Tuesday, April 12, 2011

Potty Training Tips

Kebanyakan parents akan teruja untuk train anak2 dorang ‘potty training’ sbb ni adalah salah satu  dalam  dorang punya child’s development, dan salah satu reason lain ialah parents ni nak menghabiskan zaman membeli diapers. Tapi berapa lama yang parents perlukan untuk train si kenit tue untuk pergi toilet. Mesti ada jugak si kenit korang yang akan ‘master’ dalam 2-3 hari jer tapi depends jugak. Sebab mungkin kanak2 lain akan ambil masa beberapa bulan. Sebenarnya, makin cepat parents tu start ajar anak dorang lagi panjang masa yang diambil. Ni bukan aku cakap… Dr Sarah Pearson yang buat review. So memandangkan aku baru nak start ajar Aqil ‘potty training’ so banyak lerr aku search dan tanya to all the experience parents.
So ni ada beberapa basic steps:
1. Pastikan anak kita tu dah ready untuk potty training (dan kita pun mesti la ready jugak kan)
Ada anak2 yang ready untuk potty training seawal 18 bulan.. tapi ada gak yang tak berapa nak interested untuk follow instruction so macam aku yang start untuk Aqil tahun ni (Aqil hampir 3 tahun. Kebayakan parents akan start ajar anak mereka bila anak dalam 2 ½ tahun.
Kalau nak taw yg si kenit tu dah ready nak start ‘potty training’…try check samada dia dah boleh terima arahan2 simple.  Jangan sesekali paksa atau marah2 bila si kenit tu tak faham arahan kita. Ye la kan baru jer 2-3 tahun hidup… banyak benda dia nak kena belajar. So memang kena banyak bersabar (aku pun kadang2 tak sabar ada gak tinggi suara kat Aqil dan kadang2 memang menguji kesabaran aku jer melayan kerenah dia. Tapi bila tengok muka dia especially waktu dia tidur… ish sejuk jer tengok muka dia… budak bijak memang ada jer kan…) Lagi satu, tak semestinya cara A sesuai dengan semua anak2 korang. Setiap budak lain ragamnya so bergantung kepada keadaan dan situasi. Anak2 perempuan akan lebih cepat dari anak2 lelaki.
Sebelum korang start potty-training, pastikan si kenit tue dah ready mental dan fizikalnya (cewah… macam ape jer ek.. ni bukan aku sesaje cakap tapi Dr Sarah Pearson). Contohnya, kalau banyak perkara2 baru terjadi untuk si kenit korang..  (new playschool, tukar taska/nursery, baru tukar susu, ada adik baru dan lain2) so tetiba nak buat potty training… harusla dia mengamuk, baling2 barang dalam umah, cepat merajuk dan sebagainya kan kan kan? So korang pending jer la dulu untuk ajar dia potty yer kawan2. Biar dia rilek2 dulu.  Nanti kalau dia stress korang jugak yang merana. Tak pasal2 si kenit tue asyik kena marah jer… sian dia. So no hurry! Depends pada development setiap anak. Wait a couple of weeks — or months — for other pressures to ease.
2. Beli equipment yang betul
First skali, gie beli potty chair atau pun adapter seat yang boleh attach ke toilet dewasa tu (tapi nanti aku nak beli adapter seat kot senang skit.. kalau potty tak pasal2 asyik nak kena cuci potty tue…adeh! Memang tak la kan..) So bila dah ada equipment yang betul baru si kenit tu senang skit nak belajar dan dia pun mesti dah rasa dewasa skit kan. Kalau tak nanti jatuh plak dia kat dalam bowl tu. Tak pun dorang takut dengar bunyi flush. (tapi aqil asyik nak flush jer walaupun belum siap lagi..) Korang jgn beli sesuka hati lak yer… bawa la si kenit tu skali and maybe dia pun blh tolong pilih jugak sbb dia yang nak guna jugak kan.
Kalau anak lelaki and planning nak beli potty chair, carik yang tak de urine guard atau yang boleh remove. Korang kena wipe bersih kalau dorang tak sharp shooter (hahaha).
Kalau nak guna adapter seat tu, lebih baik carik yang comfy skit atau span2 skit biar secure pastu make sure ada stool skali. So bila dia duduk atas adapter seat tu kaki dia boleh letak kat atas stool. Tak de la tergantung jer nanti. Pasti dia nak turun pun senang. Tak jatuh… bilik air kan licin.
3. Buat satu rutin
