Monday, February 28, 2011
Imunisasi N Perkembangan AR2 bila 8 bulan
LOVE BITE - GIGITAN ASMARA
Friday, February 25, 2011
Cepat Sihat Taw Atok!
Wednesday, February 23, 2011
K.I.L.L. OR C.A.L.L.
Solat Sambil Dukung Anak
Tuesday, February 22, 2011
Nursing Bra dan Pad
- Di buat daripada kain cotton, so so tak de la berpeluh2 kat area tu mcm kalau korang pakai fabrik sintetik kan?
- tak pakai any underwire untuk support sebab memang dah melekap baik pada kulit
- straps yang sangat lembut
- Potongan kemas kat bawah ketiak so tak de la terseksa atau rasa sakit terutama waktu korang menyusukan anak
- Selesa weiii.. terbaik dari ladang
- kalau korang pakai ni tak nampak mcm korang pakai nursing bra yang tak de potongan.. kadang2 nampak mcm labuh jer kan boobs tu... tak sesuai uols...
- ada banyak jual kat mane2 kedai bayi.. banyak saiz dan kaler
BEST NIGHTTIME NURSING SLEEP BRA
Kenapa bra ni best???:lembut ok uols.. boleh pakai seharian sebab tak panas
dia tak de besi atau wayar2... straps dia lembut jer kat kulit
korang mesti tak rasa yang korang pakai nursing bra... wakakaka
tak per.. satu hari nanti boleh pakai bra yang cantek2 dan sexy2 balik....dan yang penting korang akan dapat berat badan yang ideal kalau korang breastfeeding! ha ha ha
WOW BREASTFEEDING FACT:
the average breastfeeding mama, burns 500 calories a day breastfeeding! Awesome...to put that in perspective...the AVERAGE PERSON BURNS ONLY 200 calories running for 30 minutes! Yeah Breastfeeding Work Out! ha ha ha
off to go "workout" ha ha ha....and by that I mean go nurse my little one a.k.a Goten...
MAJAMAS ORGANIC The Easy Bra
(korang boleh beli yang tak organik jugak, lebih murah)
kalau korang nak boleh order kat sini http://www.diapers.com/ biasanya dalam 7 hari bekerja boleh sampai!
Lif sangkut + tahan kencing = cuak
Monday, February 21, 2011
Weekend oh! Weekend
Sabtu – 19 Feb 2011
Biasanya hari ni ialah hari mengemas rumah (Spring Cleaning). Waktu ni la nak basuh baju, sidai baju, lipas baju, kemas dapur, vacuum sana-sini, mop lantai, cuci toilet, dan lagi…dan lagi… dan lagi… Bila bangun pagi jer mesti siapkan Gohan & Goten, bagi diorang mandi dan minum susu pastu start ler mengemas umah. Encik asben la yang rajin suh aku tukar langsir.. lap2 sana-sini.. dan yang penting Gohan & Goten memanglah sibuk jer kan.. aku ke depan pun diorang ikut.. ke belakang pun nak follow gak.. Goten ni semenjak dah pakai walker makin laju dia kejar aku.. wah wah wah tunggu sikit ari lagi bila dah dapat kaki.. Si Gohan dgn Goten yang tolong punggah barang2 umah ni.. adeh! Pening..
