Monday, February 28, 2011

Imunisasi N Perkembangan AR2 bila 8 bulan

Ari ni aku half-day sebab nak bawak encik Goten gie cucuk imunisasi dia kat Klinik Kesihatan. Sanggup aku amik cuti untuk gie sana sebabnya kan bila gie klinik kanak2 yang dia slalu gie tuh aku kena charge RM180/injection itu pun depends pada tahap imunisasi. So yang kali ni dia kena 2 imunisasi skali sebab ada tertinggal 1 injection ari tuh.. makanya, aku decide gie klinik kesihatan ler… boleh bawak2 berjimat skit. Appointment kul 9 pagi, disebabkan umah dgn klinik kesihatan tu jaraknya tak sampai 3km so aku kuar on-time jer biar cun2 sampai kul 9.


Dah siap mandikan Gohan, terus anta dia gie playschool. Selalu aku bawak dia naik moto sebab dekat jer selang 1 blok jer kot. Tapi ari ni macam ‘ter’rajin nak jalan kaki dgn Gohan. Aku bawak dia jalan kaki, tapi dia sibuk tunjuk2 kat moto sebab nak naik moto g playschool. Bila permintaan tak di layan, dia protes nangis2 sambil jalan kaki. Aku buat dekkk jer. Hahahahahah…. Sampai depan playschool lagi kuat plak dia nangis, lagi aku buat tak tau… hehehehe…


Pastu, amik encik Goten terus bawak gie klinik… maakkkk aiiiiii!!!! Ramainya orang kot… semua orang amik appointment pagi ker? Adeh! Ni yang malas ni…  terpaksa ler menunggu giliran aku sampai…  sementara menunggu tu aku siap kuar masuk nursing room ada la dalam 4-5 kali sementara menunggu tuh… pulak nursing room tak de kipas lagi pulak nak dapat air-cond kan so harusla aku carik tempat yang selesa nak nursing encik Goten. Tadaaaa… aku jumpa surau yang ber’air-cond. Terbaek kot…  hehehehe… kat situ la kami melepak buat kesekian kalinya… sampaikan semua hapdet2 yang notice board diorang aku baca…


So ni yang nak share dengan korang ni…


Senarai Semakan Perkembangan (untuk 8 bulan):
1.       Bolehkah bayi anda mengawal kepalanya ketika ditarik dari posisi baring ke duduk? Yup
2.       Bolehkah bayi anda meniarap dan melentang? Yup
3.       Bolehkah bayi anda menggenggam objek? Yup
4.       Bolehkah mata bayi mengikut pergerakkan objek? Yup
5.       Bolehkah bayi anda bertindakbalas kepada bunyi? Yup


Kira ok la kot kalau semua jawapan dia YES kan? Hehehehe


Tanda2 amaran untuk kelewatan perkembangan.
Untuk umur 6-8 bulan – sepatutnya bayi boleh berguling, boleh memegang kelentong (rattle) dan boleh membebel. So kalau ada tanda2 ni kira ok la tu, tak payah la korang risau2 kan…


Ok chow!

LOVE BITE - GIGITAN ASMARA

Daily Mail melaporkan seorang wanita separuh lumpuh selepas mengalami serangan sakit jantung sebagai akibat gigitan asmara yang dilakukan oleh kekasihnya. Wanita yang tidak dinyatakan namanya, dimasukkan ke hospital di Auckland selepas tidak dapat menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.


Kes itu dikatakan yang pertama seumpamanya pernah dilaporkan.


Para doktor mengesyaki wanita itu diserang sakit jantung walau pada mulanya gagal mengesan puncanya. Mereka kemudiannya memeriksa kesan gigitan asmara pada bahagian kanan lehernya. Di bawah kesan itu, mereka menemukan punca serangan sakit jantung berkenaan.


Gigitan asmara itu menyebabkan kerosakan pada pembuluh darah itu dan pembentukan darah beku. Darah beku itu kemudian mengalir ke jantung mangsa, menyebabkan dia mengalami strok.


