam itu berpunca dari sifat marah yang tidak dikekang atau diredhakan dengan segera. Sifat dendam ini akan menimbulkan berbagai perkara mungkar antaranya:


Perasaan hasad atau dengki dalam diri, sehingga pendengki itu merasakan tidak senang bila melihat seseorang berada di dalam kenikmatan, lalu ia mengharapkan terhapusnya nikmat itu daripada orang itu. Dengan makna yang lain seorang yang menyimpan perasaan hasad tidak suka melihat orang yang didengkinya itu hidup senang lenang, sebaliknya merasa gembira apabila orang yang didengkinya itu ditimpa kesusahan. Kelakuan ini adalah contoh dari kelakuan orang-orang munafik.


Pendengki itu bukan saja menyimpan perasaan hasad dengki dalam dirinya, malah ia merasakan senang sekali apabila orang yang didengkinya itu ditimpa sesuatu kecelakaan atau bencana.


Pendengki akan menjauhi dan memutuskan perhubungan dengan orang yang didengkinya; tidak mahu bergaul dengannya.


Pendengki akan mengucapkan kata-kata yang tidak patut terhadap orang yang didengkinya, iaitu samada berbohong, mengumpat, mendedahkan rahsia lawanya, mengejek, menjatuhkan kehormatan dan sebagainya.


Pendengki akan menganiaya lawannya, samada dengan memukulnya atau sebagainya.


Pendengki akan menahan hak milik orang yang didengkinya, seperti menahan hutang yang patut dibaya, enggan mengembalikan amanah yang diserahkan kepadanya dan sebagainya. Sesungguhnya perbuatan seperti di atas itu adalah haram dilakukan dan ianya merupakan perbuatan iblis terkutuk.


3. Orang Pendendam Menjadi Rakan Iblis


Sekiranya orang yang berdendam itu dapat menguasai dirinya dari perbuatan-perbuatan buruk yang disebutkan di atas, tetapi masih memiliki perangai yang tidak baik seperti sengaja tidak mahu bermuka manis terhadap orang yang didendamnya itu, tidak belas kasihan terhadapnya, tidak mengambil berat terhadap dirinya dengan menunaikan segala keperluannya, tidak bersedia membantu pada perkara yang memberi kebaikan kepada orang itu, maka itu menandakan sifat dendamnya masih ada. Semua perkara yang disebutkan itu akan menjatuhkan darjat seseorang dan akan melenyapkan pahala yang banyak, seterusnya ia menjadi rakan-rakan iblis.


Pernah berlaku, apabila Saidina Abu Baka As-Siddiq r.a bersumpah tidak akan memberikan bantuan (harta) kepada Misthah yang masih tergolong kerabatnya, kerana suatu penganiayaan yang dilakukan oleh Misthah, maka Allah menurunkan ayat-Nya yang bermaksud:


“Janganlah sampai bersumpah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kekayaan di antara kamu, kerabat, orang-orang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, tetapi hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada, tidakkah kamu suka, Allah Maha Pengampun dan Penyayang,”


(An-Nur: 22)


Sebaik sahaja firman itu disampaikan kepada Saidina Abu Bakar, maka beliaupun akur dan redha dengan pengampunan Allah itu. Lalu beliaupun kembali menyambung semula bantuannya terhadap Misthah, meskipun Misthah telah melakukan penganiayaan terhadap beliau.


Ayat di atas memberikan pengajaran kepada kita supaya jangan menaruh dendam, yang perlu hendaklah berlapang dada dan suka memaafkan. Teruskanlah melakukan kebaikan sekalipun mendapat penganiayaan. Bahkan kalau boleh tambahkanlah kebaikan dari kebiasaan yang dilakukan, sebagai suatu cara untuk menundukkan hawa nafsu dan mengecewakan hasutan syaitan. Bilamana seseorang itu dapat melakukan seumpama itu, maka ia mencapai kedudukan dan darjat para siddiqin.


4. Dendam Perbuatan Haram


Nyatalah dari penjelasan di atas bahawa sifat dendam itu tidak dibenarkan dalam Islam. Mengenainya Nabi SAW bersabda yang bermaksud:


“Orang mukmin itu bukanlah seorang yang pendendam.”


Walau bagaimanapun untuk memberikan penjelasan yang lebih mengenai sifat hasad, maka Rasulullah bersabda yang bermaksud:


“Tiada hasad (dibenarkan berhasad) kecuali dalam dua perkara sahaja, iaitu seseorang yang dikurniakan Allah harta yang banyak, lalu ia menaburkan harta itu pada perkara yang haq/benar, sehinggalah hartanya habis. Dan seorang lagi dikurniakan Allah ilmu, lalu ia mengamalkan ilmu itu dan mengajarkannya kepada orang ramai.”