Ahad – 20 Feb 2011
Harusla aku rajin memasak kan untuk tengahari tue.. hahahah so menu nya ialah:
1. Sambal Ikan Makarel
2. Masak Lemak Daging Salai
3. Telur Mata Masak Kicap
Simple jer dowh… tapi mak dah baca2 dan hembus2 kan waktu masak tu… harusla sedap kan? Hehehe.. setiap kali masak baca jer doa untuk masak tu kan.. hehehe.. ni petua nenda yang bagi waktu aku duk kampong masa cuti sekolah kecik2 dulu. Puncanya, setiap kali dia masak, mesti aku tambah 2-3 kali. Heran jugak nape boleh jadi cam tu.. ringan jer mulut ni bertanya kat nenda (lain kali aku posting pasal nenda plak eh) so nenda yang comel pun bagi tau doa yang perlu di amalkan kalau memasak. Nanti kalau aku jumpa dalam google aku add-in kat sini ok uols…
Lepas tu encik Goku ajak gie karok.. harusla aku setuju kan? Cepat2 siap kan Goten & Gohan. Aku laju jer an nak melalak ni.. dah lama kot tak melepak. So dengan riang ria nya kitorang menghala ke Kota Damansara. Skali dengan Goku drain members encik Amir & encik Khair (lain kali jugak aku posting pasal the drain members ni a.k.a mulut longkang)
Selepas beria-ia sampai kat sana dan register bagai.. dah siap tunggu pastu siap borak2 dengan 3 pompuan cun yang duk kat sebelah aku (yang tetiba aku baru perasan salah sorang dari pompuan tue ada halkum (mak aiii….layan je laaa) pastu dah melepak kat sofa menunggu tu dalam setengah jam baru si amoi tu bagi taw yang tempat penuh.. dalam kul 5 baru ada kosong.. aku tengok jam (bukan jam aku pun sebab aku malas pakai jam) aku tengok jam Goku lerr.. baru pukul 3 so tak kan nak berkampung lak kat situ an? an? so kitorang tukar plan dari melalak ke mengisi perut kat Kayu Nasi Kandar.. adeh! Boleh laaa… pas makan terus balik…
Sunday, February 20, 2011
Patutla...
Friday, February 18, 2011
Tragedi February 18
Thursday, February 17, 2011
MAULIDUR RASUL
Monday, February 14, 2011
Aqil with new sweater coat
sila alert...tv tu sentiasa Disney channel okey uols....
adeh... tak larat nak layan berdekah.. ade jer keje dia...
tengok la ni... hehehehe...
yang ni dia tiru action Goku okey...
ni pun....
super saiya nak kuarkan power......
yang ni mak tak tau ape kojenye.... snapping picture la kot... hehe
haiz.... ado yo kojo ko jang..
tada....
and of course the tambam in action!
with his sliver all over the place...
Note: tenkiu mamatok for the sweater coat
Friday, February 11, 2011
Peristiwa Misi Menyelamat
Apabila dia menolak, kawan wanita ini (of course la askar juga) tetapi lelaki yang diarahkan utk pergi misi menyelamat. So selepas dia bertolak ke Mesir, isteri dan anak dia terlibat dalam kemalangan dan yang paling menyedihkan.. isteri dia meninggal dunia dan anaknya masih di ICU.
Sehingga semalam, beliau masih tidak tahu yang keluarga dia terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan kehilangan nyawa... Innalillahwainnahirroojiun..
Takziah untuk keluarga mereka & Al-Fatihah untuk isteri beliau.
MasyaAllah, sekelip mata sahaja Allah meminjamkan orang yang kita sayang dan sekelip mata juga semua itu ditarik balik. Ya Allah! aku bersyukur dgn setiap rahmatMu, kesakitan yang Engkau beri, kegembiraan yang Engkau pinjamkan, kasih sayang dilimpahi kepada Aku serta seluruh keluargaku..
Di Telan Mati Emak, Di Luar Mati Bapak
'Ya Allah! Berikanlah aku petunjuk...'
Thursday, February 10, 2011
Spread The Love!!!
5 tahun lagi. So akan ada RM30K 5 tahun kemudian.
Cukup 5 tahun, Ahmad sudah ada RM30K. Tetiba hidup tidak seindah diduga. Ahmad mengalami tekanan darah tinggi. Berjumpa dengan doktor pakar, Ahmad memerlukan
pembedahan untuk arteri. Arteri Ahmad tersumbat kerana kolestorol.
Biasala orang bujang, asyik makan di mamak sahaja dan sibuk berkerja exercise pun kurang.
Pembedahan memerlukan RM50K. Mana nak cari ya? Ahmad pun terpaksa keluarkan savings perkahwinannya RM30K. Dan berhutang dengan kawan kawan dan saudara mara RM20K.
Alhamdullilah, semuanya ok. Tetapi kahwin tak dapat. Hidup sekarang berhutang. Ini yang anda mahu?
Bagaimana jika ada medical card?
