Monday, May 30, 2011

Cara Mengelak Simbah Acid N PruLady

Masyarakat hari ini dikejutkan dengan pelbagai berita di akhbar & tv tentang aktiviti individu-individu yang tidak bermoral, juga boleh dikategorikan sebagai dayus. Di mana mereka ini memilih mangsa-mangsa tertentu kemudian menyimbah acid kepada mangsa. Ia bukan sahaja mengakibatkan mangsa cacat seumur hidup, malah akan mengalami penderitaan melecur pada bahagian yang terkena cecair yang bahaya itu. Akibatnya, bukan sahaja mangsa akan mengalami kerosakan fizikal, malah tekanan emosi dan sekaligus mungkin boleh menyebabkan institusi kekeluargaan lumpuh dan pincang.

Sehingga hari ini lebih daripada 25 individu telah menjadi mangsa. Kecoh satu KL, banyak mangsa mangsa simbah asid telah terkena dengan jenayah begini dan ia semakin berleluasa. Entah mana idea gila ni datang, penjenayah yang masih tidak ketahui itu masih berkeliaran dan polis masih menjejaki dan menyiasat suspek simbah asid ini dan mencari objektif kenapa penjenayah ini menyimbah asid. Kebanyakan mangsa yang disimbah asid ini adalah gadis gadis dan tak kira usia muda atau berumur sedikit. Jadi kepada anak anak gadis diluar sana kena la berhati hati dengan penjenayah begini. Jangan berdiri di tepi tepi jalan yang terbuka.





Modus operandi  atau taktik yang dgunakan ialah baling telur untuk kotorkan cermin kereta, kemudian orang dalam kereta akan keluar...dan masa itulah penjenayah ini akan baling asid !! Berhati hati semua !!! Menurut polis, suspek yang menyimbah asid ini menaiki motor EX5 dan memakai topi keladar hitam dan bervisor. Berikut adalah lakaran muka dan wajah suspek simbah asid yang serba sedikit dapat membantu polis untuk menangkap dan menyiasat kes begini.

Untuk pengetahuan korang, penjenayah yang sehingga kini belum diberkas...  

So people, please please please be extra careful and cautious on your surrounding!!!

Beberapa cara untuk mengelak dari disimbah acid:
1.       Bawa payung – tak kira cuaca panas atau tidak; hujan atau tidak; jika anda perlu berjalan kaki dari satu tempat ke tempat yang lain walaupun jarak yang pendek. Sila gunakan payung. Tak perlu malu atau malas untuk gunakan payung. Slamber jer derr.
2.       Elak tempat sunyi – kalau boleh berjalan di tempat yang ramai orang.  Ni bukan sahaja mengelakkan acid splasher, malah elakkan rogol, ragut dan macam-macam lagi. Hish… dah tak selamat nak keluar sekarang!
3.       Elak lalu berdekatan dengan jalan raya – kalau boleh lalu di lorong bersebelahan bangunan pejabat, shoplot yang jauh dari jalanraya. Acid splasher ni guna kenderaan (motor & kereta). So jauh-jauh skit dari jalanraya. Lalu kat rumput-rumput tu. Kalau yang pakai kasut tinggi tu memang akan agak tenggelam skit la tumit tu kan.
4.       Tak perlu kuar ofis @ rumah kalau tak perlu – kalau boleh tapao jer makan kat office @ rumah. Masak kat umah pun baik. Lebih baik mengelak perkara-perkara tersebut.

Haa.. ni yang rasa nak promote.. hehehehe

OK kawan kawan… yang ni untuk wanita sahaja yer… mintak maaf untuk lelaki tak de.

Perlindungan berlainan untuk keperluan anda:
©       Premium dan manfaat terjamin
©       Membayar manfaat peringkat kehidupan sebagai wanita seperti perkahwinan, kelahiran anak dan pelbagai lagi
©       Melindungi penyakit-penyakit wanita yang tidak dilindungi oleh pelan penyakit kritikal
©       Membayar manfaat untuk penyakit kanser wanita, walaupun anda menerima bayaran daripada pelan penyakit kritikal
©       Melindungi komplikasi kehamilan dan kelahiran bayi yang mempunyai penyakit konginetal. Sesuatu yang tidak dilindungi oleh kebanyakan pelan lain
©       Membayar balik kos menjalani pembedahan plastic kerana kerosakan muka disebabkan oleh kemalangan, dan pemindahan kulit kerana kebakaran dan kanser
©       Menyediakan bayaran tunai sekaligus sekiranya kehilangan upaya yang meyeluruh dan kekal untuk meringankan beban kewangan anda
©       Membayar manfaat sekaligus kepada tanggungan anda apabila berlaku kematian
©       Paling istimewa pada tarikh tamat tempoh polisi, kami akan memulangkan semua premium yang sudah dibayar ditolak tuntutan yang dibuat. Anda akan mendapat semula semua wang anda jika anda tidak pernah membuat tuntutan.
©       Had umur: 16 hingga 50 tahun


Plan ni dinamakan PruLady dari Prudential. Plan ni ada banyak range RM50/sebulan sehingga RM 200/sebulan. Bezanya... sila tengok table di atas ni..

Kalau interested boleh call saya Zura 012-3448019 atau email: zurabaharudin.prudential@gmail.com

Thursday, May 26, 2011

New Hairstyles Needed...

owh my.. owh my.... I really need a new hair do, peeps. It's already go headwire... hahahahah.. seriously! I'm tired of taking care of long hair. So thinking to cut it short. Even hubby don't really agree of the idea of me having short hair but still after that he said ok. After all its for him as well though. *wink

ok by the way I am thinking to have bob hairstyles like this...

hehehe.. ok tak? hurmm... still prefer something short like bob cut hairstyles like posh spice...which I not able to put-up the pic here bcos I-also-dunno-why. Bumper!