Apa yang dapat disimpulkan dari maksud hadis di atas bahawa tidaklah dilarang kiranya lelaki mahupun wanita itu mengharap-harapkan sesuatu nikmat yang sama, yang ada pada orang lain untuk dirinya. Maka selagi ia menginginkan nikmat yang sama untuk dirinya dan tidak pula ia mengharapkan lenyapnya nikmat itu dari orang lain, ataupun ia tidak akan membenci kalau orang itu dapat mengecap nikmat itu terus-menerus, maka cita-citanya itu tidaklah dihukum haram, malah ada kalanya dituntut oleh syariat. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:


“Dan dalam (mencari kelebihan) itu, maka hendaklah berlumba-lumba orang yang ingin perlumbaan.”


(Al-Muthaffifin: 26)


Menderhaka Kepada Ibu Bapa


WANITA yang derhaka kepada ibu bapa termasuk dalam senarai mereka yang dicintai iblis. Oleh kerana ibu telah melahirkan kita, sehinggakan Allah menyebutkan bahawa redha Allah tergantung kepada redha ibu bapa. Allah SWT telah berfirman yang maksudnya:


“Dan Rabb-mu telah memerintahkan supaya kamu jangan beribadahselain kepada-Nya, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu-bapamu. Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanyasampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan jangan kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Ya Rabbi, kasihanilah mereka kedua-duanya, sebagaimana mereka berdua telah menyantuni aku waktu kecil.”


(Al’Israk: 23-24)


Allah memerintahkan agar manusia berbakti kepada kedua ibu bapa mereka dan mentaati mereka. Bagi wanita ketaatan merekasebelum mereka berkahwin adalah kepada kedua ibu-bapa mereka dan selepas berkahwin, kepada suami mereka. Menyakiti hati kedua mereka adalah merupakan dosa yang amat besar.


1. Meninggikan Suara Di Hadapan Ibu Bapa


Ismail Ibnu Umayyah telah berkata: Seorang lelaki meminta nasihat:


Wahai Rasulullah, berilah aku wasiat.” Rasul menjawab: “Janganlah engkau menyengutukan Allah dengan sesuatupun, sekalipun engkau dibakar atau dibelah dua. Ia berkata: “WahaiRasulullah, tambahkanlah.” Rasulullah menjawab: “Berbaktilah kepada kedua ibu-bapamu, jangan sekali-kali engkau meninggikan suara di hadapannya. Jika keduanya memerintahkan engkau untuk mengeluarkan hartamu, maka keluarkanlah bagi keduanya.”


Lelaki itu meminta kembali: “Wahai Rasulullah, tambah lagiselain itu.” Rasulullah menjawab, “Jangan engkau meminum khamar (arak), sebab khamar itu adalah kunci segala kejahatan.”Lelaki itu meminta kembali, “Wahai Rasulullah, tambahkanlah untukku selain itu.” Rasulullah menjawab, “Didiklah keluargamu dan berilah mereka nafkah sesuai dengan kemampuanmu, dan janganlah engkau mengangkat tongkat (lisan) mu namun berbuatlah agar mereka takut kepada Allah.”


(HR Imam Ibnu Majah)


2. Mengherdik Ibu Bapa


Mengherdik ibu bapa bererti telah berbuat derhaka kepada mereka, apalagi menganiaya mereka dengan cara melukai tubuh badan mereka. Perbuatan ini merupakan kebiadaban seorang anak yang tidak tahu berterima kasih kepada ibu bapa. Walaupun anak perempuan tidak lagi bertanggungjawab terhadap ibu bapanya sesudah berkahwin, namun tidak putus hubungan seorang perempuan dengan ibu bapanya. Cuma tanggungjawabnya terhadap ibu bapanya tidaklah menjadi wajib seperti mana anak lelaki. Tetapi perhubungan ibu dengan anak tetap berjalan terus, sehingga tiada alasan bagi seorang anak perempuan untuk mengherdik ibu bapanya.


3. Memutuskan Hubungan Dengan Ibu Bapa


Oleh kerana mengherdik ibu bapa sudah termasuk perbuatan dosa besar, apalagi memutuskan hubungan dengan mereka. Ianya merupakan perbuatan seperti mana yang diumpamakan dalam sebuah peribahasa, “kacang lupakan kulitnya.”


Islam melarang memutuskan tali silaturrahim apalagi dengan ibu bapa. Kalau seorang anak perempuan memutuskan perhubungan dengan ibu bapanya, suaminya yang akan menanggung dosa sekiranya dilakukan dengan perintah suami.


4. Melupakan Jasa-jasa Ibu Bapa


Ibu telah melahirkan dalam keadaan yang payah dan sukar, manakala bapa pula bertungkus lumus dari pagi hingga petang mencari nafkah demi anak-anak. Memandangkan kepada jasa-jasa yang sedemikian hebatnya, adalah tidak wajar apabila sang anak melupakan jasa-jasa tersebut.


Merupakan kewajipan anak untuk mengetahui akan hak dan jasa baik ibu bapanya. Ia tidak boleh melakukan perbuatan yang menyebabkan ibu bapanya marah atau murka kepadanya, ia tidak boleh berdusta atau berbohong kepada kedua-duanya. Antara kewajipannya ke atas ibu bapanya adalah:


Berbuat baik dan berlemah-lembut terhadap mereka.


