Teringat tahun lepas sewaktu makan tengahari di restoran chinese muslim di Bdr Sri Damansara.
Kami Berempat. 3 wanita dan 1 lelaki. Yang lelaki itu bukan Islam dan kami semua rakan sekerja
yang baru balik dari kursus di Genting Higland selama 5hari. Si lelaki (H) memulakan perbualan.
Dia menyatakan bahawa sedang belajar tentang Islam. Lalu aku bertanya...
Aku: Why you learn about Islam? (tanya aku dalam nada yang ingin tahu)
H: I want to learn about Islam..
Aku: Belajar kat mane?
H: Perkim.
Aku: So how is the progress with learning now?
H: seems ok. all theory and how to ambil air sembahyang and prayers. But I know someone there, if I want to just convert also can.
Aku: (sigh~) Kenapa u study about Islam?
H: I want to married malay muslim lady.
Aku: U want to convert Islam because u want to get married with Malay muslim lady or because u really want to learn about Islam?
H: (in silent for few minutes)
Aku: if because of marriage u convert, pls think is twice. Bacause marriage is a good thing & religion is a serious thing. If because of marriage u want to convert, u better don't. In life of men and women, as a husband, you will lead your wife and ur future kids towards Islam & how to be a good muslim.
H: I already think throughly on this and I'm ready.
Aku: How about her? and her family?
H: She has been trying to convince her family for about 2 years. Furthermore, family dia alim sikit so both parents not agree with our relationship.
(alamak... dia dah buat muka sedih.. kesian pulak)
H: she's sacrifice so much for me in-term of her family and how she's tried to convince them. Dia anak tunggal. So parents dia sangat concern.
Aku: of course!
H: and its time for me to convince my parents. Its very hard you know cos my parent sangat alim dlm agama Buddha. Same like her parents.
(silent again)
H: I bg tahu my mom that Islam teach all good things as well. And even I converted, Islam teach me not to abandoned my parents & relatives.
Aku: You are right.
H: I agree most of the things but there is 1 thing that Islam said which I'm not really agree.
Aku: which is? (dengan tak sabar2 aku tanya...)
H: They said Buddha sembah berhala. Islam too..
Aku: (in shocked, I replied) mane ada? Buktikan!
H: Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?
Aku: Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah
H: yes I know. Yang selalu mereka pergi Haji tu.
Aku: Correct! Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah
H: Sama mcm Buddha juga, kamu sembah berhala.
Aku: (ish mamat ni nak provoke aku pulak..) its not the same. Do no think that way. Its wrong!
H: Allah ada dalam tu?
Aku: tak
H: Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?
Aku: Yang saya sembah bukannya bangunan tu..
H: Kamu sembah apa?
Aku: Saya sembah Allah SWT
H: Jadi, kenapa sembah bangunan tu?
Aku: Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah..
H: Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.. sama mcm Buddha, ada juga Tuhan tapi itu juga simbol utk kami sembah.
Aku: Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?
H:Pernah.. selalu..
Aku: Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?
H: Tengok perlawanan bola la..
Aku: Di mana?
H: Dalam tv la
Aku: Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak..?
H: Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada..
Aku: Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu..
H: So..?
Aku: Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?
H: Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu..
Aku: Peliknya..
H: Sebab apa pulak pelik?
Aku: Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat..
H: Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya..
Aku: Hurm.. jadi tak peliklah ni..?
H: Ya.. tak pelik..
Aku: Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah..
Dia diam. Bungkam.
Segala yang baik itu datang daripada Allah SWT.. segala kekurangan itu datang daripada diri kecilku ini. Semoga Allah mempermudahkan urusan saudara baru itu. Allahuakhbar!
No comments:
Post a Comment