Hari Jumaat lepas, aku sekeluarga balik kampong hubby di Batu Pahat. Selalunya bila balik kampong jarang skit jalan-jalan ke bandar sebab selalu ke rumah kampong yang parents hubby make-over. Memang aku suka lepak kat kawasan kampong sebab nyaman jek. Tapi Sabtu malam tu hubby ajak semua makan luar. Kitorang makan kat kedai Bubur Ayam kat Jalan Penggaram. Kedai ni speciality nya bubur ayam yang di hiding skali dengan telur masin, ikan bilis goreng, bawang goreng, cili padi dan daun sadri. Layan jugak bubur tu.. tapi aku tak makan bubur. Aku rasa jer hubby nye bubur. Aku makan cheese nan yang di hiding dgn kari kambing atau kari ayam dan dhal. Ikut la mane korang nak sental. Makan kat sini tak mahal sangat. Harga yang berpatutan.
hazim dan ayahtok
aqil
amir
iqa dan mak tok
Lepas tu kitorang terus gerak gie Dataran Penggaram Batu Pahat nak tukar suasana pulak. Saje je jenjalan kat situ. Aku belikan Aqil & Hazim helicopter yang pakai straw tu. Meriah jugak dataran malam tue sebab banyak gerai-gerai jualan and aktiviti kat pentas utama. Siap ada mini paintball and big screen tu di pasang citer zaman dulu-dulu yang aku pun tak pasti tajuk citernya. Ada la melepak dalam 30-45 minit, then terus menghala balik. Nanti berembun sangat pun tak elok. Waktu tu dalam pukul 10.30mlm. Aku dukung Amir. Hubby pimpin Aqil. Dia ajak ke gerai-gerai (booth) kat tepi jalan tu nak tengok baju budak-budak ni. Aku follow dekat kat belakang Aqil. Hubby turun dari sisi jalan. Aqil di pimpin rapat. Waktu ini Aqil terpijak sesuatu kat devider tepi jalan tue sampai dia terkena genjatan elektrik. Bunyi letupan kecil di susuli dengan percikan api elektrik dari bawah kaki kanan Aqil. Semua mata tertumpu kat Aqil sebab bunyi yang sangat kuat. Riuh sekejap kawasan tu. Aku yang dukung Amir follow rapat belakang Aqil dan hubby, terkejut sebab aku boleh nampak jelas aliran letrik tu naik keluar.
Hubby memang tak perasan sebab dia pimpin Aqil sambil jalan ke depan. Aku tengok Aqil selamba jer. Aku dah berderau. Semua orang yang ada dekat situ hampir dengan kami. Aku panggil hubby untuk berhenti jalan. Aku periksa Aqil. Tanya dia sama ada rasa sakit ke tidak. Dia diam. Salah seorang penjual di gerai-gerai tu mengawasi kawasan yang Aqil kena shoot. Aku bagi tau orang kat situ kenapa tak di tutup wayar ground, yang sepatutnya ada tiang lampu. Tetapi bila tak pasang tiang lampu, wayar itu di biar tanpa tutup keselamatan.
Aku periksa kaki Aqil lagi. Baru dia cakap kaki dia sakit. Tapi tak ada apa kesan di kaki Aqil. Kawasan dataran sangat ramai manusia terutama kanak-kanak bermain.
Bila sampai rumah Aqil main macam biasa. Lepas beberapa minit aku datang periksa kaki kanan Aqil. Sudah ada kesan melecur di tapak kaki. Aku pergi periksa kesan tapak selipar yang Aqil pakai. Ada kesan terbakar dan melecur di selipar getah Aqil. Waktu tu aku teringat getah adalah penebat lektrik yang sangat baik.
beza selipar Aqil lepas kena genjatan elektrik
dari jarak dekat - nampak tak kesan hangus tu?
dari angle lain... selipar Aqil yg hangus... kalau korang perasan, kaki kanan Aqil yang kena tapi selipar kiri yang hangus... puncanya.. Aqil selipar terbalik.. haiz~
kaki kanan Aqil ada kesan melecur, dah kesan lecur tu panas weiiii... sorry guna hp camera so flash dia lebih skit...
shot dari angle lain..... pun tak clear sgt..byk flashed
the next day.. aku dtg balik..
..dan hanya ditutup dengan kon dan batu bata yang mana sebelum itu tidak di tutup langsung
ni pejalan kaki tu.. nampak tak tiang lampu kat hujung tue.. sepatutnya ada tiang lampu kat tempat Aqil kena tu jugak tetapi tidak di pasang, dan TIDAK ditutup langsung dan mungkin sudah ramai orang terkena tetapi tidak di laporkan...
pandangan dari jalan raya menghadap ke Dataran Penggaram Batu Pahat
Aku kesal dan kecewa dengan Majlis Perbandaran Batu Pahat dan TNB yang gagal memantau keselamatan wayar lampu yang tidak dipasang dan hanya dibiarkan terbuka begitu sahaja. Nasib baik Aqil pakai selipar getah yang dapat menebat letrik dengan baik. Kalau tidak, NAUZUBILLAH! Pulak tu Aqil di pimpin oleh hubby. Lektrik boleh terkena mereka berdua. Aku nak buat aduan tentang ini supaya perkara lebih buruk tidak berlaku kepada orang lain. Anak orang lain. Aku sungguh kecewa dengan pihak-pihak yang gagal memantau kawasan terbuka seperti padang, dataran dan sebagainya yang biasanya di kunjungi oleh orang ramai. Tambahan pula malam tersebut ada event berlangsung.
-Mummy yang kecewa-
harus la amik tindakan.tu bukan salah tnb la salah MPBP..saman 1 juta kak..heheheh
ReplyDeleteShian aqil.doakn cpt smbuh ea.
ReplyDeleteCayala kak yong.
Kasi ajr sket bg pihak yg x bertnggungjwb.