Mentaati perintah kedua-duanya selagi tidak bertentangan dengan perintah Allah.


Melihat wajah mereka dengan kasih sayang merupakan ibadah.


Mendoakan mereka berdua dengan doa yang baik.


Menjaga hati mereka berdua dan menggembirakan mereka.


Menjalinkan silaturrahim dengan sahabat-sahabat mereka.


Menziarahi kubur ibu bapa jika mereka telah meninggal dunia

Friday, April 15, 2011

PERKARA2 YANG MEROSAKKAN OTAK

1. TIDAK BERSARAPAN
sesiapa yang tak sarapan akan mengalami kekurangan gula dalam darah. Ini akan mengakibatkan kekurangan nutrien kepada otak dan akan menyebabkan kerosakan otak. Bahaya weh... so breakfast adalah sangat sangat sangat penting untuk memulakan hari anda. (cewah dah macam tagline la pulak)


2 . MAKAN TERLALU BANYAK
Haaaa... ni pun satu kes gak... korangnyer arteri otak akan menjadi keras/tebal yang akan mengurangkan daya ketahanan mental.
Tak bagus... tak bagus.. (alert to myself abb aku memang suka makan!)


3. MEROKOK
A big NO! kenape? sebab dia akan menyebabkan susut perkembangan otak yang akan lead kpd penyakit Alzheimer. Tapi biasanya yang big NO ni org suka buat. aish!


4. PENGAMBILAN GULA YANG BERLEBIHAN
Bila byk sgt amik gula nanti akan mengganggu proses penyerapan protein dalam badan (mcm kalau korang mkn ikan, buat rugi jer tak dpt serap protein). Lebih gula jugak mengganggu brain developement. So kurangkan gula dalam makanan yer. Eh minuman gak.


5. PENCEMARAN UDARA
Ni memang tak boleh nak elak. Tapi otak adalah pengguna terbesar oksigen dalam badan kita. Bila kita sedut udara yang tidak bersih akan mengurangkan supply oksigen ke otak so nanti akan mengurangkan ke'efisien'an otak kita utk beraksi.


6 . KURANG TIDUR
Tidur membolehkan (ada ker ayat membolehkan?) otak untuk berehat. Kalau kita kurang tidur dalam tempoh yg panjang akan mematikan (bukan lagi merosakkan yer..) sel2 otak kita.


7. MENUTUP MUKA KETIKA TIDUR
Memang kebanyakan orang tidur suka sangat tutup2 muka.. nak bagi feel senang tidur katanya... Tapi bad habit ini akan menambahkan pengumpulan CO2 (karbon dioksida) dalam otak. Kita nak tambah O2.


8. OTAK BEKERJA KETIKA TIHAK SIHAT
Tak bagus! Tak bagus! kalau sakit tu bawak2 la berehat yer... Bekerja keras atau study waktu sakit akan mengurangkan ke'aktifan'an otak untuk berfikir.


9. KURANGKAN STILMULASI BERFIKIR
Berfikir adalah cara terbaik untuk melatih otak kita. Kalau kita kurang berfikir akan menyusutkan otak kita.
Harus banyak membaca buku ilmiah. Tak pun bila layan anak2 bercakap, mengaji ataupun mengira pun men'develope'kan otak kita utk adapt pd situasi & pemahaman si kecil.


10. KURANG BERCAKAP
Ni mesti banyak guna computer, sms, bbm... taip jer kan? teknologi lah katakan... So dah tak banyak bercakap. hehehe..Perbualan yang interaktif & intelaktual akan membantu stimulate otak kita.


Apa yang menyebabkan kerosakan hati:
1. Tidur lewat dan bangun lewat
2. Tak kencing di waktu pagi
3. Makan terlalu banyak
4. Skipping breakfast
5. Banyak amik medication
6. Banyak amik preservatives, additives, food coloring, and artificial sweetener
7. Banyak amik mknan yang berminyak


TOP 5 makanan yg menyebabkan cancer:
1. Hot Dogs
2. Makanan pejal yg diproses (daging burger dll)
3. Donut
4. French fries
5. Chips, crackers, and cookies

Thursday, April 14, 2011

Lapar + PC = Snickers Hungerlings Attack

Di sebabkan tengah lapo ni semua benda rasa tak kena. Tue yang gatal tangan search sana-sini sementara tunggu break-time. Kang bila dah kenyang baru selesa nak wat keje. Apakah akan terjadi bila kita lapar tahap super saiyan?

1. Senang sentap dan cepat marah kat orang lain sebab benda kecik je.
2. Rasa tak bersemangat nak buat kerja.
3. Otak jadi lembap. Badan jadi malas.