Ahmad menyimpan RM300 untuk perkahwinan dan RM200 untuk insurance medical card. Cukup 5 tahun Ahmad ada RM18,000. Masalah pembedahan RM50K selesai dengan medical
card. Medical card Ahmad mempunyai limit sebanyak RM750,000. Ahmad mendapat perubatan terbaik tanpa perlu risau berapa kos nya.
Selesai pembedahan, Ahmad mampu melangsungkan perkahwinannya dengan RM18K. Cukup ke RM18K.
RM200 sebulan yang Ahmad gunakan untuk medical card bukan sekadar bayaran. RM200 sebulan adalah sekali bersama simpanan dan pelaburan. 5 tahun bersama Prudential
Ahmad mempunyai RM10K savings di dalam plan medical cardnya. Ahmad boleh mengeluarkan wang ini. RM18K + RM10K = RM28K
Kahwin dapat. Sekarang dah sihat. Hutang pun takde
Apa yang Ahmad dapat dengan RM200 sebulan bersama Prudential Medical Card plan?
Pampasan RM100K jika berlaku kematian
Pampasan RM100K jika mendapat salah satu daripada 36 penyakit kritikal
* sila msg saya jika ingin tahu apa 36 penyakit kritikal
Pampasan RM100K jika kematian disebabkan kemalangan atau cacat.
Medical Card.
Perlindungan sebanyak RM750,000 untuk bayaran perubatan.
penyakit biasa seperti demam panas, h1n1, dengue, sakit mata, jatuh tangga, yang menyebabkan di hospitalkan. semua akan dicover bukan sekadar penyakit kronik.
Ahmad juga akan mendapat RM300 sehari jika diwadkan kedalam hospital sebagai allowance. Contoh 7 hari = 7 x 300 = RM2100
Allowance bukan untuk membayar bil. Ini adalah wang anda. Gunakan untuk doa selamat atau sebagainya.
Jika mendapat Ahmad mendapat salah satu daripada 36 penyakit kritikal, Ahmad tidak perlu lagi membayar RM200 sebulan.
Prudential akan bayarkan dan perlindungan Ahmad akan masih berterusan sehingga umur 80tahun.
Prudential Medical Card plan adalah bersama savings dan pelaburan. Ahmad akan mempunyai RM150K apabila umur 55 tahun.
simpanan ini flexible dan boleh dikeluarkan pada bila bila. Seperti Ahmad mengeluarkan RM12K pada umur 30tahun untuk perkahwinannya.
Semua di atas ditulis di dalam policy document dan properly contracted as black and white. Ini adalah pelaburan terbaik dan selamat untuk anda semua.
Tuesday, February 8, 2011
CNY weekend
nak hapdet skit kat sini.. Khamis tuh memang ler kat umah jer kan... kemas ape2 yang patut.. biasa la AR1 tu dh pandai sepah barang kan uols.. rumah aku tuh boleh nampak kemas 5 minit jer.. kalau AR1 tido mungkin boleh lama skit.. hahahahaha...
pastu cam gini ler jadik nyer...
ni baru part lego, yang truck, lorry, chugginton lagik, dengan kaler sana-sini.. adeh bertuah anak mummy ni... memang hebat kalau nak kasi dia menyepah..
hah? tengok ni... ader jer koje nye.. tengah atok gosok baju..dia pun nak jugak amik spray baju tuh (yang kat tangan AR1 tuh) pastu dia capainya baju yang aku baru angkat kat ampai tadik... dia spray abis sampai basah lencun.. memang la haiii...pastu siap berebut okey dengan atok dia nak spray kat baju yang atok tengah lipat... adeh... atok ni pun bior jer cucu bagi lencun baju atok tuh... anak..anak...
AR2 sejak dah laju dalam walker ni senang skit lerr.. tak der la aku nak kena angkat dia sangat.. dia dah boleh follow aku keluar masuk bilik... hehehe... mummy masuk bilik, dia pun sama nak masuk... mummy g dapur pun dia ikut... siap on the way lalu tu capai barang ape yang patut... dan jatuhlaaa semua barang2 tu an.. barang2 yang paras tangan dia memang ler abis kena capai ok..
