Sepatutnya kita kena memulakan hari dengan perkara positif. Contohnya, bangun pagi jer minum air masak dulu, amik wudu’ dan solat. So setiap flow kita pada hari itu akan berada dalam keadaan positif.. kalau ada yang negatif pun tak berapa nak efek sangat kat mood kita ari itu.
Tetapi….
Ari ni aku start dengan rutin yang kelam-kabut.. adeh~ memula jam dah bunyi pukul 5.50pagi tadi tapi aku gie snooze pastu konon2 nak nap kejap jer tapi terbabas sampai kul 6.50pagi. Pastu tak gie minum air dulu… terus jer masuk bilik air mandi. Tak sempat solat subuh plak tuh. Anta budak2 gie nursery lambat kul 7.25pagi. Aku gerak dari umah ke ofis kul 7.35pagi. Tengah jam tue ade plak kete2 yang tak makan saman… buat aku menyirap jer (siap menyumpah lagi). Lepas LDP tol tu ada plak lori bawak batu2 yang tak tutup muatan dia… dah la tu siap bawak sesuka hati sampai batu sebesar side-mirror jatuh betul2 depan kete aku siap tercampak2 lagi. Memang tak sempat aku nak brek sebab kete bertindan2 kat belakang aku. Kang aku brek emergency kompem diorang langgar kete aku. Baik aku redho je batu2 beso tu tercampak2 kat kete aku. Hish.. nasib baik tak kena kat encik moto depan kete aku tue. Sian aku tengok dia nak mengelak2 kiri kanan tak nak kena batu beso tue. Hampeh betul la masyarakat sekarang ni. Tak prihatin langsung dengan keadaan sekitar. Pikir nak senang dia jer.
Macam semalam semua flow positif hingga malam. Sebab aku start hari dengan perkara positif. Contoh semalam, bangun tido senyum2 skit, gie dapur minum air segelas, mandi, solat, siap make-up, sebelum pukul 7 dah siap anta budak2 gie nursery. Sampai ofis kul 8.10pagi. Breakfast. Dan sepanjang hari tue adalah hari yang positif.
Moral of the story:
1. Aku kena start setiap pagi dengan rutin yang positif
2. Merungut boleh mendatangkan banyak perkara negative
3. Amalkan 7x Surah At-Taubah (2 ayat terakhir) setiap kali lepas solat – aku dah try amalkan sebulan… Alhamdulillah!
· [128] Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.
· [129] Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar."
baguih petua2 nie
ReplyDeletebetul Ti, boleh cuba amalkan. Lagipun yang ni akak baca buku pasal mcm mana nak berjaya, so dia ajar kena sentiasa berfikiran positif. So nanti org2 yg positif akan dtg kat Yaati.
ReplyDelete