Kesimpulannya bila kita lapar, kita bukanlah diri kita yang sebenar. Kita dah jadi orang lain. Mungkin kita dikenali sebagai orang yang ceria, tetapi disebabkan kelaparan yang tak hengat, kita jadi panas baran. Ini tak elok dan sangat membahayakan. Apakah yang patut kita lakukan apabila kelaparan dan tiada makanan di depan mata? Yang ada cumalah computer kita sahaja ?
Inilah jawapannya (jeng jeng jeng):-


Snickers Hungerlings Attack. Permainan yang paling best seantero dunia sekarang ini untuk anda yang sedang kelaparan tapi tiada benda untuk dimakan. Di dalam game ini, anda adalah Hungerlings, seekor raksasa yang terhasil kerana kelaparan. Tugasan anda? Jadikan diri anda normal kembali dengan memakan 10 Snickers. Menarik kan?

Boleh main pakai keyboard dan pakai webcam pulak tue. Disebabkan aku tak ada webcam, maka guna keyboard ajerlah. Klik “Next” dan nanti korang akan disuruh upload gambar semua. Buat apa yang disuruh sebelum dapat memusnahkan raksasa Hungerlings…raksaksa ni jahat weiii

Part ini yang paling menarik nie. Selepas upload gambar comel korang, korang boleh pilih Hungerling jenis apa korang nak jadi. Disebabkan aku nie memang lapar, Hungerling di atas telah menjadi pilihan. Masa untuk memakan Snickers dan bertukar menjadi normal sudah tiba. Jom layan~~Snickers Hungerlings Attack

Itulah wajah aku yang telah bertukar menjadi Hungerling akibat kelaparan yang amat sangat. Game nie sumpah senang gila. Nampak tak ada bar Snickers kat gambar kat atas tue? Kita Cuma perlu makan Snickers tue sepuluh ketul je. Tapi hati-hati sebab kadang-kadang bukan Snickers je yang turun. Ada bomb dan macam-macam lagilah yang akan kacau misi korang bertukar dari Hungerling kepada normal.

First time try aku amik masa 27 saat lebih untuk makan 10 Snickers. Ini satu pencapaian yang amat membanggakan. Tahukah anda sekiranya anda mencatatkan masa terpantas dalam game Hungerling ini, pelbagai hadiah menarik akan menanti anda? Memang awesome gila hadiah dia .

Tue dia …………………..PS3 ada. Laptop ada. Jam ada. Memang macam-macam ada. Hadiah pulak ada 2 set. Satu untuk korang yang guna keyboard dan satu untuk korang yang guna webcam. So banyak la peluang korang untuk menang hadiah-hadiah best nie. Tapi ingat………………

Tarikh tutup contest Hungerling ini untuk rakyat Malaysia ialah 15 Mei ini. Pemenang akan diumumkan setiap 2 minggu. So korang tunggu apa lagi? Daripada korang berlapar depan computer tue baik korang layan Hungerlings Attack nie. Ada jugak pekdahnya kan? so apa lagi... click jer kat sini Snickers Hungerlings Attack