 Rihanna style pun ok jugak... if a little bit shorter like posh bob cut mesti cun.
 this styles pun cun jugak.. but I had this hair cut when I was 17. So next~
 kate walsh hairstyles look motherly... but still quiet long...

 yang ni pun dah pernah try when I was 12... hahaha that long. which I was quiet chubby chick. :) and a BIG NO for this style for me again. hehehe
 for this hairstyle u have to get the sharp figure (skinny-face) not like me-chubby-cheek face. teeettttt!
 satu hal plak nak buat gelombang ombak bagai kan... tak nak ni...
yang ni pun mcm ok tapi my hair more volume.. so I think I will go for bob cut like posh-spice.. Ok tak korang? kalau korang cakap tak ok pun aku nak potong mcm tu gak... hahahaha.. syok sendiri ok.. harusla~
yup... and yes! I think I go for this...

Tuesday, May 24, 2011

Tanah Runtuh Hulu Langat - Madrasah Al-Taqwa

Sumber: google

21 pelajar tertimbus dalam satu kejadian tanah runtuh di Batu 14, Hulu Langat, Selangor jam 2:30 petang tadi. Semua pelajar terbabit lelaki berusia antara 12 hingga 18 tahun.Mereka adalah penghuni Rumah Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia, Madrasah Al-Taqwa.

16 mangsa meninggal dunia dalam kejadian ini. “Mangsa yang terkorban adalah seramai 16 orang termasuk seorang daripadanya dewasa, manakala sembilan lagi yang terperangkap telah berjaya kita keluarkan dalam keadaan selamat,” katanya kepada media di lokasikejadian pagi ini.Menurut beliau lagi, operasi berkenaan disambung semula pada pukul 8 pagi setelah dihentikan buat seketika.

“Kita hendak pastikan tiada lagi mangsa yang terperangkap,” katanya.Operasi mencari dan menyelamat bermula pada pukul 2.45 petang iaitu beberapa ketika selepas kejadian itu berlaku. Ia dihentikan seketika menjelang pukul 5.30 pagi Ahad.Terdahulu, sehingga jam 11 malam semalam, pasukan mencari dan menyelamat telah berjaya membawa menemui dan membawa keluar 12 mayat dari tempat kejadian. Insiden malang dan menyayat hati itu berlaku pada pukul 2.30 petang, Sabtu.

Polis memaklumkan sehingga menjelang tengah malam, sembilan ditemui dalam keadaan selamat tetapi tercedera.Pada waktu itu, polis juga mengesahkan seramai empat lagi mangsa yang masih belum ditemui. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di tempat tragedi tanah runtuh kira-kira pukul 11.05 malam.

Terdahulu, sehingga pukul 7 malam, anggota bomba dan penduduk berjaya menyelamatkan tujuh mangsa yang terdiri daripada enam pelajar berusia antara 11 dan 17 tahun serta seorang penjaga di rumah anak yatim berkenaan.Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada satu sidang akhbar di sini berkata, mereka yang cedera dihantar ke Hospital Kajang dan Hospital Ampang untuk rawatan.Beliau berkata, rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang penghuni termasuk pekerja.

Tambahnya, kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki.“Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri,” katanya. Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada pukul 6.10 petang.

Ketika kejadian kesemua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang ini. Ekoran itu, bangunan setingkat itu musnah sama sekali dan sebuah surau berdekatan turut terkena runtuhan tanah itu. Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya Morni Mamat berkata, operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat sehingga pukul 7 petang ini. Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, ketika ditemui di tempat kejadian berkata, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung mengeluarkan mayat dan mangsa yang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kajang.

Negara kita dikejutkan dengan insiden tanah runtuh di Hulu Selangor, dimana Rumah Rumah Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia, Madrasah Al-Taqwa terlibat dalam kejadian yang menyedihkan itu. Semoga roh anak-anak kecil itu ditempatkan sebaik-baik golongan yang mati Syahid. Al Fatihah~

Saya dapat sekeping gambar daripada rakan fb (edit skit bg mode black & white) dimana ia ditangkap sebelum kejadian tanah runtuh itu berlaku. Maha suci Allah s.w.t. yang lebih mengetahui disebalik kejadian yang berlaku. Ada juga ibu yang telah kehilangan anaknya hampir 11tahun akibat penceraian, dapat bertemu kembali dengan anaknya selepas nama anaknya diumumkan di televisyen berkenaan insiden tersebut. Seperti kata imam yang membacakan talkin kepada jenazah mangsa2 kejadian, biasanya ketika menbacakan doa dan talkin beliau akan berasa sedih, pilu dan hiba tetapi untuk jenazah mangsa2 tersebut beliau merasa sangat tenang. MasyaALLAH!

Friday, May 20, 2011

Cara Nabi Jaga Kesihatan

Cara hidup Rasulullah s.a.w yang perlu umat Islam contohi. Memandangkan hari ni adalah hari Jumaat yang mulia, saje nak kongsi dengan korang cara hidup Nabi Muhammad amalkan. Bukan maknanya nabi tidak sakit tetapi Baginda hanya pernah sakit beberapa kali saje. Badan kita sihat, tapi hati kita berpenyakit.

 

Antara cara hidup yang diamalkan Baginda ialah:

 

Selalu bangun sebelum subuh

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh utk buat Solat Sunat, Solat Fardhu dan Solat Subuh secara berjamaah. Akan mendapat limpahan pahala, kesegaran udara Subuh yang baik terutama utk rawat penyakit Tibi serta kuatkan akal fikiran.

 

Aktif Menjaga Kebersihan

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

 

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

 

Tidak pernah makan berlebihan

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

 

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang utk udara, air & makanan. Salah satu cara untuk mengimbangi kesihatan ialah berpuasa bagi merehatkan perut. Ialah kan… 24 jam non-stop operated.

 

Gemar berjalan kaki

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, liang roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Kalau kita sekarang semua nak naik kereta. Walhal, kedai kat depan rumah yang jarak sampai 200meter pun mesti nak naik kereta. Kalau boleh nak cari parking yang betul-betul depan pintu kedai/shopping mall. Betul tak? Tapi sekarang ni nak parking jauh-jauh pun bahaya gak. Banyak acid splasher psycho.

 

Tidak pemarah

Nasihat Rasulullah s.a.w supaya ‘Jangan Marah! Jangan Marah! Jangan Marah!’ diulang sampai 3kali. Ini membuktikan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad fizikal tapi lebih kepada kebersihan jiwa.

