Haaaa… tu la dia yang nak citer ari ni… Hari Jumaat waktu amik Aqil kat playschool dia aktif jer. Elok jer melompat sana-sini. Siap cubit2 pipi adik dia Amir tu sampai merah2 pipi kawan tu. Tapi cikgu dia memang ada cakap yang badan dia dah suam2 kuku skit petang tu. So aku memang monitor suhu dia. Patutnya petang tu aku gie dinner dgn budak2 ofis sempena birthday April babies dengan farewell kak ayu. Tapi agaknya ada sebab aku berat hati jer nak gie. Tapi aku bagi dia makan syrup paracetamol tu setiap 6 jam sebab tak berapa nak panas. Aqil ni bila time dia tido jer suhu naik mendadak. Dulu penah naik sampai 40’c. So harusla perkara tu tak berulang kan? Encik hubby tido dengan Aqil mlm tu sebab aku masih melipat baju yang berlambak banyak kat depan tv. Amir dah tido gak. Ade jugak dia kejap2 bangun nak susu. So dengan aku skali gone la kan bila dah start menyusu dia. Wakakakakakak….
Pastu dah terjaga pukul 2 pagi tu tgk anak-beranak tido lena jer. Suhu Aqil pun ok lagi. Aku sambung lipat baju balik. Pastu aku tido. Dah pukul 4 pagi tu si kecik tu nak susu lagi. Dah aku terjaga tu terus la bangun basuh baju lak. (Bukan aku yang basuh pun.. mesin yang basuh.. aku masukkan sabun basuh dgn baju jer.. hehehe) tunggu mesin tu siap. Aku dah siap sidai baju tu harus la tido balik. Pastu pukul 6 bangun semula sebab nak pack2 baju. Encik hubby kata nak balik BP pagi. Tapi baju pun tak siap pack. Pukul 6 tu encik hubby bangun tolong sidai baju gak ada lagi 2 trip (umah aku dah macam kedai dobi bila basuh baju uols). Eh lupa nak bagi tau yang bonda saya memang ada kedai dobi… jadi sesape yang nak beli sabun dobi yang wangi tue.. sila bagi tau yer.. Pelembut kain dia harus la wangi uols.. wakakakaka.. kalau baju kena darah ker.. atau stain yang susah nak remove… haa ada gak.. keh keh keh… tapi tak jual pack kecik ye uols. Saya punya sabun basuh 1pack besar.. boleh pakai dalam 3-4 bulan. Hehehehe
OK pastu dah siap kemas2 baju. Kejut hero2 kecik tu untuk mandikan dorang. Agaknya dorang tau nak jalan. Senang jer bangun. Aqil yang siap dulu… harusla dia tunggu kat depan pintu tu suruh aku bukak grill. Dia nak pakai kasut dulu… wakakaka berdekah. Ok gerak dalam pukul 8.30pagi dan 2 jam kemudian kami sampai ke BP. Ops.. BP stand for Batu Pahat yer uols.. Ni kampung encik hubby. Sabtu tu tak panas pun badan aqil. So aku stop bagi PCM (paracetamol). Dia kalau jumpa kazen2 dia tak ingat nak minum susu, nak makan, minum air lagi laa kan…
Petang Sabtu tu bawak semua kazen2 kecik Aqil dan Aqil sekali gi beriadah kat Tasik Y. Pergh…. Giler ramai kot. Siap ada poco-poco sey kat situ. Aku pun ikut skit2 jer. Akak yg pakai baju serba hitam tu badan dia berisi2 gempal sikit tapi dia menari poco-poco tu siap tangkap leleh beb… mesti tiap2 hari dia exercise sampai nampak smooth jer. Comel jer akak tu. Harus ok uols ramai gile orang kat Tasik Y tu. Besar kawasan tu. Ada area untuk berbasikal, nak guna alat2 kempis perut kat situ pun ada okey… tak payah nak tekan tubi bagai.. complete set kat situ. Dengan playground budak2 yang besar gak. Sesekali terhilang jugak pandanagan aku nak kejar mana Aqil dengan kazen2 dia an. Walaupun jarak aku 50 meter jer dari dorang tapi sebab banyak sangat budak2 berlari sana-sini, mata aku pun tak sempat tengok kelibat dorang yang berlari naik turun gelongsor tu. Lepas tu ajak dorang makan ais krim. Memang layan la petang2 mkn ais krim kat situ.
Balik jer hampir maghrib. Aku kerah budak2 tu mandi. Dah siap2 kan dorang baru org tua boleh mandi. Wakakakaka… eh mlm tu pun aqil dedar skit2.. dah hampir pukul 12 mlm tu dia tgh main puzzle lego kat ruang tamu depan dgn kazen2 dia. Aku pun ada jer baring kat sofa depan tu. Waktu ni la tertiba Aqil berhingus.. dia kesat jer hidung dia.. Ingatkan hingus tapi darah… dia terus tunjuk kat aku. Ada la dalam 3 titik kat tangan dia. Aku terus pimpin dia kat ruang tamu belakang sebab encik hubby dgn mak tengah lepak kat belakang. Aku cakap hidung Aqil berdarah. Aku ingat sebab dia terjatuh ker ape.. So just amik tisu untuk lap dia.. selang 1 minit tu darah kuar lagi… kali ni banyak.. lepas tu aqil mengelabah darah keluar banyak kat hidung dia.. menitik-nitik kat baju.. dia dah takut. Aku lagi la takut. Encik hubby, mak dengan ayah pun jadi kalut.
Aku terus pimpin aqil nak cuci hidung dia dalam bilik air tapi dia dah start takut sampai mengigil sebab darah banyak keluar. So aku buka baju dia. Bawak dia masuk bilik. Semua orang dah kalut sampai tak buat ape2. First time kena macam ni harusla kami kalut. Aku pimpin aqil bawak masuk bilik. Amir pulak terjaga dengar riuh2. So dia pulak dah start melalak. Aku angkat Amir bagi kat mak. Memang la dia lagi nangis kan. Tapi aku biarkan jer. Aku pangku Aqil duduk kat tepi katil. Ada tuala encik hubby kat sini, terus jer aku capai sebab darah keluar makin banyak kat hidung. Lepas tu dia berludah ke tuala biru tu penuh darah. So kami semua dah bersiap nak gie hospital, tapi darah masih keluar. Ayah kata baring kan Aqil untuk dia relak dulu. Darah akan berhenti kalau dia tak panic dan baring. Ayah cakap mungkin sebab panas dalam. Waktu tu aku terpikir…”ye Aqil tak minum susu sangat, makan pun dia tak heran, air pun tak minum langsung sebab dia sibuk main jer”
Lepas baringkan Aqil, darah dah tak keluar lagi. Letak kain sejuk kat kepala dia. Dia tanak minum atau makan. Dia penat agaknya. Terus terlelap sampai pagi.
Hish anak mummy ni risaukan orang jer. Sebab selalu kalau aku letak akir kosong dalam botol 8 aunce tu memang habis dia sekali minum. Kalut satu rumah.
Lesson to be learn: make sure he drink plenty of plain water even he is busy playing!
alah siannya.. panassangat badan 2 kak... panas dalam org kata... banyakkn minumair masak.. x per baunt doa aqil cepatsembuh n datang umah anut main ngan naimi...
ReplyDelete