Tuesday, April 12, 2011

Potty Training Tips

Kebanyakan parents akan teruja untuk train anak2 dorang ‘potty training’ sbb ni adalah salah satu  dalam  dorang punya child’s development, dan salah satu reason lain ialah parents ni nak menghabiskan zaman membeli diapers. Tapi berapa lama yang parents perlukan untuk train si kenit tue untuk pergi toilet. Mesti ada jugak si kenit korang yang akan ‘master’ dalam 2-3 hari jer tapi depends jugak. Sebab mungkin kanak2 lain akan ambil masa beberapa bulan. Sebenarnya, makin cepat parents tu start ajar anak dorang lagi panjang masa yang diambil. Ni bukan aku cakap… Dr Sarah Pearson yang buat review. So memandangkan aku baru nak start ajar Aqil ‘potty training’ so banyak lerr aku search dan tanya to all the experience parents.
So ni ada beberapa basic steps:
1. Pastikan anak kita tu dah ready untuk potty training (dan kita pun mesti la ready jugak kan)
Ada anak2 yang ready untuk potty training seawal 18 bulan.. tapi ada gak yang tak berapa nak interested untuk follow instruction so macam aku yang start untuk Aqil tahun ni (Aqil hampir 3 tahun. Kebayakan parents akan start ajar anak mereka bila anak dalam 2 ½ tahun.
Kalau nak taw yg si kenit tu dah ready nak start ‘potty training’…try check samada dia dah boleh terima arahan2 simple.  Jangan sesekali paksa atau marah2 bila si kenit tu tak faham arahan kita. Ye la kan baru jer 2-3 tahun hidup… banyak benda dia nak kena belajar. So memang kena banyak bersabar (aku pun kadang2 tak sabar ada gak tinggi suara kat Aqil dan kadang2 memang menguji kesabaran aku jer melayan kerenah dia. Tapi bila tengok muka dia especially waktu dia tidur… ish sejuk jer tengok muka dia… budak bijak memang ada jer kan…) Lagi satu, tak semestinya cara A sesuai dengan semua anak2 korang. Setiap budak lain ragamnya so bergantung kepada keadaan dan situasi. Anak2 perempuan akan lebih cepat dari anak2 lelaki.
Sebelum korang start potty-training, pastikan si kenit tue dah ready mental dan fizikalnya (cewah… macam ape jer ek.. ni bukan aku sesaje cakap tapi Dr Sarah Pearson). Contohnya, kalau banyak perkara2 baru terjadi untuk si kenit korang..  (new playschool, tukar taska/nursery, baru tukar susu, ada adik baru dan lain2) so tetiba nak buat potty training… harusla dia mengamuk, baling2 barang dalam umah, cepat merajuk dan sebagainya kan kan kan? So korang pending jer la dulu untuk ajar dia potty yer kawan2. Biar dia rilek2 dulu.  Nanti kalau dia stress korang jugak yang merana. Tak pasal2 si kenit tue asyik kena marah jer… sian dia. So no hurry! Depends pada development setiap anak. Wait a couple of weeks — or months — for other pressures to ease.
2. Beli equipment yang betul
First skali, gie beli potty chair atau pun adapter seat yang boleh attach ke toilet dewasa tu (tapi nanti aku nak beli adapter seat kot senang skit.. kalau potty tak pasal2 asyik nak kena cuci potty tue…adeh! Memang tak la kan..) So bila dah ada equipment yang betul baru si kenit tu senang skit nak belajar dan dia pun mesti dah rasa dewasa skit kan. Kalau tak nanti jatuh plak dia kat dalam bowl tu. Tak pun dorang takut dengar bunyi flush. (tapi aqil asyik nak flush jer walaupun belum siap lagi..) Korang jgn beli sesuka hati lak yer… bawa la si kenit tu skali and maybe dia pun blh tolong pilih jugak sbb dia yang nak guna jugak kan.
Kalau anak lelaki and planning nak beli potty chair, carik yang tak de urine guard atau yang boleh remove. Korang kena wipe bersih kalau dorang tak sharp shooter (hahaha).
Kalau nak guna adapter seat tu, lebih baik carik yang comfy skit atau span2 skit biar secure pastu make sure ada stool skali. So bila dia duduk atas adapter seat tu kaki dia boleh letak kat atas stool. Tak de la tergantung jer nanti. Pasti dia nak turun pun senang. Tak jatuh… bilik air kan licin.
3. Buat satu rutin
Kena set satu rutin supaya si kenit tu tahu bila masa dia kena pergi toilet. At least once a day, macam kalau parents yang berkerjaya tue mungkin boleh set setiap kali sebelum tido. Tapi akan lebih baik kalau dapat buat hujung minggu, jgn pakai kan diapers tapi korang jangan buat2 lupa plak.. parah nak asyik mengelap je.  Ini akan membuatkan dia used to it dan boleh menerima rutin baru yang korang buat kat dia. Kalau tak de toilet yang berdekatan, letak portable potty tu kat luar atau dalam playroom so biar dia tahu masa nak potty nanti.
So bila dia dah biasa nanti mudah sikit. Bersabar skit dgn kerenah dia. Dalam masa yang sama bagi tau dia yang korang jugak (parents and other siblings) kena buat everyday. Mesti bagi tau yang kena buka seluar dan duduk dalam toilet untuk potty adalah perkara dewasa.. so diorang akan teruja skit.. cewah!!
Kalau duduk kat potty tu samada dengan pakaian atau tanpa pakaian membuatkan si kenit tue tak selesa, jangan sesekali paksa ok uols.. Kalau dia dah Nampak tak selesa jangan sesekali paksa nanti dia akan takut. Biarkan dulu, tunggu dalam few days kalau dia ok.. korang boleh try lagik. Kalau dia memang bersuka-ria nak duk kat potty atau adapter seat tu maknanya korang boleh ajar dia.
4. Buat demo (cewah macam product la plak)
Di sebabkan kita dealing dengan si kenit yang baru 2-3 tahun hidup.. so dia akan banyak ikut perbuatan kita yang dewasa ni. Children learn by imitation. Bila dia tengok cara kita menggunakan toilet secara tak langsung dia boleh adapt to it. Kalau ada anak lelaki, waktu ni la masa terbaik nak ajar dia kencing duduk kat potty. Bila dia dah master potty nanti boleh belajar dari ayah atau kenkawang lelaki dia yang lain untuk cara kencing berdiri. Yang tu nanti dia boleh pick up cepat punya.. tak payah risau.
Bila kita demo kat si kenit tu lebih baik kalau explain apa proses yang korang dalam toilet pastu bagi dia tengok ‘hasil’ (hahahaha).  Then tunjukkan cara cuci, lap, pakai seluar, flush the toilet, dan basuh tangan.
Walaupun korang tolong dia, aktiviti ni akan akan ambil masa beberapa lama. Especially kalau proses basuh dan lap tu.. biar dia tengok proses tu dan dengar korang cakap.. bila lap pastikan dari depan ke belakang, terutama lepas ‘big bisnes’ untuk mengurangkan risiko infection.
Kalau dia ada abang atau kakak lagi baik sbb dia boleh belajar daripada yang lebih kurang umur dia dan ini boleh tambah skill dia.
5. Terangkan proses
Tunjukkan pada si kenit connection antara pooping dan tandas. Next time dia poops dalam diapers, terus bawa dia kat potty, suh dia duduk, kosongkan diapers- letak poops tu dlm toilet bowl. Lepas tu biar dia yang flush (kalau dia nak, kalau dia tanak jgn paksa2 lak) so dia nampak isi diapers tu hilang.
Korang jugak boleh sama2 view potty-training pictures book atau video dgn si kenit, so at least dia ada information baru untuk input kan. Aku pun nak carik buku2 ni.. tak pun aku nak print jer pictures potty-training pastu tunjuk kat aqil nanti. Yang video tue blh view kat nb jer so nanti boleh le Aqil relate kat waktu dia potty nanti. Hehehehe…
6. Galakkan habit
Galakkan si kenit untuk duduk kat potty bila2 masa yang dia terasa nak buang air. So korang jgn lak buat2 tak tahu atau buat2 malas… heheheh.. kena tolong dia tanggalkan diaper. Bagi taw dia yang kalau ada ape2 just inform jer kat korang. Dengan toddler ni kena ckp banyak kali skit baru masuk kat ingatan dorang.
Aku ingat nak try satu hari (weekend kot) untuk train Aqil potty. Lagi banyak kali dia gie toilet lagi dia tahu habit untuk potty. So lagi cepat dia belajar kan. Aku rasa mesti nanti banyak kali kencing beron bersepah kan… tapi tak per we all learn thru experience.
Kalau dia berjaya guna potty parents mesti puji dia. Sebut yang baik2. Usap kepala dia. Memang harusla akan ada accident kan? Tercicir sana-sini. Itu harus.


