Monday, April 4, 2011

myMetro | ‘Kanser ubah gaya hidup saya’

myMetro ‘Kanser ubah gaya hidup saya’ Kanser Ubah Gaya Hidup Saya - inilah petikan dari Harian Metro yang aku baca tadi.

“Saya mahu membantu dengan berkongsi pengalaman saya dengan yang lain mengenai kanser payudara. Saya menyedari ada ketumbuhan kecil pada payudara kiri ketika membuat pemeriksaan sendiri. Saya mengesyaki itu adalah kanser payudara selepas menyertai beberapa siri ceramah kesihatan mengenainya. Selepas membuat diagnosis pertama, benarlah saya menghidap kanser payudara dan perlu menjalani 15 kali rawatan radioterapi,” kata Irene Yap yang juga Ketua Sukarelawan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM).
Menurut Irene, ketika tenang menerima berita itu dia menyediakan dirinya untuk menjalani beberapa siri rawatan dan pembedahan. Dia juga menukar gaya hidup terutama dalam diet harian serta melakukan senaman.
“Penyakit yang saya alami ini menukar keseluruhan hidup saya. Saya lebih mengutamakan kesihatan dengan banyak makan buah-buahan, bijirin serta melakukan senaman,” katanya ketika berkongsi pengalaman sebagai pesakit kanser pada majlis penyerahan cek Kempen Amal Kanser Payudara Softlan 2010 di Giant Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Irene yang menjadi sukarelawan sejak 1996 memberitahu, orang ramai terutama wanita harus didedahkan mengenai kanser payudara dan bagaimana menghadapinya. Bagi penghidap kanser, ini bukan bermakna pengakhiran hidup mereka.
“Mereka masih boleh meneruskan kehidupan dengan gembira. Sebagai sukarelawan, inilah yang saya ingin kongsi dengan semua penghidap kanser payudara,” jelasnya.
Sepanjang empat tahun berjuang melawan kanser, Irene mengakui sokongan daripada keluarga dan masyarakat sangat penting bagi membantu melawan kanser. Pendapat ini turut disokong Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Kebajikan Kanser Payudara (BCWA), Ranjit Kaur yang juga bekas penghidap kanser payudara. Walaupun penyakit ini merebak dalam diam dan tanpa kesakitan, setiap wanita harus menyedari perubahan yang berlaku pada diri mereka.
“Inilah yang ingin saya sampaikan kepada masyarakat bagaimana memberi pengetahuan kepada wanita mengenai bahaya penyakit ini. Mereka harus menjalani rawatan awal bagi mengelak kanser merebak,” katanya.
Menurut Ranjit, NCSM dan BCWA menyediakan sokongan dari segi pendidikan seperti bengkel, ceramah dan pakar runding terlatih yang menerangkan persediaan untuk menghadapi penyakit ini.
Bagi memudahkan orang ramai, klinik pengesanan awal kanser turut disediakan termasuk rawatan mamogram secara percuma bagi ibu tunggal dan kurang berkemampuan.
“Kami ingin mengubah stigma masyarakat supaya lebih bersedia menjalani rawatan awal pengesanan kanser payudara bagi membolehkan penghidap kanser menjalani kehidupan lebih sihat pada masa akan datang. Paling penting adalah sokongan keluarga dan masyarakat serta yakin pada diri sendiri,” ujarnya.
Kini, seorang daripada 20 wanita Malaysia menghadapi kebarangkalian tinggi menghidap kanser payudara dan risiko ini adalah tinggi.
Menurut Ranjit, statistik ini boleh dikurangkan melalui pengesanan awal, kesedaran mengenainya dan amalan pemeriksaan sendiri payudara yang dapat membantu mencegah kanser payudara ke peringkat seterusnya.
Pada majlis itu, turut diadakan penyerahan cek bernilai RM78,000 hasil daripada Kempen Kesedaran Kanser Payudara Softlan yang dilancarkan pada Oktober tahun lalu. Menurut Pengarah Pemasaran Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd, Chris Pikounis, sempena bulan kesedaran kanser payudara sedunia Oktober tahun lalu, Softlan perapi fabrik pertama jualan di Malaysia menyokong Majlis Kanser Nasional (Makna), NCSM dan BCWA dalam usaha meningkatkan kesedaran terhadap ancaman serius wanita ini.
Sepanjang tahun lalu, Softlan memperuntukkan 10 sen daripada jualan setiap botol Softlan dengan tag reben merah jambu untuk tujuan itu. Hasil kutipan diserahkan kepada Makna, NCSM dan BCWA sebagai dana untuk projek yang akan dijalankan pada masa akan datang.
“Colgate-Palmolive sedar kanser payudara adalah ancaman utama kepada wanita di Malaysia. Justeru, pengesanan awal penting untuk mengurangkan kematian akibat kanser payudara. Kami bersyukur kerana dapat menyokong Makna, NCSM dan BCWA dalam usaha menggalakkan pengesanan awal kanser. Kami berharap menerusi inisiatif ini orang ramai akan lebih menyedari mengenai bahaya kanser payudara dan melakukan pengesanan awal,” kata Pikounis.
Tahun lalu, kempen ini berjaya mengumpul RM75,366 dan turut diserahkan kepada tiga badan amal ini. Kempen yang bermula di pasar raya besar Giant Kota Damansara mengadakan pelbagai aktiviti seperti pameran pendidikan dan pemeriksaan payudara. Selain itu, tayangan video dan aktiviti interaktif membolehkan pengunjung menambah pengetahuan mengenainya.
Hadir sama pada majlis berkenaan, Pengurus Pemasaran GCH Retail Malaysia Sdn Bhd Norine Majaman; Pengurus Bahagian Antarabangsa Makna, Mattheus Trevizoli Barrachi dan Pengarah Pembangunan Pelanggan Colgate, Paul Norton.



So apa langkah-langkah pendekatan yang patut seorang wanita ambil untuk protect diri sendiri: 1) Amalkan diet yang sihat (buah2an, bijirin dan senaman) 2) Sentiasa positif & murah dengan senyuman 3) Ambil protection plan.. kang kalau jadi pape senang hidup.. jgn sampai bergadai utk tampung kos rawatan.. click kat sini

No comments:

Post a Comment