Thursday, March 3, 2011

Colostrum Utk Imune Sistem - Khas Utk Aqil Reza

2-3 minggu lepas kawan ofis aku bagi satu catalog Tupperware Brands. So saje la belek2 kat dalam tue. Kalau ikutkan memang nak jer borong kan sebab brg2 Tupperware ni wholelife warranty. Kalau pecah ker crack ker memang boleh tukar one-to-one.  So sangat suka brand ni.. lagi pun mak kita dulu2 kebanyakannya guna Tupperware untuk bekalkan makanan atau simpan brg2 dapur. Terutama bondaku sendiri, memang suka mengumpul Tupperware Brands ni sebab kalau simpan makanan memang kedap udara so makanan korang akan lebih tahan lama… tak de la kejenya membazir je kan? Lagi satu, design dia alamak boleh nangis la beb… santek sangat…

Tengah belek2 katalog tue (kakak ofis yang bagi – btw, Kak Ayu ni cun gilosss uols.. harus anak 5 tapi body mantoppssss.. kelassss gittew) ternampak ada bahagian kesihatan. Pastu tertarik dgn product ni NatureCare Colostrum +DHA Chews. Aku baca detail tu sangat menarik untuk hero2 kat umah tue especially untuk Gohan a.k.a Aqil sebab immune system dia tak berapa nak baik. Asal org batuk sikit dia dah batuk. Kalau selsema dia pun nak follow gak. So Colostrum ni adalah susu awal (tak kira la lembu ker ibu) tapi dalam kes ni mesti la lembu uols… Benefit dia menarik minat aku. Korang view kat bawah ni:
Kalau anak korang…       
  • tak de selera makan?
  • mengalami tanda2 alergi /alahan?
  • cepat penat dan tak bermaya?
  • kerap giler sakit?
  • hilang focus dan konsentrasi terhadap sesuatu perkara?              

Adakah korang sentiasa:
  • takut kalau2 anak korang terkena jankitan kuman/virus kat sekolah atau playschool?
  • risau kalau anak korang mandi kat swimming pool awam?
  • sedaya upaya nak larikan anak korang dari tempat yang penuh sesak?
  • me’restrict’kan anak korang dari men’explore’ dunia luar?  


Kalau jawapan korang macam aku gak, ‘YA’ haaaa… baik korang try bagi anak korang makan ni… Aku dah beli starter pack dia yg 15pcs tu. Balik ni nak try kat Aqil.


15pcs – RM20.00
120pcs – RM139.00





Kebaikan Colostrum:
  • Baiki/Kuatkan immune system.
  • Tahan lasak kepada infections.
  • Kurangkan reaction allergy kat badan.
  • Lebih baik dalam penghadaman.
  • Cepat memperbaiki luka dan sel badan.
  • Metabolisma tulang yang lebih sihat.
  • Kurangkan lemak dalam badan.
  • Memperbaiki energy level.
  • Dapat tidu dgn lebih nyenyak.
  • Tambahkan stamina dan endurance.
  • Mood yang sentiasa baik.


Yang ni antara Testimonial mak2 yang dah try kat anak diorang….


“After reading so much about the benefits of Colostrum + DHA, I decided both my son and I should give it a try. There’s nothing to lose and so much to gain...extra immunity boost and proper nutrients for my son, and, anti-ageing benefits for me! He seems to respond well physically and mentally, and I certainly worry less these days whenever I have to expose him to the public areas. As for me, I feel less fatigue already.”

Mother: Lavin Seow
Child:Rafael New (4yrs)


“My son and daughter have problems staying focused on their task and, sleeping! After about a month on Colostrum + DHA, both my children’s concentration levels have improved and so have their schoolwork! They also have less difficulty falling asleep at night.”


Son: Eu Jin (6yrs)
Daughter: Wei Wei (4yrs)




“Jonathon has a sensitive nose and catches almost any flu bug that comes his way. We have tried numerous nutritional supplements. When I came across Colostrum + DHA, I decided to give it a try. After a month of consuming, there is marked improvement on
his morning sinus problem and I also notice that he has better resistance against the flu virus.”


Child: Jonathon Tiang (7yrs)

 ============================================================
harusla aku try kat Aqil kan? sebab dia ni badan cepat sangat alah. Kalau kena gigit nyamuk, bengkak macam kena gigit lebah. Nanti kalau aku dapat snap pic dia alah dgn nyamuk aku share... penah sekali dia kena nyamuk 3-4 gigitan kat dahi sampai bengkak sana-sini. So mak cik aku siap tanya.. ingatkan napelah si aqil tu macam kena tumbuk jek bengkaknya... haiz~ harap2 kalau dia makan ni dapat membantu membaik pulih immune system Aqil...

