Friday, February 18, 2011

Tragedi February 18

Tersedar pukul 6 pagi tadi untuk nursing AR2.. pastu tertido balik. Terjaga kul 6.30pagi sebab AR2 merengek-rengek rupanya diapers berat.. of course la tak selesa.. so aku pun bangun ler nak tukar diapers AR2.. pulak si AR1 bangun melalak.. takut la tue sebab gelap kan? Okey okey mummy bukak lampu..


Jeng! Jeng! Jeng!

Rupanya budak bertuah 2-2 ni dah tembus… terkesan kat tilam uols… AR1 siap beron lagik… adeh~ pagi2 dah buat kuih ni… bau memang terbaek dari ladang okey.. so terpaksa la Gohan & Goten tu mandi pagi2 buta ni kan… dah alang2 tu.. terus jer mandi lagi baik… harusla mereka kesejukan sebab mandi pakai air paip yang sejuk beku tue kan…

Ada pasal pagi2 tu kena tukar cadar, sarung bantal, selimut dgn towel bagai kan…  pastu disebabkan tragedi ittew.. aku pun carik la sobab musabab eh.. mummy lupa tukar diaper encik Gohan & encik Goten sebelum diorang tido semalam. Keduanya sebab mummy ni tersangatlah mengantuk sampai stok makanan amir pun tak sempat nak blend.. ketiganya..eh tak de ketiga.. dua jer sebab..

So aku pun start google utk carik info pasal kencing malam ni. Jika korang juga menghadapi situasi seperti diatas, mungkin tips berikut boleh membantu :

1.       Sebelum anak masuk tidur, pesan padanya agar bangun untuk ke tandas bila terasa nak buang air. Kalau takut nak ke tandas sendiri, suruh anak kejutkan korang atau pasangan.
2.       Galakkan anak untuk buang air sebelum tidur. Tapi kadang-kadang ada juga kes kalau dah mengantuk sangat dia buat tak tau je. Sibuk dok layan ngantuknya tu. Diwaktu sebegini, seeloknya pimpin anak anda ke tandas dan suruh anak buang air sebelum masuk ke bilik tidur.
3.       Beri pujian padanya apabila dia bangun untuk ke tandas diwaktu malam atau apabila dia tidak kencing ditilam
4.       Kejutkan anak sekali semalam untuk buang air. Tapi kalau anak tak nak bangun juga, ada baiknya anda angkat dia dan bawa kebilik air sebelum tilam anda dibasahkan. Teknik ni kira macam brutal jugak laa… 
5.       Elakkan dari memberi sindiran negatif seperti marah dan ejekan kerana ini akan mengganggu keyakinan diri si anak. Sebaiknya terangkan padanya kenapa terkencing diatas tilam tu tak bagus – contohnya : tilam basah dan susah untuk dibersihkan seterusnya akan memudahkan kuman membiak dan membawa penyakit kepada kita sekeluarga.
6.       Elakkan dari menggunakan tilam yang tebal dan sukar untuk dicuci. Sebaliknya gantikan dengan tilam yang nipis, comforter atau toto yang boleh dicuci setiap kali anak korang terkencing diatasnya. Jika rasa terlalu nipis, lapiklah 2 ke 3 helai toto atau comforter.

5 comments:

  1. Mak aih sekali dua. Serentak pulak tu. AHHA

    ReplyDelete
  2. taw tak per... he hehehe satu kojo lak nak menambah pagi2 tu kan?

    ReplyDelete
  3. xpe la ibu mithali..hehehe kak bai bila nak buat shout mix nie..blh la chating2..tu haa..ada pulak lily slim tu apa kes..produk apa mkn nie?

    ReplyDelete
  4. owh ye la.. lupa nak letak.. nanti copy kat Ti punya blog lah yer.. hehehhe

    lilislim tu aaplication jek.. tapi sebenarnya akak tak makan mlm lepas pukul 7mlm. hehehehe kalau lapo aku makan biskut & milo jek.. hehehe

    ReplyDelete
  5. oh ye ke bagus tu..tu traget dh lama tu..tp susah la..tp mmg slimla..nampak sgt..

    ReplyDelete