Kena set satu rutin supaya si kenit tu tahu bila masa dia kena pergi toilet. At least once a day, macam kalau parents yang berkerjaya tue mungkin boleh set setiap kali sebelum tido. Tapi akan lebih baik kalau dapat buat hujung minggu, jgn pakai kan diapers tapi korang jangan buat2 lupa plak.. parah nak asyik mengelap je.  Ini akan membuatkan dia used to it dan boleh menerima rutin baru yang korang buat kat dia. Kalau tak de toilet yang berdekatan, letak portable potty tu kat luar atau dalam playroom so biar dia tahu masa nak potty nanti.
So bila dia dah biasa nanti mudah sikit. Bersabar skit dgn kerenah dia. Dalam masa yang sama bagi tau dia yang korang jugak (parents and other siblings) kena buat everyday. Mesti bagi tau yang kena buka seluar dan duduk dalam toilet untuk potty adalah perkara dewasa.. so diorang akan teruja skit.. cewah!!
Kalau duduk kat potty tu samada dengan pakaian atau tanpa pakaian membuatkan si kenit tue tak selesa, jangan sesekali paksa ok uols.. Kalau dia dah Nampak tak selesa jangan sesekali paksa nanti dia akan takut. Biarkan dulu, tunggu dalam few days kalau dia ok.. korang boleh try lagik. Kalau dia memang bersuka-ria nak duk kat potty atau adapter seat tu maknanya korang boleh ajar dia.
4. Buat demo (cewah macam product la plak)
Di sebabkan kita dealing dengan si kenit yang baru 2-3 tahun hidup.. so dia akan banyak ikut perbuatan kita yang dewasa ni. Children learn by imitation. Bila dia tengok cara kita menggunakan toilet secara tak langsung dia boleh adapt to it. Kalau ada anak lelaki, waktu ni la masa terbaik nak ajar dia kencing duduk kat potty. Bila dia dah master potty nanti boleh belajar dari ayah atau kenkawang lelaki dia yang lain untuk cara kencing berdiri. Yang tu nanti dia boleh pick up cepat punya.. tak payah risau.
Bila kita demo kat si kenit tu lebih baik kalau explain apa proses yang korang dalam toilet pastu bagi dia tengok ‘hasil’ (hahahaha).  Then tunjukkan cara cuci, lap, pakai seluar, flush the toilet, dan basuh tangan.
Walaupun korang tolong dia, aktiviti ni akan akan ambil masa beberapa lama. Especially kalau proses basuh dan lap tu.. biar dia tengok proses tu dan dengar korang cakap.. bila lap pastikan dari depan ke belakang, terutama lepas ‘big bisnes’ untuk mengurangkan risiko infection.
Kalau dia ada abang atau kakak lagi baik sbb dia boleh belajar daripada yang lebih kurang umur dia dan ini boleh tambah skill dia.
5. Terangkan proses
Tunjukkan pada si kenit connection antara pooping dan tandas. Next time dia poops dalam diapers, terus bawa dia kat potty, suh dia duduk, kosongkan diapers- letak poops tu dlm toilet bowl. Lepas tu biar dia yang flush (kalau dia nak, kalau dia tanak jgn paksa2 lak) so dia nampak isi diapers tu hilang.
Korang jugak boleh sama2 view potty-training pictures book atau video dgn si kenit, so at least dia ada information baru untuk input kan. Aku pun nak carik buku2 ni.. tak pun aku nak print jer pictures potty-training pastu tunjuk kat aqil nanti. Yang video tue blh view kat nb jer so nanti boleh le Aqil relate kat waktu dia potty nanti. Hehehehe…
6. Galakkan habit
Galakkan si kenit untuk duduk kat potty bila2 masa yang dia terasa nak buang air. So korang jgn lak buat2 tak tahu atau buat2 malas… heheheh.. kena tolong dia tanggalkan diaper. Bagi taw dia yang kalau ada ape2 just inform jer kat korang. Dengan toddler ni kena ckp banyak kali skit baru masuk kat ingatan dorang.
Aku ingat nak try satu hari (weekend kot) untuk train Aqil potty. Lagi banyak kali dia gie toilet lagi dia tahu habit untuk potty. So lagi cepat dia belajar kan. Aku rasa mesti nanti banyak kali kencing beron bersepah kan… tapi tak per we all learn thru experience.
Kalau dia berjaya guna potty parents mesti puji dia. Sebut yang baik2. Usap kepala dia. Memang harusla akan ada accident kan? Tercicir sana-sini. Itu harus.