 

Tau tak ada terapi yang tepat untuk manahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah. Bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

 

Pastu baca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan. Segera ambil wuduk dan solat sunat 2 rakaat untuk dapatkan ketenangan serta menghilangkan gundah dihati.

 

Optimis dan tidak putus asa

Sikap optimis memberikan kesan emosi yg mendalam utk jiwa selain melapangkan jiwa, perlu banyakkan sabar dan istiqamah, bekerja keras serta tawakal kpd Allah s.w.t.

 

Tidak pernah iri hati

Pernah ke korang tak rasa iri hati? Tak penah? Bior betul babe…. Agak2 kalau nak tipu… wahahaha… mesti ada punya kan. Tapi eloklah dikurang2kan ek. Kenapa? Itu untuk menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa. So berdoalah kerana doa itu adalah senjata utama umat Islam.

 

“Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

 

Pemaaf

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan. Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat. Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.

 

 

Wednesday, May 18, 2011

Anak Cermin Didikan Ibubapa

Terbaca kisah didikan ibubapa di Harian Metro hari ini tentang bagaimana setiap ibubapa seharusnya menerapkan habit atau rutin yang diamalkan. Biasanya anak kita (atau kita sendiri) melihat perlakuan ibubapa sejak dari kecil daripada cara didikan hinggalah penggunaan perkataan seharian yang selalu digunakan oleh ibubapa (yang tidak semestinya directly kepada anak, mungkin perbuatan telefon ibubapa kepada keluarga, kawan-kawan dan org luar. So setiap perlakuan kita diperhatikan oleh anak-anak kita untuk ditiru oleh mereka. Sebagai contoh; kita suruh ‘Aqil, ambil makanan mesti pakai tangan kanan!’ tapi kadang-kadang bila nak cepat kita boleh pulak capai kuih atas meja guna tangan kiri. Bila anak kita nampak, mereka akan ikut LEBIH kepada perbuatan daripada perkataan. So harus lebih berhati-hati ketika melakukan setiap perkara especially di depan anak2. Kalau tak depan dia pun, ntah2 kita tak perasan dia nampak nanti dia akan ikut jugak.


Ini rentetan dari kisah di Harian Metro hari ini:
“IBU janganlah terus kata tidak boleh, ibu fikirlah dulu atau bincang dengan ayah,” rayu Adam apabila permintaannya untuk dibelikan set catur mini ditolak selepas set yang sedia ada hilang beberapa ‘anggota’ akibat diusung ke sana ke sini. Biasanya apabila diminta sesuatu, ibunya berkata: “Ibu fikir dulu’ dan keputusannya tidak selalunya positif.
Adam tahu, apabila ibunya berkata ‘mahu fikir dulu’, bermakna ada harapan untuk permintaannya dipenuhi, tetapi pada masa sama, dia juga bersedia mendengar jawapan negatif. Ini antara rutin keluarga Adam yang sudah diamalkan sejak dia kecil lagi.
Menurut Perunding Psikologi Klinikal dan Pendidikan, Selina Ding, rutin adalah satu aspek yang sangat penting dalam hidup seseorang termasuk kanak-kanak kecil. Ia bukan saja membolehkan ibu bapa memupuk disiplin, tetapi perkara yang dijadikan kebiasaan akan membuat seseorang berasa selesa dan selamat. Untuk menjadikan sesuatu itu rutin atau kebiasaan, ibu bapa perlu bersikap konsisten dan mematuhi peraturan yang mereka ditetapkan. Tindakan dan pendirian yang berubah-ubah akan membuatkan anak keliru yang bukan saja membuka peluang untuk ‘buat perangai’, malah boleh menyebabkan mereka berasa kurang selamat walaupun bersama ibu bapa sendiri.


“Bagi kanak-kanak, keselesaan fizikal sangat penting untuk membolehkan mereka berasa selamat. Ia dibuktikan melalui kajian ke atas anak monyet yang disusukan dua ibu berbeza. “Ibu pertama hanya memberikan susu, tetapi bagi ibu kedua, penyelidik meletakkan tuala lembut untuk keselesaan anak monyet ketika disusukan.“Selepas satu tempoh didapati anak monyet memilih untuk berada dengan ibu yang ada tuala lembut. Ini menunjukkan keselesaan boleh menimbulkan rasa selamat. Keadaan sama berlaku pada manusia. Walaupun masih kecil, bayi boleh mengesan keadaan di sekelilingnya. Kanak-kanak perlu berasa disayangi dan selamat untuk membolehkan dia membesar sebagai individu yang yakin, dapat menunjukkan rasa sayang dan simpati pada orang lain,” kata Selina.
Menurutnya, dia pernah menerima kes kanak-kanak perempuan yang memilih untuk menjadi bisu dan bercakap dengan orang tertentu saja (dipanggil bisu selektif). Setiap kali berjumpa pakar, kanak-kanak berkenaan akan membawa sesuatu sama ada anak patung beruang atau apa saja alat mainan yang boleh membuatkan dia berasa tenang. Sejarah silamnya yang ditinggalkan ibu kandung sebelum dia diserahkan kepada ibu dan bapa angkat membuatkan kanak-kanak berkenaan kurang keyakinan diri dan berasa tidak selesa serta gelisah apabila berada bersama orang yang tidak dikenali.
Akibatnya, dia lebih senang untuk menjadi ‘bisu.’ Ini mungkin benteng pertahanan diri bagi mengelakkannya terluka lagi. Jika tidak dibantu, ia akan menjejaskan pembentukan peribadinya, rendah keyakinan diri dan kurang sensitif terhadap perasaan orang lain. Inilah sebabnya ibu bapa perlu membentuk persekitaran selesa dengan rutin tertentu untuk anak-anak supaya perkembangan emosi mereka tidak terjejas. Pada masa sama, ibu bapa sendiri perlu terus belajar membina keyakinan diri kerana mereka adalah guru pertama yang menjadi idola anak-anak, kata Pendidik Kekeluargaan, Charis Patrick. Orang yang rendah jati dirinya akan menjadi individu yang tiada keyakinan diri dan perkara ini akan berterusan sehingga dia mempunyai anak.