Wah…. Macam ni pun ada ek???

Friday, February 25, 2011

Cepat Sihat Taw Atok!

Semalam adalah hari yang memenatkan… Selain daripada keadaan kesesatan (hahahaha yang ni memang aku slalu kena) sebabnya kan korang… aku dan alang menghala ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan sebab Atok sakit. Jap eh aku carik gambar Atok…


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Cer citer…cer citer…cer citer….


Setelah di risik cerita daripada Nenda comelku…Wae bagi taw yang Atok memang taka de pape sebelum ni.. ok jer bebual, ketawa golak2, pastu bila dah nak maghrib Atok nak masukkan motor dia kat garaj (Atok orang yang sangat berdisiplin okey uols… maner amik barang situ mesti letak balik dengan baik.. Atok ni Pesara Polis) born in 1928. Pastu uols rumah Atok ni parking area besar boleh masuk sampai 5-6 bijik kete… kalau setakat nak main konda-kondi tu memang boleh sangat laaa… So nak jadikan citer, dia tengah berbual dengan Pak Lang Ali (jiran sebelah umah Atok – yang tak berapa nak sebelah sangat lah kan sebab umah Atok kat atas bukit sikit – korang kena naik lebih kurang 30 anak tangga).


Ok pastu Atok dah masukkan motor ke garaj, dia nak naik umah kena la panjat tangga yang 30 tingginya tu kan.. so waktu naik tangga tu Wae tunggu kat tangga atas skali.. bila dah separuh nak sampai pastu Atok panggil Wae sebab dia kata kaki kanan dia sakit.. dia tak larat nak panjat tangga tu lagi.. tapi Nenda memberi semangat (cewahh… ni Wae yang cakap tau..bukan aku tambah2 ok?) untuk Atok panjang tangga tu sampai atas.. so dengan semangat waja Atok teruskan perjuangan (heheheheheh – macam ape dah ayat aku..) at last sampai gak kat depan umah. Pastu Wae tolong Atok masuk ke dalam dan duduk rehat kat sofa depan tv. Waktu tu Wae cakap memang Atok dah termengah-mengah sangat (sian Atok aku yang ensem… tapi serius dowh… Atok aku kalau tak ensem mesti tak dapat pikat Wae aku punya..puncanya Wae aku ni dulu banyak giler peminat.. tengok la cucu dia ni kan comel cam ner… keh keh keh)


Kan tadi dah Maghrib, so mereka ni ada tempat solat khas kat atas umah, whereby kena panjat lagi 4 anak tangga (bagi orang sihat walafiat cam kita ni..sonang yoo nak naik) tapi bila dah sakit bagai… nak naik 1 anak tangga tue menangis weeiiii… (tue yang Wae cakap kat aku, aku tak ubah pape pun…hehehehe) Atok pun bertongkatkan Wae kat bahu dia untuk support naik setiap anak tangga tue.. sampai mengerang dia naik setiap anak tangga tue (sian Atok… tak per Atok kuat mesti cepat sihat) so lepas tu dorang pun solat berjamaah macam biasa..


Lepas solat tu Atok nak buang air kecil… so kena turun tangga balik (yang 4 anak tangga tuh)… so Nenda yang comel pun tolong encik asben turun kebawah dengan bersusah payah… (yang part lain2 tu aku tak yah citer la yer…) Bila dah sudah tue.. Atok memang dah tak tahan sakit sakit sebab kat bahagian lutu kanan tu dah membengkak besar (ke atas macam gunung – memang ikut citer Wae aku pun bayangkan – besar agak2 macam bengkak air ada belon tuh)


So Wae bagi taw anak2 dia yang terdekat, so dalam kes ni Mak Yong (anak yang sulong) dan Mak Ngah (anak no 2) yang Atok sakit memang dah sampai tahap mengerang dan sakit sampai kuar air mata (orang laki susah nak kuar air mata weii… kalau dah sampai tahap cam tu memang dah sakit sangat lah tu) so diorang pun sampai ke umah Atok untuk bawak Atok gie hospital. Tapi sebab tak boleh nak sentuh kaki Atok nanti dia mengerang.. so diorang pun call ambulans untuk bantu (sebab ambulans kan ada stretcher.. blh angkat pesakit dengan baik) So thare is the ambulance…. Sampai lah Atok ke Hospital Kuala Pilah.