So guys, let me updates u soon on the outcomes. Wish me luck!!! J



Monday, April 11, 2011

Bagaimana membantu perkembangan anak-anak secara fitrah?

Anak-anak perlu dibelai dan diasuh mengikut fitrahnya bukan mengikut kehendak ibu bapa. Perkara yang selalu gagal difahami oleh ibu bapa tentang anak-anak ialah wujudnya ‘sensitive period’ sepanjang perkembangan mereka.
Contohnya, semasa anak-anak sudah pandai bertatih, ada satu tempoh kita dapati anak-anak ini suka sangat memanjat tangga (sensitive period for stairs climbing). Selalunya, kita akan halang anak itu sebab takut terjatuh atau tercedera. Lalu kita pasang semacam pagar di tangga untuk halang anak dari memanjat tangga.
Secara tidak sedar kita halang perkembangan fizikal mereka yang sepatutnya dipuaskan secara fitrah. Sedangkan aktiviti (memanjat tangga)tersebut melatih perkembangan psikomotor anak-anak. Juga menanam rasa yakin diri pada anak-anak. Sepatutnya, biarkan sahaja anak-anak itu meniti tangga. Jangan dihalang, tetapi dipantau dari jauh. Ibu bapa boleh sahaja mengikut dari belakang dan apabila anak-anak berjaya tiba di tangga paling atas, berikan ganjaran atas ‘kejayaannya’ itu.
Persekitaran anak-anak juga sepatutnya lebih child-centered bukan adult centered. Maksudnya, persekitaran rumah perlu membantu ke arah mengasuh fitrah anak-anak ini. Jangan terlalu taksub dengan perhiasan rumah yang mahal dan pelbagai sehingga menghalang perkembangan fizikal dan mental anak-anak.
Pada usia 0-3 tahun, anak-anak perlu dibelai dan disantuni. Mereka terlalu kecil untuk memahami jerkahan atau herdikan daripada ibu bapa (terutamanya ketika menyepah rumah dengan kertas atau mainan). -ingatan untuk ummi dan ayah. Didik dan sentuh jiwa mereka dengan lembut serta kasih sayang. Kekerasan tidak membawa natijah yang positif pada peringkat ini. Pada peringkat usia 4-6 tahun boleh diperkenalkan konsep disiplin secara lembut.
Contohnya, bungkusan makanan perlu dibuang dalam tong sampah, ampaikan tuala di tempatnya atau susun kasut sebelum masuk ke rumah. Anak-anak juga sudah boleh diajar konsep perkongsian pada peringkat ini. Contohnya, makan dengan kawan-kawan bekalan makanan yang dibawa ke sekolah atau pinjamkan pensel warna kepada kawan yang terlupa membawanya ke sekolah, atau masukkan sebahagian daripada duit belanja dalam tabung Palestin setiap hari