Orang yang tidak yakin dengan diri sendiri, tindakannya tidak konsisten. Keadaan mereka berubah-ubah daripada menjadi ibu bapa yang sangat penyayang kepada ibu bapa yang suka marah-marah atau garang. Anak-anak akan berasa keliru dengan sikap ibu bapa mereka yang tidak menentu. Mereka akan sentiasa berasa takut dan tidak selesa, bimbang ada perkara yang dilakukan boleh mencetuskan kemarahan ibu bapa. “Keselesaan di tadika juga sangat penting. Guru perlu faham bahawa mereka jadi pengganti ibu bapa buat sementara waktu. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang rapat dengan gurunya kurang mengalami masalah kelakuan,” katanya pada sesi Sentuhan Keselesaan Bersama Kleenex Untuk Ibu, baru-baru ini.

Komunikasi
Ramai ibu bapa kini mengeluh mempunyai anak yang nakal dan tidak mendengar kata. Sebenarnya, nakal dan aktif adalah sifat semula jadi kanak-kanak. Perkara yang dilarang itulah yang mereka hendak sangat lakukan. Sebenarnya kanak-kanak lebih cepat menangkap perkataan perbuatan contohnya dalam ayat ‘jangan lari’ atau ‘jangan bising.’ Perkataan yang masuk dalam fikiran mereka ialah ‘lari’ dan ‘bising.’ Inilah sebabnya makin dilarang, makin ligat mereka berlari atau berbuat bising.
Cara kreatif yang dilakukan seorang guru tadika untuk menyuruh anak muridnya diam adalah meminta setiap orang meletakkan jari telunjuk ke bibir masing-masing, menandakan semua orang dikehendaki berhenti bercakap. Ibu bapa boleh berbincang dengan guru cara disiplin yang diamalkan di sekolah supaya ia dapat diteruskan di rumah.
“Kalau kita marah anak berbuat bising dengan berkata ‘diamlah’, mereka akan menggunakan perkataan yang sama apabila mahu menyuruh orang lain diam walaupun terhadap orang tua. Ia akan membuatkan anak-anak kita nampak kurang sopan. “Anak-anak menjadi cermin pada cara didikan ibu bapa. Justeru, sebagai ibu bapa kita perlu berfikir dulu sebelum bercakap. Jika anak bising, jangan kata ‘diamlah’ sebaliknya gunakan pendekatan positif atau perkataan yang lebih manis didengar seperti ‘tolong diam.’

“Ramai ibu bapa cuba membetulkan kesilapan anak dengan memarahi mereka, tetapi tidak diterangkan kesalahan berkenaan atau cara yang betul supaya ia tidak diulang. Bagi mengelakkan anak bersikap negatif, ada ibu bapa membuat carta penghargaan dengan memberi satu bintang atau markah kepada anak yang berkelakuan baik. “Sekali-sekala kita boleh menghukum anak kerana berkelakuan nakal, tetapi lebih baik jika ia dapat dicegah melalui pendekatan positif,” kata Charis.

Menurutnya, ada kala ibu bapa tidak perlu menggunakan bahasa untuk bercakap sebaliknya boleh berkomunikasi melalui gerak bahasa badan khususnya bagi kanak-kanak kecil (di bawah umur dua tahun). Untuk kanak-kanak yang tidak pandai bercakap, bahasa badan boleh digunakan untuk menyampaikan mesej tetapi lebih baik jika ia disertai dengan kata-kata terutama ketika bermain bersama anak. Anak-anak akan belajar memahami apa yang anda sampaikan kepada mereka.

Bagi penyanyi tersohor tanah air, Datuk Sheila Majid, ibu bapa perlu memberi peluang kepada anak-anak untuk bercakap dan mendengar pendapat mereka. Apabila ibu bapa tidak sedia meluangkan masa untuk mendengar anak bercakap, anak akan mula menipu untuk mendapatkan perhatian.

“Komunikasi dengan anak-anak sangat penting dan saya berbincang dengan anak mengenai pelbagai perkara, tetapi ibu bapa yang perlu tentukan keputusan akhir. “Saya tidak boleh bertolak ansur jika anak menipu, tidak memberitahu ke mana mereka pergi, berkelakuan biadab atau menggunakan perkataan kurang sopan. “Bagaimanapun, ada kala saya tutup sebelah mata jika anak-anak bertengkar atas perkara kecil selagi ia masih terkawal. “Ia juga bertujuan membentuk daya ketahanan emosi dan fikiran anak berhadapan dengan masalah. “Anak-anak memang tidak suka dengar ibu membebel. Justeru sebagai ibu bapa, jangan kita ungkit kisah silam apabila mereka lakukan kesilapan. Anak akan jadi bosan dan memberontak. Akibatnya mereka akan cuba menjauhi kita atau lebih senang meluahkan perasaan kepada rakan sebaya yang tidak akan membebel,” katanya.

Bijak menolak permintaan anak
Salah satu masalah yang kerap dihadapi ibu bapa adalah tidak tahu bagaimana hendak menolak permintaan anak tanpa berkata tidak. Apatah lagi jika mempunyai anak yang suka mengamuk atau buat perangai di tengah khalayak apabila keinginan mereka tidak dipenuhi.

Ada kajian menunjukkan secara purata kanak-kanak mendengar perkataan ‘tidak’, ‘jangan’ atau ‘tidak boleh’ hampir 400 kali sehari. Benarkah? Cuba kira dalam sehari berapa kali anda sebut perkataan ini kepada anak-anak terutama pada hujung minggu di mana anda menghabiskan sepanjang hari bersama mereka. Malah, pakar Barat juga berpendapat terlalu kerap berkata ‘tidak’, ‘jangan’ dan ‘tidak boleh’ menyebabkan anak-anak lali dan larangan menjadi kurang berkesan. Menurut Selina, ada ibu bapa menggunakan pendekatan psikologi bertentangan yang dianggap baik. Ini kerana biasanya ibu bapa akan menyuruh anak berbuat sesuatu sambil menerangkan bahaya yang mungkin dihadapi dan tidak mahu bertanggungjawab jika berlaku kecederaan.

