Terbaca di entry Yan. Tahniah atas kelahiran hero baru dalam keluarga anda. Comel uols. Nak tengok hero ensem tu klik kat blog Yan yer uols.
Yan,
Tahniah dan selamat berpantang! Enjoy nursing your baby.
Jangan ngelat berpantang yer. InsyaAllah cepat sembuh!
p/s: ur hero is masyaAllah super duper cute~
Lots of love,
Mummy Zura
Cakap tentang bersalin ni. Yes! Have u mommies experience the pain? Mesti tak nak ingatkan? Wakakakaka… saje jer aku an. Ada banyak sakit dan luka waktu bersalin.
1. Luka Perineum – Episiotomy
Episiotomy adalah sebuah irisan bedah pada perineum untuk memperbesarkan muara vagina yang dilakukan tepat sebelum keluarnya kepala bayi. Biasanya tindakan ini disengajakan pada perineum dan vagina yang sedang dalam keadaan meregang. Insisi garis tengah mempunyai dilakukan sebab tak banyak pembuluh darah besar dijumpai disini dan daerah ini lebih cepat sembuh. Sebab2 berlaku Episiotomy:
· Bahu bayi tersekat
· Bayi bersaiz besar
· Otot perineal yang keras dan tidak anjal
· Koyakan yg bakal dialamai di khuatiri melibatkan dubur hingga blh meningkatkan risiko jangkitan kpd ibu
· Timbul masalah stress kpd bayi ketika proses meneran
Tips mengurangkan kesakitan episiotomy
· Kerap mandi air suam. Pastikan tekap bahagian yang dijahit perlahan-lahan dengan tuala bersih
· Dedahkan bahagian terbabit terhadap udara lebih kurang 10 minit atau 2x sehari.
· Kalau sakit waktu duduk, letakkan pelampung kanak2 atau tuala yg dibentuk spt donut di atas kerusi sebelum duduk di atasnya.
· Boleh juga gunakan pad gel sejuk atau ice-pack. Kedinginan tu akan mengebaskan bahagian jahitan dan dapat mengelakkan bengkak.
· Letakkan tuala wanita (yang belum digunakan) dalam peti sejuk dulu sebelum digunakan. Fungsinya seperti terapi dingin (cooler pad).
Ada beberapa cara untuk menawar sakit bersalin atau labour ini, antara yg dapat aku cari (google la kan):
1. Doktor kerap menggunakan ubat-ubat seperti Pethidine atau Morphine yang diberikan secara suntikan. Ubat-ubat ini bertindak pada otak dengan menindas pusat kesakitan. Ubat tersebut juga boleh menenangkan fikiran dan juga bertindak sebagai sedatif (ubat tidur). Cara menawar sakit ini mmepunyai beberapa kelemahan seperti rasa loya dan kadangkala muntah yang akan dialami oleh pesakit. Masalah ini boleh diatasi dengan memberikan ubat menahan muntah bersama-sama dengan ubat Pethidine.
Penawar sakit ini tidak berlaku terus-menerus sehingga kelahiran berlaku. Kesannya hanya dapat dirasai selama satu atau dua jam sahaja dan kesan penawarnya mungkin tidak penuh. Dalam hal ini pesakit memerlukan suntikan berulang-ulang kali, biasanya sekali dalam tempoh empat atau enam jam. Ubat penawar ini boleh masuk ke dalam sistem peraliran darah bayi dan kemudian bertindak pada bayi dengan menindas pernafasannya. Jika keadaan ini berlaku, bayi akan menghadapi masalah untuk memulakan pernafasan apabila dilahirkan.
Oleh itu, ubat seperti ini perlu dijauhkan jika labour mencapai ke peringkat akhir yang bererti kelahiran bayi akan berlaku tidak lama lagi. Selain dari cara suntikan ini, sakit labour dan kelahiran boleh dikurangkan dengan menyedut gas antanox yang mengandungi 50 peratus oksigen dan 50 peratus nitrous oxide.
2. Lazimnya gas penawar sakit digunakan pada peringkat terakhir labour jika kuncupan otot rahim berlaku dengan begitu kuat menyebabkan wanita tersebut meraung kesakitan. Dengan menyedut gas antanox sejurus sebelum kuncupan otot berlaku, rasa kesakitan boleh dikurangkan.