So semalam aku gie hospital (btw, nak gie hospital tu pun aku boleh sesat… wakakakaka… ini kalau group Empayar Abu Kassim taw mahu aku kena kutuk berbakul2 weiiii….semalam pun dah kena kutuk dengan Angah sbb aku gerak pagi dari umah tapi sampai hospital kul 1.30tgh… hehehehe and despite the drop-off to Prudential untuk submit case dlm 2-3 hours aku boleh sesat padahal jalan sesame dengan mak ngah kat kete depan.. adeh! Memang nak kena consider beli GPS laa) sampai Alang tanya, ‘Wei ko tau ke tak jalan balik kampong ni?’ nasib la adik2 ku… and that is my weekness… very bad in direction. *wink*


Doktor cakap Atok dah boleh kuar.. so kitorang naik 2 kete. Mak Ngah dgn Wae. Aku dgn Alang. Orang tua memang tak suka duk spital lelama. Lagipun bosan kena baring jer. Atok pun memang aktif. Dia byk bercucuk tanam kat kebun dia (korang taw kebun dia beso sey… macam padang bola. Macam2 ade. Semua jenis ulam, buah2 yang org kampong biasa tanam semua ada.. kalau korang nak carik strawberi memang tak de la kan) Bila doctor kata boleh kuar… berseri beb muka dia… hehehehe… senyum jek..


So kitorang pun hepi la siap golak2 lak an.. pastu dah sampai umah mak ngah.. terus makan tengahari waktu tu dalam pukul 3 lebih. Waktu makan tu berbual dengan Atok. Dia Nampak ok. Cuma bila dia start bercakap tu Nampak kat bahagian muka sebelah kanan statik. Bila dia cakap hanya sebelah kiri yang bergerak yang paling ketara bahagian mulut.  Mak Ngah yang perasan dulu, waktu tu Balqis (cousin aku yang cantek a.k.a Siti Nurhaliza sebab muka dia ala2 siti uols) tengah goreng telur mata kat dapur (hehehe ade pasal jer citer pasal dia goreng telur ek…) Mak Ngah yang alert kat kitorang… memula tak perasan tapi waktu kat meja makan tu yang Nampak jelas. Pastu Atok bercakap pun mcm tak jelas huruf ‘s’. So kitorang ajak Atok rehat kat ruang tamu. Dah bentang tilam semua… Atok pun baring. So anak cucu ni dok la bebual kat keliling Atok. Siap ketawa2 lagi… Agaknya Atok tetido pun sebab kitorang berbual.. (agaknya mcm menyanyi kitorang berbual hehehehe…. Bertuah punya cucu!)


Aku dgn Alang pun gerak balik sebab nak kena singgah Nilai umah ibu dulu nak amik baju konvo Alang. So lepas t uterus la masuk highway NKVE menghala balik umah sebab ada appointment dengan Taufik yang nak beli stroller yang aku jual online tu. Pulak waktu tu dapat call dari ibu yang Mak Ngah dan Pak Ngah bawak Atok gie hospital balik sebab kaki Atok sakit balik and ada minor strok kat muka kanan Atok. So Atok sekarang masih di Hospital Seremban untuk rawatan.


Atok cepat sihat yer.. Kami semua sayang Atok!
Wae lagi sayong Atok.. Mesti hati Wae tengah tak keruan piker pasal Atok.
Atok kan kuat. Atok kan dulu Polis. Semangat Atok mesti besar dan positif.
Sayang Atok…!!!!