Berikut disenaraikan tips untuk membantu perkembangan anak-anak secara fitrah:
1. Sensitive period: menyonteng
Selalunya: Kita marah apabila anak-anak menconteng dinding. Lalu kita sorokkan pen atau pensel supaya dia tidak dapat menconteng dinding.
Kesalahan kita:
Menghalang perkembangan motor halus (penggunaan jari) dan daya tumpuan anak (fokus mata) Sepatutnya: Salurkan minat menconteng pada tempat yang betul. Sediakan kertas dan melukislah bersama anak-anak ini. Beri ganjaran pada hasil ‘seninya’ dalam bentuk pujian, ciuman dan gosokan di kepala
2. Sensitive period: main pisau
Selalunya: Kita halang anak-anak masuk ke dapur setiap kali hendak masak. Apabila anak-anak menunjukkan minat untuk menggunakan pisau, kita marah kerana bimbang tercedera atau terluka.
Kesalahan kita: Mematikan minatnya terhadap kerja-kerja di dapur. Dia mungkin membesar dalam keadaan membenci atau tidak berminat dengan kerja-kerja di dapur. Sepatutnya: Sediakan set memotong khas untuknya. Gantikan pisau yang tajam dengan pisau mentega misalnya dan sediakan satu ruang khas untuk dia ‘menjalankan’ kerja-kerja dapurnya.
3. Sensitive period: basuh pinggan
Selalunya: Kita larang anak-anak kecil untuk membasuh pinggan sendiri kerana tidak mahu mereka main air atau pinggan tak bersih atau takut pinggan pecah.
Kesalahan kita: Apabila anak-anak menunjukkan minat untuk mula membasuh pinggan, bermakna mereka telah faham sedikit sebanyak konsep kebersihan. Jika kita melarang, bermakna kita menghalang perkembangannya secara fitrah. Mereka mungkin cenderung menjadi ‘rebel’ jika keinginan ini tidak dipenuhi.
Sepatutnya: Tunjukkan cara yang betul untuk membasuh pinggan. Gunakan pinggan atau peralatan plastik jika takut pecah. Andainya tidak puas hati dengan kebersihan pinggan yang dibasuh, basuh semula ketika anak itu tidak nampak. Practice makes perfect. Selepas beberapa kali, pasti anak itu telah mahir. Selepas ini mereka pasti lebih bersemangat untuk membantu ibu di dapur kerana telah punyai satu kemahiran baru!
4. Sensitive period: makan sendiri
Selalunya: Kita tidak gemar membiarkan anak menyuap makanan sendiri kerana takut bersepah atau lambat makan. Kesalahan kita: Secara tak langsung kita halang perkembangan koordinasi motor kasar dan halusnya (mencedok makanan dengan sudu, menyuap makanan ke mulut). Kita desak anak-anak supaya menghabiskan makanan dengan cepat sedangkan ketika makan itu derianya belajar mengenalpasti rasa dan tekstur makanan dan otaknya merekod maklumat yang dikenalpasti oleh deria itu.
Sepatutnya: Sediakan peralatan makan yang khas untuk anak-anak. Tunggu dengan sabar setiapkali anak-anak makan. Beri ganjaran setiapkali mereka berjaya menggunakan sudu atau garfu dengan betul (pujian, ciuman, tepuk tangan). Jangan dimarahi jika makanan tertumpah kerana mereka masih belum mampu mengawal pergerakan sebaik orang tua.
Sensitive period bagi setiap anak adalah berbeza-beza. Jangan dilabel anak-anak itu sebagai lambat jika dia belum mencapai tahap sebagai mana anak-anak lain. Bukanlah bermakna anak itu lemah tetapi tempoh ‘sensitive periodnya’ masih belum tiba. Jadi, bersabarlah dengan karenah anak-anak kerana mereka bertindak berdasarkan fitrah bukan logik akal. Semoga berjaya menjadi ibu bapa yang dirahmati Allah atas kesabaran antum mendidik anak-anak amanah daripada-Nya.


sumber: anakkusayang.com

Monday, April 4, 2011

myMetro | ‘Kanser ubah gaya hidup saya’

myMetro ‘Kanser ubah gaya hidup saya’ Kanser Ubah Gaya Hidup Saya - inilah petikan dari Harian Metro yang aku baca tadi.