So guys, let me updates u soon on the outcomes. Wish me luck!!! J



Monday, April 11, 2011

Bagaimana membantu perkembangan anak-anak secara fitrah?

Anak-anak perlu dibelai dan diasuh mengikut fitrahnya bukan mengikut kehendak ibu bapa. Perkara yang selalu gagal difahami oleh ibu bapa tentang anak-anak ialah wujudnya ‘sensitive period’ sepanjang perkembangan mereka.
Contohnya, semasa anak-anak sudah pandai bertatih, ada satu tempoh kita dapati anak-anak ini suka sangat memanjat tangga (sensitive period for stairs climbing). Selalunya, kita akan halang anak itu sebab takut terjatuh atau tercedera. Lalu kita pasang semacam pagar di tangga untuk halang anak dari memanjat tangga.
Secara tidak sedar kita halang perkembangan fizikal mereka yang sepatutnya dipuaskan secara fitrah. Sedangkan aktiviti (memanjat tangga)tersebut melatih perkembangan psikomotor anak-anak. Juga menanam rasa yakin diri pada anak-anak. Sepatutnya, biarkan sahaja anak-anak itu meniti tangga. Jangan dihalang, tetapi dipantau dari jauh. Ibu bapa boleh sahaja mengikut dari belakang dan apabila anak-anak berjaya tiba di tangga paling atas, berikan ganjaran atas ‘kejayaannya’ itu.
Persekitaran anak-anak juga sepatutnya lebih child-centered bukan adult centered. Maksudnya, persekitaran rumah perlu membantu ke arah mengasuh fitrah anak-anak ini. Jangan terlalu taksub dengan perhiasan rumah yang mahal dan pelbagai sehingga menghalang perkembangan fizikal dan mental anak-anak.
Pada usia 0-3 tahun, anak-anak perlu dibelai dan disantuni. Mereka terlalu kecil untuk memahami jerkahan atau herdikan daripada ibu bapa (terutamanya ketika menyepah rumah dengan kertas atau mainan). -ingatan untuk ummi dan ayah. Didik dan sentuh jiwa mereka dengan lembut serta kasih sayang. Kekerasan tidak membawa natijah yang positif pada peringkat ini. Pada peringkat usia 4-6 tahun boleh diperkenalkan konsep disiplin secara lembut.
Contohnya, bungkusan makanan perlu dibuang dalam tong sampah, ampaikan tuala di tempatnya atau susun kasut sebelum masuk ke rumah. Anak-anak juga sudah boleh diajar konsep perkongsian pada peringkat ini. Contohnya, makan dengan kawan-kawan bekalan makanan yang dibawa ke sekolah atau pinjamkan pensel warna kepada kawan yang terlupa membawanya ke sekolah, atau masukkan sebahagian daripada duit belanja dalam tabung Palestin setiap hari