Kaedah ini biasanya boleh membuatkan anak berfikir dan sedar mengapa ibu bapa melarang mereka melakukan satu-satu perkara.

“Ibu bapa kena terangkan kepada anak mengapa permintaan mereka tidak dapat dipenuhi. Mungkin permintaan itu keterlaluan, di luar kemampuan ibu bapa atau boleh membawa kemudaratan. Namun jangan asyik berkata ‘tidak’, sesekali kena kata ‘ya’ kepada anak-anak. Kanak-kanak sekarang cerdik, jika asyik berkata ‘tidak boleh’ mereka akan mempersoalkan tindakan kita.

“Dalam hal ini ibu bapa boleh berikan jawapan ‘ya’ dengan bersyarat. Contohnya mereka boleh makan aiskrim, tetapi selepas makan nasi atau bermain basikal di luar dengan syarat menyiapkan kerja sekolah terlebih dulu. Ibu bapa boleh bersetuju membelikan apa yang anak mahu (mengikut kemampuan dan kepentingannya) dengan syarat dia berjaya menunjukkan peningkatan dalam pelajaran,” katanya.

Selain itu ada kaedah lain untuk menolak permintaan anak dengan:

1. Terangkan keadaan sebenar dan perasaan anda. Contohnya apabila anak menghempas barang permainannya apabila marah, katakan anda sedih dan tidak suka melihat kelakuannya. Kata-kata anda sedikit sebanyak akan masuk ke dalam hati dan fikirannya. Ia menunjukkan kelakuan mereka itu sebenarnya akan turut mempengaruhi atau memberi kesan kepada orang lain.

2. Beri mereka pilihan. Contohnya apabila anak bermain bola di dalam rumah, anda boleh memberi pilihan sama ada bermain di dalam tetapi bola hanya boleh dileretkan di atas lantai atau bermain di luar dan boleh menyepak bola sepuas hati. Dengan memberi pilihan, anda secara tidak langsung membuatkan anak berasa dia ada ‘kuasa’ untuk membuat keputusan - yang secara tidak langsung menggalakkannya berfikir.

3. Beri peluang anak melakukan apa yang diingini dengan cara yang lain. Contohnya jika dia suka dengan bayi atau kanak-kanak yang lebih kecil, cadangkan supaya dia mencium bayi berkenaan dengan lembut (asalkan anak anda atau bayi itu tidak demam atau selesema bagi mengelakkan jangkitan) atau memegang tangannya dengan lemah lembut.

4. Sesetengah kanak-kanak suka dengan haiwan peliharaan seperti kucing tidak tahu bagaimana hendak membelainya. Biasanya kanak-kanak akan menepuk-nepuk badan kucing dengan kuat tetapi beritahu supaya mereka berlemah lembut dan menunjukkan cara untuk mengusap haiwan terbabit supaya ia tidak melenting atau mencakar anak anda.

5. Minta kerjasama pasangan untuk terbabit sama dalam mengambil keputusan. Anak-anak akan lebih mudah menerima keputusan yang dicapai hasil perbincangan ibu dan ayah.

6. Berusaha menjadi ‘kawan’ kepada anak sendiri dengan mengikuti perkembangan mereka. Melalui cara ini anda lebih mudah untuk menolak permintaan mereka. Pun begitu, jika berkemampuan apa salahnya cuba memenuhi keinginan anak-anak selagi ia tidak keterlaluan, kata Sheila Majid.

“Saya masih ingat anak lelaki minta dibelikan album Limp Bizkit yang terbaru. Oleh kerana tergesa-gesa, saya tidak dengar perkataan album dan apabila sampai ke pasar raya saya terus ke rak biskut. Tidak jumpa jenama yang dia mahu, saya menghubungi untuk pengesahan. Dia berkata “Mama, Limp Bizkit yang saya mahu ialah CD (cakera padat) lagu bukan biskut!”

Aqil dah pandai mengikut arahan skit sekarang… tapi bila aku bg instruction yg lebih skit dia jadi confius. Mcm semalam lepas mandikan dia, tengah nak amik towel tu.. dia dh standby kat depan pintu toilet ka nada alas kaki. Memang aku dah ajar kalau ada hingus mesti lap pakai kain. Ada pulak budak kecik ni aku tengok dia terbongkok-bongkok kat alas kaki.. harus aku terus jerit kat dia, ‘Aqil kotor kain tu alas kaki! Aqil kotor kain tu alas kaki! Aqil kotor kain tu alas kaki’ (kan aku dh ckp aku suka ulang 3x bg dia faham. Dia selamber jer jawab ‘Mummy ada ingus’ …. Adoiiii…

Lepas jer kejadian alas kaki kat bilik air tu… dah siap2 pakai baju, dia tgh main dgn Amir pastu pulak ada hingus dia meleleh kuar lagi… harus ke dia g amik kain alas kaki yang dia nampak kat depan bilik air luar tu? Memang aku ckp kat dia 3x lagi kan? Waktu ni yang Aqil confius… sebabnya?

Aku cakap, ‘Aqil kain tu kotor…jangan buat lap hinggus. Amik kain ni (sambil tunjuk sapu tangan kecik kat dia)’ agaknya sebab aku ulang 3x dia jadi confius kot.. so dia nak amik kain alas kaki tu pulak untuk lap hingus. So Alang tegur aku supaya jgn bagi byk sgt arahan kat Aqil buat dia confius. Dengan itu aku tukar statement…

“Aqil lap hingus pakai sapu tangan ni (sambil bg kain kecik tu kat dia).. mesti selalu letak kat dlm poket, so kalau ada hingus amik kain ni terus lap. Nanti simpan balik dalam poket” Aqil angguk faham sambil simpan sapu tangan dalam poket dia. Lepas tu bila ada hingus terus dia kuarkan sapu tangan dari poket dan lap mcm arahan aku tadi. Clever boy!

Nota kaki:
a) aku memang selalu nak elakkan guna perkataan ‘jangan’, ‘tidak’ kerana itu perkataan negative. Sekiranya Aqil memanjat gril pintu.. aku akan cakap ‘Aqil turun! Aqil turun! Aqil turun!’ aku selalu ulang 3x supaya dia faham. Baru dia turun.. tapi ada masa dia buat dunno jer.. aku geletek pinggan dia baru dia nak turun. Ngade!
b) Bagi arahan yg specific kat anak siapkan sebab kenapa dia kena buat mcm tu. Nanti jadi mcm kes alas kaki tu lagi plak sebab dia confius.

Monday, May 16, 2011

My Cuzzie Reception

Morning peeps,

Last Saturday, my cuzzie woozie cousin reception. It was a lovely wedding reception with her gorjes purple-licious look. This reception was held in one of the hall in Bandar Manjalara, KL. So lets roll the camera....
 This is her hubby Fadzrul Azam... owh btw her name is Siti Nur Balqis.. we just call her Balqis. She is super shweeeeettttttttttt..... love the purplish *wink
 on the pelamin....
so in love with the pelamin... i like... rasa nak bersanding lagi skali laks... huhuhuhu nak tak encik hubby???
 
 meja makan berdamai.. the small glasses with the rainbow colour thingy is agar2 hand-made by the bride's mom which is super delicious babe.... my auntie ni ada amik tempahan gak...
 ala kanje2... chumel ok uols... owh I miss the cake as my lil junior is not well so I have to gerak awal...
this is him - lil junior yang so the cranky. Nasib ramai auntie2 yang nak layan dia so mummy boleh melantak dengan aman.. harus ok..

Aqil with Auntie Aimi... thinking of her make me remember her phrase...
which happened a night before the big day when I was asking her about her sister wedding reception rehearsal. And she replied, 'I don't know..' and I said, 'Hey, how come u don't know... its your sister' and she replied. 'I don't live here.. Im staying in UK.........   M'
...........................
and we all laugh-out-loud... so cute! Shadid, u got me that moment kayh...

the flower girl... Aqil & Amir 6-years-old-auntie-Najihah


santek kan uols? harusla kan...
 3 dara pingitan----
Aimi Rashidah, Que Queen, Nur Atikah (still single, yet available??)

yang this one memang harus ok.... muda remaja lagi dan boleh dikategorikan bawah umur gak...
My pics? owh sodeh den nak cito.... tak do sapo yang nak ambik gambar den ni haa... uwaaaaaaaaaaaa.....

To my dear Balqis & Azam,
Selamat menempuh alam perkahwinan. Sentiasa bersabar menempuhi setiap dugaan baru dalam hidup. Belajar memahami antara satu sama lain. And most and foremost, Welcome to the Club baby!

xoxo
Zura Baharudin



Nota kaki: pictures credit to Nur Atikah Amros & Fatin Najwa

Thursday, May 5, 2011

Double Entry: Tahniah Yan & Luka Bersalin???

Terbaca di entry Yan. Tahniah atas kelahiran hero baru dalam keluarga anda. Comel uols. Nak tengok hero ensem tu klik kat blog Yan yer uols.

 

Yan,

 

Tahniah dan selamat berpantang! Enjoy nursing your baby.

Jangan ngelat berpantang yer. InsyaAllah cepat sembuh!

 

p/s: ur hero is masyaAllah super duper cute~

 

Lots of love,

Mummy Zura

 

Cakap tentang bersalin ni. Yes! Have u mommies experience the pain? Mesti tak nak ingatkan? Wakakakaka… saje jer aku an. Ada banyak sakit dan luka waktu bersalin.

 

1.       Luka Perineum – Episiotomy

Episiotomy adalah sebuah irisan bedah pada perineum untuk memperbesarkan muara vagina yang dilakukan tepat sebelum keluarnya kepala bayi. Biasanya tindakan ini disengajakan pada perineum dan vagina yang sedang dalam keadaan meregang. Insisi garis tengah mempunyai dilakukan sebab tak banyak pembuluh darah besar dijumpai disini dan daerah ini lebih cepat sembuh. Sebab2 berlaku Episiotomy:

·         Bahu bayi tersekat

·         Bayi bersaiz besar

·         Otot perineal yang keras dan tidak anjal

·         Koyakan yg bakal dialamai di khuatiri melibatkan dubur hingga blh meningkatkan risiko jangkitan kpd ibu

·         Timbul masalah stress kpd bayi ketika proses meneran

 

Tips mengurangkan kesakitan episiotomy

·         Kerap mandi air suam. Pastikan tekap bahagian yang dijahit perlahan-lahan dengan tuala bersih

·         Dedahkan bahagian terbabit terhadap udara lebih kurang 10 minit atau 2x sehari.

·         Kalau sakit waktu duduk, letakkan pelampung kanak2 atau tuala yg dibentuk spt donut di atas kerusi sebelum duduk di atasnya.

·         Boleh juga gunakan pad gel sejuk atau ice-pack. Kedinginan tu akan mengebaskan bahagian jahitan dan dapat mengelakkan bengkak.

·         Letakkan tuala wanita (yang belum digunakan) dalam peti sejuk dulu sebelum digunakan. Fungsinya seperti terapi dingin (cooler pad).

 

 

Ada beberapa cara untuk menawar sakit bersalin atau labour ini, antara yg dapat aku cari (google la kan):

 

1.       Doktor kerap menggunakan ubat-ubat seperti Pethidine atau Morphine yang diberikan secara suntikan. Ubat-ubat ini bertindak pada otak dengan menindas pusat kesakitan. Ubat tersebut juga boleh menenangkan fikiran dan juga bertindak sebagai sedatif (ubat tidur). Cara menawar sakit ini mmepunyai beberapa kelemahan seperti rasa loya dan kadangkala muntah yang akan dialami oleh pesakit. Masalah ini boleh diatasi dengan memberikan ubat menahan muntah bersama-sama dengan ubat Pethidine.

 

Penawar sakit ini tidak berlaku terus-menerus sehingga kelahiran berlaku. Kesannya hanya dapat dirasai selama satu atau dua jam sahaja dan kesan penawarnya mungkin tidak penuh. Dalam hal ini pesakit memerlukan suntikan berulang-ulang kali, biasanya sekali dalam tempoh empat atau enam jam. Ubat penawar ini boleh masuk ke dalam sistem peraliran darah bayi dan kemudian bertindak pada bayi dengan menindas pernafasannya. Jika keadaan ini berlaku, bayi akan menghadapi masalah untuk memulakan pernafasan apabila dilahirkan.

 

Oleh itu, ubat seperti ini perlu dijauhkan jika labour mencapai ke peringkat akhir yang bererti kelahiran bayi akan berlaku tidak lama lagi. Selain dari cara suntikan ini, sakit labour dan kelahiran boleh dikurangkan dengan menyedut gas antanox yang mengandungi 50 peratus oksigen dan 50 peratus nitrous oxide.

 

2.       Lazimnya gas penawar sakit digunakan pada peringkat terakhir labour jika kuncupan otot rahim berlaku dengan begitu kuat menyebabkan wanita tersebut meraung kesakitan. Dengan menyedut gas antanox sejurus sebelum kuncupan otot berlaku, rasa kesakitan boleh dikurangkan.

 

Cara bernafas yang betul seperti yang dipelajari dalam latihan-latihan kelas antenatal boleh mengurangkan rasa kesakitan ini. Sedutan gas penawar boleh juga diteruskan sehingga dan ketika kelahiran berlaku kerana kesakitan pada saat kelahiran adalah yang paling kuat sekali.

 

Ketika kelahiran berlaku, kesakitan adalah disebabkan oleh kuncupan otot rahim yang amat kuat serta pengembangan pangkal rahim, saluran faraj dan perineum untuk membolehkan kepala dan anggota lain bayi keluar.

 

3.       Selain daripada menawarkan sakit seperti yang saya sebutkan tadi, satu cara bius setempat boleh dilakukan. Ubat bius ini disuntikkan pada kawasan perineum dan ianya adalah amat penting jika guntingan episiotomi dilakukan ketika kepala bayi dilahirkan. Dengan bius setempat ini, kesakitan oleh sebab jahitan untuk membaiki luka episiotomi boleh dilakukan.

 

Jika kelahiran itu tidak normal seperti perlu digunakan alat forsep, alat menyedut (vakum) atau kelahiran songsang sejenis bius setempat khas digunakan. Bius pudendal disuntik menggunakan jarum khas yang panjang pada satu tempat khusus dalam saluran peranakan. Walaupun berbagai-bagai jenis penawaran sakit labour yang kerap digunakan, namun tidak ada satu pun yang boleh menghilangkan rasa kesakitan terus-menerus sepanjang labour dan ketika kelahiran.

 

Ini adalah sejenis bius setempat dan oleh kerana ia boleh disuntikkan terus-menerus sepanjang tempoh labour dan ketika kelahiran, bius epidural ini biasanya menghasilkan apa yang kita gelar ‘kelahiran tanpa sakit’. Bius epidural mempunyai banyak kelebihan jika ia diberikan kepada pesakit tertentu khususnya mereka yang mengalami labour yang berpanjangan, bayi songsang, kelahiran kembar atau penghidap darah tinggi. Bius ini perlu diberikan oleh doktor pakar yang terlatih khususnya doktor pakar bius yang khusus mengendalikan pesakit obstetric.

 

Perkhidmatan bius epidural hanya boleh dijalankan di hospital yang mempunyai kelengkapan dan kemudahan serta jururawat terlatih yang mencukupi. Masa kini, belum lagi ada hospital bersalin di Malaysia yang memberikan khidmat bius epidural kepada ibu dalam sakit labour, walaupun beberapa percubaan telah dilakukan di Hospital Universiti dan Hgospital Bersalin Kuala Lumpur.

 

Epidural catheter dimasukkan ke dalam ruang epidural, ubat bius kemudian disuntikkan melalui epidural catheter tersebut. Kesan bius perlu dimasukkan ke dalam saluran epidural tiap-tiap dua jam sekali untuk mendapatkan kesan terus-menerus.

 

Walaupun bius epidural sangat berkesan dan boleh digunakan sepanjang tempoh labour dan ketika kelahiran, namun beberapa masalah mungkin boleh timbul seperti penurunan tekanan darah. Masalah ini hanya boleh dijauhi dengan adanya tenaga kepakaran, jururawat terlatih dan juga kelengkapan yang cukup. Bius epidural juga boleh digunakan jika kelahiran itu rumit seperti memerlukan alat forsep atau vakum, ataupun pembedahan sesarean. Bius epidural ini mencukupi dan berkesan sekali tanpa memerlukan bius  jenis lain.

 

Terdapat segolongan wanita yang mengecam amalan bius atau penawaran sakit ketika labour atau kelahiran. Mereka menganggap perbuatan ini tidak natural dan menghapuskan  satu pengalaman unik yang patut ditempuhi oleh semua bakal ibu. Di sebalik kesakitan bersalin ini kata mereka, terdapat hakikat yang bermakna. Kesakitan itu sentiasa memperingati ibu-ibu betapa pahit maungnya melahirkan seorang anak ke dunia. Dengan kesederan ini serta kesusahan ibu membesar dan mengasuh anak-anak sejak dari kecil, terjalinlah kasih sayang yang berterusan.

 

Tuesday, May 3, 2011

Hidung Aqil Berdarah

Haaaa… tu la dia yang nak citer ari ni… Hari Jumaat waktu amik Aqil kat playschool dia aktif jer. Elok jer melompat sana-sini. Siap cubit2 pipi adik dia Amir tu sampai merah2 pipi kawan tu. Tapi cikgu dia memang ada cakap yang badan dia dah suam2 kuku skit petang tu. So aku memang monitor suhu dia. Patutnya petang tu aku gie dinner dgn budak2 ofis sempena birthday April babies dengan farewell kak ayu. Tapi agaknya ada sebab aku berat hati jer nak gie. Tapi aku bagi dia makan syrup paracetamol tu setiap 6 jam sebab tak berapa nak panas. Aqil ni bila time dia tido jer suhu naik mendadak. Dulu penah naik sampai 40’c. So harusla perkara tu tak berulang kan? Encik hubby tido dengan Aqil mlm tu sebab aku masih melipat baju yang berlambak banyak kat depan tv. Amir dah tido gak. Ade jugak dia kejap2 bangun nak susu. So dengan aku skali gone la kan bila dah start menyusu dia. Wakakakakakak….

 

Pastu dah terjaga pukul 2 pagi tu tgk anak-beranak tido lena jer. Suhu Aqil pun ok lagi. Aku sambung lipat baju balik. Pastu aku tido. Dah pukul 4 pagi tu si kecik tu nak susu lagi. Dah aku terjaga tu terus la bangun basuh baju lak. (Bukan aku yang basuh pun.. mesin yang basuh.. aku masukkan sabun basuh dgn baju jer.. hehehe) tunggu mesin tu siap. Aku dah siap sidai baju tu harus la tido balik. Pastu pukul 6 bangun semula sebab nak pack2 baju. Encik hubby kata nak balik BP pagi. Tapi baju pun tak siap pack. Pukul 6 tu encik hubby bangun tolong sidai baju gak ada lagi 2 trip (umah aku dah macam kedai dobi bila basuh baju uols). Eh lupa nak bagi tau yang bonda saya memang ada kedai dobi… jadi sesape yang nak beli sabun dobi yang wangi tue.. sila bagi tau yer.. Pelembut kain dia harus la wangi uols.. wakakakaka.. kalau baju kena darah ker.. atau stain yang susah nak remove… haa ada gak.. keh keh keh… tapi tak jual pack kecik ye uols. Saya punya sabun basuh 1pack besar.. boleh pakai dalam 3-4 bulan. Hehehehe

 

OK pastu dah siap kemas2 baju. Kejut hero2 kecik tu untuk mandikan dorang. Agaknya dorang tau nak jalan. Senang jer bangun. Aqil yang siap dulu… harusla dia tunggu kat depan pintu tu suruh aku bukak grill. Dia nak pakai kasut dulu… wakakaka berdekah. Ok gerak dalam pukul 8.30pagi dan 2 jam kemudian kami sampai ke BP. Ops.. BP stand for Batu Pahat yer uols.. Ni kampung encik hubby. Sabtu tu tak panas pun badan aqil. So aku stop bagi PCM (paracetamol). Dia kalau jumpa kazen2 dia tak ingat nak minum susu, nak makan, minum air lagi laa kan…

 

Petang Sabtu tu bawak semua kazen2 kecik Aqil dan Aqil sekali gi beriadah kat Tasik Y. Pergh…. Giler ramai kot. Siap ada poco-poco sey kat situ. Aku pun ikut skit2 jer. Akak yg pakai baju serba hitam tu badan dia berisi2 gempal sikit tapi dia menari poco-poco tu siap tangkap leleh beb… mesti tiap2 hari dia exercise sampai nampak smooth jer. Comel jer akak tu. Harus ok uols ramai gile orang kat Tasik Y tu. Besar kawasan tu. Ada area untuk berbasikal, nak guna alat2 kempis perut kat situ pun ada okey… tak payah nak tekan tubi bagai.. complete set kat situ. Dengan playground budak2 yang besar gak. Sesekali terhilang jugak pandanagan aku nak kejar mana Aqil dengan kazen2 dia an. Walaupun jarak aku 50 meter jer dari dorang tapi sebab banyak sangat budak2 berlari sana-sini, mata aku pun tak sempat tengok kelibat dorang yang berlari naik turun gelongsor tu. Lepas tu ajak dorang makan ais krim. Memang layan la petang2 mkn ais krim kat situ.

 

Balik jer hampir maghrib. Aku kerah budak2 tu mandi. Dah siap2 kan dorang baru org tua boleh mandi. Wakakakaka…  eh mlm tu pun aqil dedar skit2.. dah hampir pukul 12 mlm tu dia tgh main puzzle lego kat ruang tamu depan dgn kazen2 dia. Aku pun ada jer baring kat sofa depan tu. Waktu ni la tertiba Aqil berhingus.. dia kesat jer hidung dia.. Ingatkan hingus tapi darah… dia terus tunjuk kat aku. Ada la dalam 3 titik kat tangan dia. Aku terus pimpin dia kat ruang tamu belakang sebab encik hubby dgn mak tengah lepak kat belakang. Aku cakap hidung Aqil berdarah. Aku ingat sebab dia terjatuh ker ape.. So just amik tisu untuk lap dia.. selang 1 minit tu darah kuar lagi… kali ni banyak.. lepas tu aqil mengelabah darah keluar banyak kat hidung dia.. menitik-nitik kat baju.. dia dah takut. Aku lagi la takut. Encik hubby, mak dengan ayah pun jadi kalut.

 

Aku terus pimpin aqil nak cuci hidung dia dalam bilik air tapi dia dah start takut sampai mengigil sebab darah banyak keluar. So aku buka baju dia. Bawak dia masuk bilik. Semua orang dah kalut sampai tak buat ape2. First time kena macam ni harusla kami kalut. Aku pimpin aqil bawak masuk bilik. Amir pulak terjaga dengar riuh2. So dia pulak dah start melalak. Aku angkat Amir bagi kat mak. Memang la dia lagi nangis kan. Tapi aku biarkan jer. Aku pangku Aqil duduk kat tepi katil. Ada tuala encik hubby kat sini, terus jer aku capai sebab darah keluar makin banyak kat hidung. Lepas tu dia berludah ke tuala biru tu penuh darah. So kami semua dah bersiap nak gie hospital, tapi darah masih keluar. Ayah kata baring kan Aqil untuk dia relak dulu. Darah akan berhenti kalau dia tak panic dan baring. Ayah cakap mungkin sebab panas dalam. Waktu tu aku terpikir…”ye Aqil tak minum susu sangat, makan pun dia tak heran, air pun tak minum langsung sebab dia sibuk main jer”

 

Lepas baringkan Aqil, darah dah tak keluar lagi. Letak kain sejuk kat kepala dia. Dia tanak minum atau makan. Dia penat agaknya. Terus terlelap sampai pagi.

 

Hish anak mummy ni risaukan orang jer. Sebab selalu kalau aku letak akir kosong dalam botol 8 aunce tu memang habis dia sekali minum. Kalut satu rumah.

 

Lesson to be learn: make sure he drink plenty of plain water even he is busy playing!