“Saya mahu membantu dengan berkongsi pengalaman saya dengan yang lain mengenai kanser payudara. Saya menyedari ada ketumbuhan kecil pada payudara kiri ketika membuat pemeriksaan sendiri. Saya mengesyaki itu adalah kanser payudara selepas menyertai beberapa siri ceramah kesihatan mengenainya. Selepas membuat diagnosis pertama, benarlah saya menghidap kanser payudara dan perlu menjalani 15 kali rawatan radioterapi,” kata Irene Yap yang juga Ketua Sukarelawan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM).
Menurut Irene, ketika tenang menerima berita itu dia menyediakan dirinya untuk menjalani beberapa siri rawatan dan pembedahan. Dia juga menukar gaya hidup terutama dalam diet harian serta melakukan senaman.
“Penyakit yang saya alami ini menukar keseluruhan hidup saya. Saya lebih mengutamakan kesihatan dengan banyak makan buah-buahan, bijirin serta melakukan senaman,” katanya ketika berkongsi pengalaman sebagai pesakit kanser pada majlis penyerahan cek Kempen Amal Kanser Payudara Softlan 2010 di Giant Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Irene yang menjadi sukarelawan sejak 1996 memberitahu, orang ramai terutama wanita harus didedahkan mengenai kanser payudara dan bagaimana menghadapinya. Bagi penghidap kanser, ini bukan bermakna pengakhiran hidup mereka.
“Mereka masih boleh meneruskan kehidupan dengan gembira. Sebagai sukarelawan, inilah yang saya ingin kongsi dengan semua penghidap kanser payudara,” jelasnya.
Sepanjang empat tahun berjuang melawan kanser, Irene mengakui sokongan daripada keluarga dan masyarakat sangat penting bagi membantu melawan kanser. Pendapat ini turut disokong Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Kebajikan Kanser Payudara (BCWA), Ranjit Kaur yang juga bekas penghidap kanser payudara. Walaupun penyakit ini merebak dalam diam dan tanpa kesakitan, setiap wanita harus menyedari perubahan yang berlaku pada diri mereka.
“Inilah yang ingin saya sampaikan kepada masyarakat bagaimana memberi pengetahuan kepada wanita mengenai bahaya penyakit ini. Mereka harus menjalani rawatan awal bagi mengelak kanser merebak,” katanya.
Menurut Ranjit, NCSM dan BCWA menyediakan sokongan dari segi pendidikan seperti bengkel, ceramah dan pakar runding terlatih yang menerangkan persediaan untuk menghadapi penyakit ini.
Bagi memudahkan orang ramai, klinik pengesanan awal kanser turut disediakan termasuk rawatan mamogram secara percuma bagi ibu tunggal dan kurang berkemampuan.
“Kami ingin mengubah stigma masyarakat supaya lebih bersedia menjalani rawatan awal pengesanan kanser payudara bagi membolehkan penghidap kanser menjalani kehidupan lebih sihat pada masa akan datang. Paling penting adalah sokongan keluarga dan masyarakat serta yakin pada diri sendiri,” ujarnya.
Kini, seorang daripada 20 wanita Malaysia menghadapi kebarangkalian tinggi menghidap kanser payudara dan risiko ini adalah tinggi.
Menurut Ranjit, statistik ini boleh dikurangkan melalui pengesanan awal, kesedaran mengenainya dan amalan pemeriksaan sendiri payudara yang dapat membantu mencegah kanser payudara ke peringkat seterusnya.
Pada majlis itu, turut diadakan penyerahan cek bernilai RM78,000 hasil daripada Kempen Kesedaran Kanser Payudara Softlan yang dilancarkan pada Oktober tahun lalu. Menurut Pengarah Pemasaran Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd, Chris Pikounis, sempena bulan kesedaran kanser payudara sedunia Oktober tahun lalu, Softlan perapi fabrik pertama jualan di Malaysia menyokong Majlis Kanser Nasional (Makna), NCSM dan BCWA dalam usaha meningkatkan kesedaran terhadap ancaman serius wanita ini.
Sepanjang tahun lalu, Softlan memperuntukkan 10 sen daripada jualan setiap botol Softlan dengan tag reben merah jambu untuk tujuan itu. Hasil kutipan diserahkan kepada Makna, NCSM dan BCWA sebagai dana untuk projek yang akan dijalankan pada masa akan datang.
“Colgate-Palmolive sedar kanser payudara adalah ancaman utama kepada wanita di Malaysia. Justeru, pengesanan awal penting untuk mengurangkan kematian akibat kanser payudara. Kami bersyukur kerana dapat menyokong Makna, NCSM dan BCWA dalam usaha menggalakkan pengesanan awal kanser. Kami berharap menerusi inisiatif ini orang ramai akan lebih menyedari mengenai bahaya kanser payudara dan melakukan pengesanan awal,” kata Pikounis.
Tahun lalu, kempen ini berjaya mengumpul RM75,366 dan turut diserahkan kepada tiga badan amal ini. Kempen yang bermula di pasar raya besar Giant Kota Damansara mengadakan pelbagai aktiviti seperti pameran pendidikan dan pemeriksaan payudara. Selain itu, tayangan video dan aktiviti interaktif membolehkan pengunjung menambah pengetahuan mengenainya.
Hadir sama pada majlis berkenaan, Pengurus Pemasaran GCH Retail Malaysia Sdn Bhd Norine Majaman; Pengurus Bahagian Antarabangsa Makna, Mattheus Trevizoli Barrachi dan Pengarah Pembangunan Pelanggan Colgate, Paul Norton.



So apa langkah-langkah pendekatan yang patut seorang wanita ambil untuk protect diri sendiri: 1) Amalkan diet yang sihat (buah2an, bijirin dan senaman) 2) Sentiasa positif & murah dengan senyuman 3) Ambil protection plan.. kang kalau jadi pape senang hidup.. jgn sampai bergadai utk tampung kos rawatan.. click kat sini