Berikut disenaraikan tips untuk membantu perkembangan anak-anak secara fitrah:
1. Sensitive period: menyonteng
Selalunya: Kita marah apabila anak-anak menconteng dinding. Lalu kita sorokkan pen atau pensel supaya dia tidak dapat menconteng dinding.
Kesalahan kita:
Menghalang perkembangan motor halus (penggunaan jari) dan daya tumpuan anak (fokus mata) Sepatutnya: Salurkan minat menconteng pada tempat yang betul. Sediakan kertas dan melukislah bersama anak-anak ini. Beri ganjaran pada hasil ‘seninya’ dalam bentuk pujian, ciuman dan gosokan di kepala
2. Sensitive period: main pisau
Selalunya: Kita halang anak-anak masuk ke dapur setiap kali hendak masak. Apabila anak-anak menunjukkan minat untuk menggunakan pisau, kita marah kerana bimbang tercedera atau terluka.
Kesalahan kita: Mematikan minatnya terhadap kerja-kerja di dapur. Dia mungkin membesar dalam keadaan membenci atau tidak berminat dengan kerja-kerja di dapur. Sepatutnya: Sediakan set memotong khas untuknya. Gantikan pisau yang tajam dengan pisau mentega misalnya dan sediakan satu ruang khas untuk dia ‘menjalankan’ kerja-kerja dapurnya.
3. Sensitive period: basuh pinggan
Selalunya: Kita larang anak-anak kecil untuk membasuh pinggan sendiri kerana tidak mahu mereka main air atau pinggan tak bersih atau takut pinggan pecah.
Kesalahan kita: Apabila anak-anak menunjukkan minat untuk mula membasuh pinggan, bermakna mereka telah faham sedikit sebanyak konsep kebersihan. Jika kita melarang, bermakna kita menghalang perkembangannya secara fitrah. Mereka mungkin cenderung menjadi ‘rebel’ jika keinginan ini tidak dipenuhi.
Sepatutnya: Tunjukkan cara yang betul untuk membasuh pinggan. Gunakan pinggan atau peralatan plastik jika takut pecah. Andainya tidak puas hati dengan kebersihan pinggan yang dibasuh, basuh semula ketika anak itu tidak nampak. Practice makes perfect. Selepas beberapa kali, pasti anak itu telah mahir. Selepas ini mereka pasti lebih bersemangat untuk membantu ibu di dapur kerana telah punyai satu kemahiran baru!
4. Sensitive period: makan sendiri
Selalunya: Kita tidak gemar membiarkan anak menyuap makanan sendiri kerana takut bersepah atau lambat makan. Kesalahan kita: Secara tak langsung kita halang perkembangan koordinasi motor kasar dan halusnya (mencedok makanan dengan sudu, menyuap makanan ke mulut). Kita desak anak-anak supaya menghabiskan makanan dengan cepat sedangkan ketika makan itu derianya belajar mengenalpasti rasa dan tekstur makanan dan otaknya merekod maklumat yang dikenalpasti oleh deria itu.
Sepatutnya: Sediakan peralatan makan yang khas untuk anak-anak. Tunggu dengan sabar setiapkali anak-anak makan. Beri ganjaran setiapkali mereka berjaya menggunakan sudu atau garfu dengan betul (pujian, ciuman, tepuk tangan). Jangan dimarahi jika makanan tertumpah kerana mereka masih belum mampu mengawal pergerakan sebaik orang tua.
Sensitive period bagi setiap anak adalah berbeza-beza. Jangan dilabel anak-anak itu sebagai lambat jika dia belum mencapai tahap sebagai mana anak-anak lain. Bukanlah bermakna anak itu lemah tetapi tempoh ‘sensitive periodnya’ masih belum tiba. Jadi, bersabarlah dengan karenah anak-anak kerana mereka bertindak berdasarkan fitrah bukan logik akal. Semoga berjaya menjadi ibu bapa yang dirahmati Allah atas kesabaran antum mendidik anak-anak amanah daripada-Nya.


sumber: anakkusayang.com

Monday, April 4, 2011

myMetro | ‘Kanser ubah gaya hidup saya’

myMetro ‘Kanser ubah gaya hidup saya’ Kanser Ubah Gaya Hidup Saya - inilah petikan dari Harian Metro yang aku baca tadi.