Cara bernafas yang betul seperti yang dipelajari dalam latihan-latihan kelas antenatal boleh mengurangkan rasa kesakitan ini. Sedutan gas penawar boleh juga diteruskan sehingga dan ketika kelahiran berlaku kerana kesakitan pada saat kelahiran adalah yang paling kuat sekali.
Ketika kelahiran berlaku, kesakitan adalah disebabkan oleh kuncupan otot rahim yang amat kuat serta pengembangan pangkal rahim, saluran faraj dan perineum untuk membolehkan kepala dan anggota lain bayi keluar.
3. Selain daripada menawarkan sakit seperti yang saya sebutkan tadi, satu cara bius setempat boleh dilakukan. Ubat bius ini disuntikkan pada kawasan perineum dan ianya adalah amat penting jika guntingan episiotomi dilakukan ketika kepala bayi dilahirkan. Dengan bius setempat ini, kesakitan oleh sebab jahitan untuk membaiki luka episiotomi boleh dilakukan.
Jika kelahiran itu tidak normal seperti perlu digunakan alat forsep, alat menyedut (vakum) atau kelahiran songsang sejenis bius setempat khas digunakan. Bius pudendal disuntik menggunakan jarum khas yang panjang pada satu tempat khusus dalam saluran peranakan. Walaupun berbagai-bagai jenis penawaran sakit labour yang kerap digunakan, namun tidak ada satu pun yang boleh menghilangkan rasa kesakitan terus-menerus sepanjang labour dan ketika kelahiran.
Ini adalah sejenis bius setempat dan oleh kerana ia boleh disuntikkan terus-menerus sepanjang tempoh labour dan ketika kelahiran, bius epidural ini biasanya menghasilkan apa yang kita gelar ‘kelahiran tanpa sakit’. Bius epidural mempunyai banyak kelebihan jika ia diberikan kepada pesakit tertentu khususnya mereka yang mengalami labour yang berpanjangan, bayi songsang, kelahiran kembar atau penghidap darah tinggi. Bius ini perlu diberikan oleh doktor pakar yang terlatih khususnya doktor pakar bius yang khusus mengendalikan pesakit obstetric.
Perkhidmatan bius epidural hanya boleh dijalankan di hospital yang mempunyai kelengkapan dan kemudahan serta jururawat terlatih yang mencukupi. Masa kini, belum lagi ada hospital bersalin di Malaysia yang memberikan khidmat bius epidural kepada ibu dalam sakit labour, walaupun beberapa percubaan telah dilakukan di Hospital Universiti dan Hgospital Bersalin Kuala Lumpur.
Epidural catheter dimasukkan ke dalam ruang epidural, ubat bius kemudian disuntikkan melalui epidural catheter tersebut. Kesan bius perlu dimasukkan ke dalam saluran epidural tiap-tiap dua jam sekali untuk mendapatkan kesan terus-menerus.
Walaupun bius epidural sangat berkesan dan boleh digunakan sepanjang tempoh labour dan ketika kelahiran, namun beberapa masalah mungkin boleh timbul seperti penurunan tekanan darah. Masalah ini hanya boleh dijauhi dengan adanya tenaga kepakaran, jururawat terlatih dan juga kelengkapan yang cukup. Bius epidural juga boleh digunakan jika kelahiran itu rumit seperti memerlukan alat forsep atau vakum, ataupun pembedahan sesarean. Bius epidural ini mencukupi dan berkesan sekali tanpa memerlukan bius jenis lain.
Terdapat segolongan wanita yang mengecam amalan bius atau penawaran sakit ketika labour atau kelahiran. Mereka menganggap perbuatan ini tidak natural dan menghapuskan satu pengalaman unik yang patut ditempuhi oleh semua bakal ibu. Di sebalik kesakitan bersalin ini kata mereka, terdapat hakikat yang bermakna. Kesakitan itu sentiasa memperingati ibu-ibu betapa pahit maungnya melahirkan seorang anak ke dunia. Dengan kesederan ini serta kesusahan ibu membesar dan mengasuh anak-anak sejak dari kecil, terjalinlah kasih sayang yang berterusan.
hi zura!!!thanks! hehehehe....syukur dah selamat bersalin untuk 2 orang, heh...mujur semuanya dipermudahkan....
ReplyDeletewelcome Yan! :)
ReplyDelete