Wednesday, March 30, 2011
Kesan Cermin ker Tidak??
Kalau cermin tue REAL.. bila korang letak jari - akan ada space antara jari dgn bayang jari kat cermin tu.. macam gambar kat bawah ni...
Kalau cermin tue TAK REAL - yang org kat sebelah sana tu blh nampak korang.. bila letak jari tak de space langsung... macam kat bawah ni... harusla korang blah terus yer....
So sila berhati2... kenkadang kita tak taw dlm shopping mall atau mane2 tempat yang mungkin akan memperdayakan kita...
-Zura Baharudin-
Friday, March 25, 2011
Nak check status kewangan anda?
Haaa… aku lupa nak share dengan korang untuk buat status check kewangan korang melalui web yang aku link kat bawah ni…
Klik di sini untuk PruCheck Kewangan Anda
Aku dah try jugak…. Kuang kuang kuang…. Ada beberapa soalan tapi ni ikut range umur korang… so kalau nak taw meter korang naik 180 ker atau 40km sejam… haaaa sila la click kat link tue…
Selamat Berjaya! J
Thursday, March 24, 2011
Cerita Kek Sarang Semut
(diam)
Ayah: eh kan mak cik yang jual kuih pagi2 tu ada buat mee, mee hoon dgn nasi goreng jugak…!
Aku: owh yer la ek…. Hurm ok nanti kak yong gie tanya dia..
(diam lagik..)
Aku: kak yong ingat nak buat birthday cake Aqil nanti.. boleh design sendiri… letak la Mickey ker… Dibo ker.. (ceh… hajat beso tue)
Ayah: ko buat la kek sarang semut (sambil tunjuk belen2 kuih sarang semut a.k.a kek gula hangus yg ada kat atas meja tue)… yang tue ibu buat kan?
Aku: aah…
Ayah: ayah suka kek tue.. ibu ko buat memang sedap…
Aku: (erk…!!! )tak reti la nak buat kek tue… sebab kalau salah buat air gula tue tak jadik..
Friday, March 18, 2011
Wardina Ajar Anak Solat
I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off...
I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very important to keep this in mind:-
1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat
2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau)
lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"
3)Selalu cerita how IMPORATAMT it is to solat..how Allah is watching us... how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat.....
4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)
5)kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.
Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for her..and guess what????
She was actually praying her Asar prayers...i wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap".....cair nya hatiku ini.
Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im sharing with all of you!!!Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!
And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!
I love you all!!! Good night.....
** i took that picture of Amna praying from my table, dia sendiri bangun solat Isyak...without even bothering me..berbunga hati seorang ibu....
Thursday, March 17, 2011
I'm Bless!!!
Wednesday, March 16, 2011
Hujan Batu Di Negeri Sendiri...
Monday, March 14, 2011
Lesson to be learn!
Thursday, March 10, 2011
Saman Oh! Saman
my boss and my boss boss!!
Wednesday, March 9, 2011
Selain Blogging... Trend Baru ... YouTubers
Yang ni IniAnwarHadi
ni MatLutfi
yang cantek manis ni Maria Elena
Monday, March 7, 2011
Alanna Sayang!
Muhasabah Diri Yang Lalai
Thursday, March 3, 2011
Colostrum Utk Imune Sistem - Khas Utk Aqil Reza
- tak de selera makan?
- mengalami tanda2 alergi /alahan?
- cepat penat dan tak bermaya?
- kerap giler sakit?
- hilang focus dan konsentrasi terhadap sesuatu perkara?
- takut kalau2 anak korang terkena jankitan kuman/virus kat sekolah atau playschool?
- risau kalau anak korang mandi kat swimming pool awam?
- sedaya upaya nak larikan anak korang dari tempat yang penuh sesak?
- me’restrict’kan anak korang dari men’explore’ dunia luar?
- Baiki/Kuatkan immune system.
- Tahan lasak kepada infections.
- Kurangkan reaction allergy kat badan.
- Lebih baik dalam penghadaman.
- Cepat memperbaiki luka dan sel badan.
- Metabolisma tulang yang lebih sihat.
- Kurangkan lemak dalam badan.
- Memperbaiki energy level.
- Dapat tidu dgn lebih nyenyak.
- Tambahkan stamina dan endurance.
- Mood yang sentiasa baik.
Kalau nak order boleh contact kakak cantek Sis Ayu at
Wednesday, March 2, 2011
Positive Vibration VS Negative Vibration
Sepatutnya kita kena memulakan hari dengan perkara positif. Contohnya, bangun pagi jer minum air masak dulu, amik wudu’ dan solat. So setiap flow kita pada hari itu akan berada dalam keadaan positif.. kalau ada yang negatif pun tak berapa nak efek sangat kat mood kita ari itu.
Tetapi….
Ari ni aku start dengan rutin yang kelam-kabut.. adeh~ memula jam dah bunyi pukul 5.50pagi tadi tapi aku gie snooze pastu konon2 nak nap kejap jer tapi terbabas sampai kul 6.50pagi. Pastu tak gie minum air dulu… terus jer masuk bilik air mandi. Tak sempat solat subuh plak tuh. Anta budak2 gie nursery lambat kul 7.25pagi. Aku gerak dari umah ke ofis kul 7.35pagi. Tengah jam tue ade plak kete2 yang tak makan saman… buat aku menyirap jer (siap menyumpah lagi). Lepas LDP tol tu ada plak lori bawak batu2 yang tak tutup muatan dia… dah la tu siap bawak sesuka hati sampai batu sebesar side-mirror jatuh betul2 depan kete aku siap tercampak2 lagi. Memang tak sempat aku nak brek sebab kete bertindan2 kat belakang aku. Kang aku brek emergency kompem diorang langgar kete aku. Baik aku redho je batu2 beso tu tercampak2 kat kete aku. Hish.. nasib baik tak kena kat encik moto depan kete aku tue. Sian aku tengok dia nak mengelak2 kiri kanan tak nak kena batu beso tue. Hampeh betul la masyarakat sekarang ni. Tak prihatin langsung dengan keadaan sekitar. Pikir nak senang dia jer.
Macam semalam semua flow positif hingga malam. Sebab aku start hari dengan perkara positif. Contoh semalam, bangun tido senyum2 skit, gie dapur minum air segelas, mandi, solat, siap make-up, sebelum pukul 7 dah siap anta budak2 gie nursery. Sampai ofis kul 8.10pagi. Breakfast. Dan sepanjang hari tue adalah hari yang positif.
Moral of the story:
1. Aku kena start setiap pagi dengan rutin yang positif
2. Merungut boleh mendatangkan banyak perkara negative
3. Amalkan 7x Surah At-Taubah (2 ayat terakhir) setiap kali lepas solat – aku dah try amalkan sebulan… Alhamdulillah!
· [128] Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.
· [129] Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar."