Sumber: google
21 pelajar tertimbus dalam satu kejadian tanah runtuh di Batu 14, Hulu Langat, Selangor jam 2:30 petang tadi. Semua pelajar terbabit lelaki berusia antara 12 hingga 18 tahun.Mereka adalah penghuni Rumah Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia, Madrasah Al-Taqwa.
16 mangsa meninggal dunia dalam kejadian ini. “Mangsa yang terkorban adalah seramai 16 orang termasuk seorang daripadanya dewasa, manakala sembilan lagi yang terperangkap telah berjaya kita keluarkan dalam keadaan selamat,” katanya kepada media di lokasikejadian pagi ini.Menurut beliau lagi, operasi berkenaan disambung semula pada pukul 8 pagi setelah dihentikan buat seketika.
“Kita hendak pastikan tiada lagi mangsa yang terperangkap,” katanya.Operasi mencari dan menyelamat bermula pada pukul 2.45 petang iaitu beberapa ketika selepas kejadian itu berlaku. Ia dihentikan seketika menjelang pukul 5.30 pagi Ahad.Terdahulu, sehingga jam 11 malam semalam, pasukan mencari dan menyelamat telah berjaya membawa menemui dan membawa keluar 12 mayat dari tempat kejadian. Insiden malang dan menyayat hati itu berlaku pada pukul 2.30 petang, Sabtu.
Polis memaklumkan sehingga menjelang tengah malam, sembilan ditemui dalam keadaan selamat tetapi tercedera.Pada waktu itu, polis juga mengesahkan seramai empat lagi mangsa yang masih belum ditemui. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di tempat tragedi tanah runtuh kira-kira pukul 11.05 malam.
Terdahulu, sehingga pukul 7 malam, anggota bomba dan penduduk berjaya menyelamatkan tujuh mangsa yang terdiri daripada enam pelajar berusia antara 11 dan 17 tahun serta seorang penjaga di rumah anak yatim berkenaan.Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada satu sidang akhbar di sini berkata, mereka yang cedera dihantar ke Hospital Kajang dan Hospital Ampang untuk rawatan.Beliau berkata, rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang penghuni termasuk pekerja.
Tambahnya, kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki.“Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri,” katanya. Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada pukul 6.10 petang.
Ketika kejadian kesemua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang ini. Ekoran itu, bangunan setingkat itu musnah sama sekali dan sebuah surau berdekatan turut terkena runtuhan tanah itu. Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya Morni Mamat berkata, operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat sehingga pukul 7 petang ini. Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, ketika ditemui di tempat kejadian berkata, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung mengeluarkan mayat dan mangsa yang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kajang.
Negara kita dikejutkan dengan insiden tanah runtuh di Hulu Selangor, dimana Rumah Rumah Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia, Madrasah Al-Taqwa terlibat dalam kejadian yang menyedihkan itu. Semoga roh anak-anak kecil itu ditempatkan sebaik-baik golongan yang mati Syahid. Al Fatihah~
Saya dapat sekeping gambar daripada rakan fb (edit skit bg mode black & white) dimana ia ditangkap sebelum kejadian tanah runtuh itu berlaku. Maha suci Allah s.w.t. yang lebih mengetahui disebalik kejadian yang berlaku. Ada juga ibu yang telah kehilangan anaknya hampir 11tahun akibat penceraian, dapat bertemu kembali dengan anaknya selepas nama anaknya diumumkan di televisyen berkenaan insiden tersebut. Seperti kata imam yang membacakan talkin kepada jenazah mangsa2 kejadian, biasanya ketika menbacakan doa dan talkin beliau akan berasa sedih, pilu dan hiba tetapi untuk jenazah mangsa2 tersebut beliau merasa sangat tenang. MasyaALLAH!

No comments:
Post a Comment