“Saya mahu membantu dengan berkongsi pengalaman saya dengan yang lain mengenai kanser payudara. Saya menyedari ada ketumbuhan kecil pada payudara kiri ketika membuat pemeriksaan sendiri. Saya mengesyaki itu adalah kanser payudara selepas menyertai beberapa siri ceramah kesihatan mengenainya. Selepas membuat diagnosis pertama, benarlah saya menghidap kanser payudara dan perlu menjalani 15 kali rawatan radioterapi,” kata Irene Yap yang juga Ketua Sukarelawan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM).
Menurut Irene, ketika tenang menerima berita itu dia menyediakan dirinya untuk menjalani beberapa siri rawatan dan pembedahan. Dia juga menukar gaya hidup terutama dalam diet harian serta melakukan senaman.
“Penyakit yang saya alami ini menukar keseluruhan hidup saya. Saya lebih mengutamakan kesihatan dengan banyak makan buah-buahan, bijirin serta melakukan senaman,” katanya ketika berkongsi pengalaman sebagai pesakit kanser pada majlis penyerahan cek Kempen Amal Kanser Payudara Softlan 2010 di Giant Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Irene yang menjadi sukarelawan sejak 1996 memberitahu, orang ramai terutama wanita harus didedahkan mengenai kanser payudara dan bagaimana menghadapinya. Bagi penghidap kanser, ini bukan bermakna pengakhiran hidup mereka.
“Mereka masih boleh meneruskan kehidupan dengan gembira. Sebagai sukarelawan, inilah yang saya ingin kongsi dengan semua penghidap kanser payudara,” jelasnya.
Sepanjang empat tahun berjuang melawan kanser, Irene mengakui sokongan daripada keluarga dan masyarakat sangat penting bagi membantu melawan kanser. Pendapat ini turut disokong Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Kebajikan Kanser Payudara (BCWA), Ranjit Kaur yang juga bekas penghidap kanser payudara. Walaupun penyakit ini merebak dalam diam dan tanpa kesakitan, setiap wanita harus menyedari perubahan yang berlaku pada diri mereka.
“Inilah yang ingin saya sampaikan kepada masyarakat bagaimana memberi pengetahuan kepada wanita mengenai bahaya penyakit ini. Mereka harus menjalani rawatan awal bagi mengelak kanser merebak,” katanya.
Menurut Ranjit, NCSM dan BCWA menyediakan sokongan dari segi pendidikan seperti bengkel, ceramah dan pakar runding terlatih yang menerangkan persediaan untuk menghadapi penyakit ini.
Bagi memudahkan orang ramai, klinik pengesanan awal kanser turut disediakan termasuk rawatan mamogram secara percuma bagi ibu tunggal dan kurang berkemampuan.
“Kami ingin mengubah stigma masyarakat supaya lebih bersedia menjalani rawatan awal pengesanan kanser payudara bagi membolehkan penghidap kanser menjalani kehidupan lebih sihat pada masa akan datang. Paling penting adalah sokongan keluarga dan masyarakat serta yakin pada diri sendiri,” ujarnya.
Kini, seorang daripada 20 wanita Malaysia menghadapi kebarangkalian tinggi menghidap kanser payudara dan risiko ini adalah tinggi.
Menurut Ranjit, statistik ini boleh dikurangkan melalui pengesanan awal, kesedaran mengenainya dan amalan pemeriksaan sendiri payudara yang dapat membantu mencegah kanser payudara ke peringkat seterusnya.
Pada majlis itu, turut diadakan penyerahan cek bernilai RM78,000 hasil daripada Kempen Kesedaran Kanser Payudara Softlan yang dilancarkan pada Oktober tahun lalu. Menurut Pengarah Pemasaran Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd, Chris Pikounis, sempena bulan kesedaran kanser payudara sedunia Oktober tahun lalu, Softlan perapi fabrik pertama jualan di Malaysia menyokong Majlis Kanser Nasional (Makna), NCSM dan BCWA dalam usaha meningkatkan kesedaran terhadap ancaman serius wanita ini.
Sepanjang tahun lalu, Softlan memperuntukkan 10 sen daripada jualan setiap botol Softlan dengan tag reben merah jambu untuk tujuan itu. Hasil kutipan diserahkan kepada Makna, NCSM dan BCWA sebagai dana untuk projek yang akan dijalankan pada masa akan datang.
“Colgate-Palmolive sedar kanser payudara adalah ancaman utama kepada wanita di Malaysia. Justeru, pengesanan awal penting untuk mengurangkan kematian akibat kanser payudara. Kami bersyukur kerana dapat menyokong Makna, NCSM dan BCWA dalam usaha menggalakkan pengesanan awal kanser. Kami berharap menerusi inisiatif ini orang ramai akan lebih menyedari mengenai bahaya kanser payudara dan melakukan pengesanan awal,” kata Pikounis.
Tahun lalu, kempen ini berjaya mengumpul RM75,366 dan turut diserahkan kepada tiga badan amal ini. Kempen yang bermula di pasar raya besar Giant Kota Damansara mengadakan pelbagai aktiviti seperti pameran pendidikan dan pemeriksaan payudara. Selain itu, tayangan video dan aktiviti interaktif membolehkan pengunjung menambah pengetahuan mengenainya.
Hadir sama pada majlis berkenaan, Pengurus Pemasaran GCH Retail Malaysia Sdn Bhd Norine Majaman; Pengurus Bahagian Antarabangsa Makna, Mattheus Trevizoli Barrachi dan Pengarah Pembangunan Pelanggan Colgate, Paul Norton.



So apa langkah-langkah pendekatan yang patut seorang wanita ambil untuk protect diri sendiri: 1) Amalkan diet yang sihat (buah2an, bijirin dan senaman) 2) Sentiasa positif & murah dengan senyuman 3) Ambil protection plan.. kang kalau jadi pape senang hidup.. jgn sampai bergadai utk tampung kos rawatan.. click kat sini