Wednesday, February 2, 2011

HILANG: Nurul Atiqah binti Naim

ORANG HILANG : Pihak polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan Adik Nurul Atiqah binti Naim yang dilaporkan hilang pada 17 Disember 2010 di Kg Sri Keramat, Pasir Puteh, Ipoh, Perak. Usaha mencari Adik Nurul Atiqah telah diusahakan oleh keluarga termasuk mencari beliau di rumah kenalan dan saudara mara tetapi masih menemui jalan buntu.


Nama : Nurul Atiqah binti Naim
No. KP : 940417-08-5450 (Umur 16 Tahun)
Tinggi : 5 kaki
Badan : Sederhana
Kulit : Cerah






Sekiranya anda mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Adik Nurul Atiqah, sila laporkan ke balai polis yang berhampiran atau hubungi INSP Wan Mohd Hafizi bin Wan Hanafi di talian 017-980 7080 atau Ibu Pejabat Daerah Ipoh di talian 05-245 1500. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

Macaroni Goreng

Bahan- bahan (utk 4 org)


250g macaroni
80g daging cincang
3 s/b cili kisar
5 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih(dihiris)
2s/b tomato sos
2 s/b sos tiram
2 s/b kicap manis
2s/b sos cili
Sayur2an-Cendawan butang, sawi, lobak, atau ape2 sayur yg korang suke..
gula dan garam secukupnya.


Cara-cara:-
Rebus macaroni dan toskan.
Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang merah dan bawang putih yg dihiris. Masukkan cili kisar. Goreng sampai naik minyak sket.
masukkan daging cincang. Goreng sampai daging hampir masak.Kalau kering sgt, tambah air sket.
Masukkan macaroni yg direbus.
Masukkan sos tomato, sos cili,sos tiram, kicap manis. Gaul rata.
Masukkan gula dan garam
Masukkan sayuran2, goreng hingga sebati..Siap..

Nursing Room

Kat office aku ni ada sediakan Nursing Room.. korang taw tak Nursing Room ni bagus disediakan oleh company2 beso yang biasanya ada bilik khas dan equipment yang cukup. Okey… 1st of all… untuk sesiapa yang tak tahu.. Nursing Room ni khas untuk ibu-ibu yang masih menyusukan anak. Korang boleh Nampak kat area tu tetiba ada sign macam ni..

Atau biasanya macam ni pun ada..


So kat opis ni pun ada gak nursing room.. management letak nursing room ni kat pantry area. Ada 2 nursing room, saiz bilik tu tak beso sangat pun.. muat-muat jer nak masuk sorang (yer la tak kan nak masuk reramai lak kan? Dah jadi lain plak..hehehe) dalam setiap bilik tu ada attached meja kecik utk letak equipment nursing korang.. siap dgn small freezer kat pantry khas utk korang letak semua produk tenusu (hahahaha) tapi memang serius banyak okeyh…

Tapi yang aku nak story kat sini ialah nursing room kat Ikea & The Curve.. terbaik wok.. memang complete.. siap dgn slow muzik lagik.. kira kalau bayi nak menyusu tu memang tenang jek.. teringin sangat nak ada nursing room macam tuh…

Kat sini ada snapshot skit utk nursing room kat ikea…


Yang ni kat the curve.. enjoy peeps!