So berbalik kepada agenda yang seterusnya... sepatutnya Jumaat tu lepas Asar my school friend engagement kat Bukit Jelutong... tapi terpaksa dicancelkan memandangkan aku kena buat kek dengan muffin utk birthday anak buah malam tu... dengan 2 hero kecik yang memang lah sibuk jugak nak menolong kat dapur.. so proses membuat kek dan muffin tu bertambah dari 3 jam ker 6 jam... adehh~ redho jer la kan...
btw, ni picture Zhafarina Engagement... santek kan? mestila laa uols... tunang dia pun line photography gak.. so tentulah pics semua cantek kan... credit to Hafiz Atan untuk pic ni... Sorry dear Zeffy tak dapat nak attend ur day... tapi nanti ur big day I datang okey... promise!! (sambil buat muka chumel *wink)
Dan petang tu jugak lah aku bertungkus lumus buat kek okey uols... dan ini lah hasilnya...
ini kek chocolate moist... resepi dah hapdet ari tu kan.. kalau tak jumpa boleh klik kat sini
yang ni muffin plak.. resepi kat sini ok..
Friday, February 4, 2011
Selamat Datang!
Blog ini adalah hasil nukilan tentang aku, kehidupan, peristiwa dan sharing tentang tips penjagaan anak, nursing, fakta-fakta yang perlu diterapkan kepada anak2, tips serta resepi masakan...
Salam sayang dari Zura
Bagaimana Membina Blog???
Seperti yang dijanjikan... sebelum korang nak buat blog, korang mesti ada valid e-mail address. Kalau korang takde lagi email klik je kat sini..pastu utk buat blog ada banyak pilihan.. tengok apa yang korang selesa nak pakai.. dah tentu aku pakai blogspot kan? so sure aku akan link kan korang kat sini gak..
Yang ni aku dapat info dari otai2 bloggers gak.. So sila klik kat link yang berkenaan utk korang update ke blog sendiri okey.. Enjoy peeps!
Cara buat blog versi youtube video
Cara pasang menu bar dengan drop down versi pink
Cara pasang menu bar versi 2
Cara buat simple zoom in image di blogspot
Cara pasang Image opacity effect
Tingkatkan traffic dari search engine dengan costum title meta tag
Tips SEO - 3 cara meningkatkan Page View dan klik pada link.
Ringankan blog dengan jQuery Lazy Load
Cara mudah tukar favicon di blogspot
Cara pasang jquery Twitter Ticker di blogspot
Cara buat Avatar senget(rotate) pada bahagian comment
Cara pasang Slide out navigation floating di atas header
Cara pasang Jquery Slide Out Navigation di blogspot
Jquery Tab Menu Accordion versi 2
Jawapan kepada masalah Reply To Comment
Cara pasang Facebook share button di blog
Cara buat flash banner dengan Aleoflash Software
Cara pasang Sitemap pada blogspot
Cara pasang Jquery lava-lamp navigation menu
Cara pasang Breadcrumb pada blogspot
JQuery animated share button
Choc Chip Muffin
Bahan A:-
1 cawan butter (cairkan)
2 cawan susu segar/cair
2 biji telor (pukul sikit)
1 sudu kecil esen vanila
Bahan B:-
3 cawan tepung gandum *
1/2 cawan serbuk koko *
2 sudu kecil baking powder *
1/2 sudu kecil soda bikarbonat * (*ayak bersama 2x)
2 cawan gula perang
choc chips secukupnya
Cara Membuat:-
Panaskan oven pada suhu 190 C selama 10 - 15 minit.
Sediakan muffin papercup dan letak loyang muffin.
Masukkan bahan B dalam mangkuk dan gaul rata.
Satukan bahan A dan masukkan ke dalam bahan B, kacau rata guna whisker.
Jangan terlalu lama, biar elok sebati je, ok.
Sudukan ke dalam muffin cup sehingga 3/4 penuh.
Taburkan choc chips atas adunan.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 18 - 20 minit.
korang boleh ubah ikut citarasa sendiri.. aku try pakai blueberry dan inilah hasilnya...