Cara hidup Rasulullah s.a.w yang perlu umat Islam contohi. Memandangkan hari ni adalah hari Jumaat yang mulia, saje nak kongsi dengan korang cara hidup Nabi Muhammad amalkan. Bukan maknanya nabi tidak sakit tetapi Baginda hanya pernah sakit beberapa kali saje. Badan kita sihat, tapi hati kita berpenyakit.
Antara cara hidup yang diamalkan Baginda ialah:
Selalu bangun sebelum subuh
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh utk buat Solat Sunat, Solat Fardhu dan Solat Subuh secara berjamaah. Akan mendapat limpahan pahala, kesegaran udara Subuh yang baik terutama utk rawat penyakit Tibi serta kuatkan akal fikiran.
Aktif Menjaga Kebersihan
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)
Tidak pernah makan berlebihan
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang utk udara, air & makanan. Salah satu cara untuk mengimbangi kesihatan ialah berpuasa bagi merehatkan perut. Ialah kan… 24 jam non-stop operated.
Gemar berjalan kaki
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, liang roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Kalau kita sekarang semua nak naik kereta. Walhal, kedai kat depan rumah yang jarak sampai 200meter pun mesti nak naik kereta. Kalau boleh nak cari parking yang betul-betul depan pintu kedai/shopping mall. Betul tak? Tapi sekarang ni nak parking jauh-jauh pun bahaya gak. Banyak acid splasher psycho.
Tidak pemarah
Nasihat Rasulullah s.a.w supaya ‘Jangan Marah! Jangan Marah! Jangan Marah!’ diulang sampai 3kali. Ini membuktikan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad fizikal tapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Tau tak ada terapi yang tepat untuk manahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah. Bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Pastu baca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan. Segera ambil wuduk dan solat sunat 2 rakaat untuk dapatkan ketenangan serta menghilangkan gundah dihati.
Optimis dan tidak putus asa
Sikap optimis memberikan kesan emosi yg mendalam utk jiwa selain melapangkan jiwa, perlu banyakkan sabar dan istiqamah, bekerja keras serta tawakal kpd Allah s.w.t.
Tidak pernah iri hati
Pernah ke korang tak rasa iri hati? Tak penah? Bior betul babe…. Agak2 kalau nak tipu… wahahaha… mesti ada punya kan. Tapi eloklah dikurang2kan ek. Kenapa? Itu untuk menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa. So berdoalah kerana doa itu adalah senjata utama umat Islam.
“Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
Pemaaf
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan. Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat. Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.
ha ni cupcakes nak tanya ni.
ReplyDeleteta'awudz tu macam mane kakyong?
@Fatin Najwa
ReplyDeleteTa’awudz atau isti’adzah menurut bahasa adalah melindungkan sesuatu kepada sesuatu yang lain. Maka kata-kata naudzubillah artinya kami berlindung kepada. Allah Untuk membaca kita diperintah Allah swt untuk membaca ta’awudz terlebih dahulu. Pada Q.S An Nahl : 98 Allah berfirman :
Apabila kamu membaca Al Quran hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk.
Perintah membaca ta’awudz bukan hanya ketika akan membaca Al-quran. Melainkan pada kesempatan atau keadaan lainnya, seperti ketika di dalam kehidupan sehari-hari dituntut menjadi orang yang pemaaf, melakukan amar makruf nahi munkar serta bersikap tegas dan lugas ketika harus berpaling dari orang-orang yang bodoh. Maka apabila setan menghalangi untuk yang demikian, berlindunglah kepada Allah SWT
Jadilah Engkau Pema’af dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari pada orang-orang yang bodoh. (Q.S Al-A’raf : 199)
Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan Maka berlindunglah kepada Allah[1]. Sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui. (Q.S Al-A’raf : 200)
[1] Maksudnya: membaca A’udzubillahi minasy-syaithaanir-rajiim.