Kalau nak order boleh contact kakak cantek Sis Ayu at
  • zuraine.zaharin@hp.com

  • Wednesday, March 2, 2011

    Positive Vibration VS Negative Vibration

    Sepatutnya kita kena memulakan hari dengan perkara positif. Contohnya, bangun pagi jer minum air masak dulu, amik wudu’ dan solat. So setiap flow kita pada hari itu akan berada dalam keadaan positif.. kalau ada yang negatif pun tak berapa nak efek sangat kat mood kita ari itu.

     

    Tetapi….

     

    Ari ni aku start dengan rutin yang kelam-kabut.. adeh~ memula jam dah bunyi pukul 5.50pagi tadi tapi aku gie snooze pastu konon2 nak nap kejap jer tapi terbabas sampai kul 6.50pagi. Pastu tak gie minum air dulu… terus jer masuk bilik air mandi. Tak sempat solat subuh plak tuh. Anta budak2 gie nursery lambat kul 7.25pagi. Aku gerak dari umah ke ofis kul 7.35pagi. Tengah jam tue ade plak kete2 yang tak makan saman… buat aku menyirap jer (siap menyumpah lagi). Lepas LDP tol tu ada plak lori bawak batu2 yang tak tutup muatan dia… dah la tu siap bawak sesuka hati sampai batu sebesar side-mirror jatuh betul2 depan kete aku siap tercampak2 lagi. Memang tak sempat aku nak brek sebab kete bertindan2 kat belakang aku. Kang aku brek emergency kompem diorang langgar kete aku. Baik aku redho je batu2 beso tu tercampak2 kat kete aku. Hish.. nasib baik tak kena kat encik moto depan kete aku tue. Sian aku tengok dia nak mengelak2 kiri kanan tak nak kena batu beso tue. Hampeh betul la masyarakat sekarang ni. Tak prihatin langsung dengan keadaan sekitar. Pikir nak senang dia jer.

     

    Macam semalam semua flow positif hingga malam. Sebab aku start hari dengan perkara positif. Contoh semalam, bangun tido senyum2 skit, gie dapur minum air segelas, mandi, solat, siap make-up, sebelum pukul 7 dah siap anta budak2 gie nursery. Sampai ofis kul 8.10pagi. Breakfast. Dan sepanjang hari tue adalah hari yang positif.

     

    Moral of the story:

    1.       Aku kena start setiap pagi dengan rutin yang positif

    2.       Merungut boleh mendatangkan banyak perkara negative

    3.       Amalkan 7x Surah At-Taubah (2 ayat terakhir) setiap kali lepas solat – aku dah try amalkan sebulan… Alhamdulillah!

    ·         [128] Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

    ·         [129] Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar."

     

    Tuesday, March 1, 2011

    Selamat BerKonvokasi - TAHNIAH ALANG!!!

    Tarikh: 1 March 2011
    Masa: 8.00 pagi
    Tempat: Politeknik Johor Bahru
    Kursus: Diploma Reka Bentuk Industri
    Photo by: Suliati Asri
    Reporter: Suliati Asri

    Kepada budak-budak politeknik yang konvo ari nie especially untuk Diploma Reka Bentuk Industri. Buat adikku.. tahniah diatas kejayaan Alang. Memang tak sia-sia apa yang Alang usahakan selama ni. So semua hasil tangan yang cantek menarik tertarik a.k.a hasil terulung a.k.a cermin ajaib ittew… hehehehe

    Hari itu memang penuh bermakna terutama kepada keluarga aku cuma aku tak dapat nak datang sebab kerja. Tapi yang penting ibu ayah aku dapat tengok anak dia ni naik pentas amik diploma. Paling tidak terubat hati diorangkan.

    Kepada yang masih belajar tidak kira masih sekolah, di politeknik atau di universiti teruskan belajar dan jangan putus asa. Buat yang terbaik. Walaupun pointer rendah tapi yang penting keberkatan ilmu yang kita dapat. Itu yang aku belajar dari encik hubby.

    enjoy the moment dear!!!
     dari kiri: ayah, alang, ibu & sue
    dari kiri: ayah & alang