Thursday, October 18, 2012

POWER! Kursus Menguruskan Kewangan Dgn Bijak Oleh AKPK

Assalammualaikum semua,

Hari ni mummy attend training POWER! managing your debt effectively oleh AKPK (Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit) kat UEM Leadership Centre, PJ. Puncanya, main register je training yang ada sebab nak cukupkan KPI. Dah hujung-hujung tahun ni baru gelabah sket nak attend training. ;p

Banyak betul dapat info menarik dari Pn Azleena. Memang kita sebagai manusia ni lebihkan kehendak daripada keperluan.

 Program ini diasaskan oleh Gabenor Bank Negara, Dr Zeti Akhtar Aziz (gambar bawah). Program ini di uruskan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Dimana kaunselor-kaunselor membantu sesiapa sahaja yang ingin belajar menguruskan kewangan dengan baik dan mempunyai lebihan wang untuk simpanan kecemasan. (ewah... ayat cam tulis berita sajok)



 Yang ada retis kat atas ni adalah sebagai tanda sokongan mereka terhadap progam POWER! ni. Program ni sangat best dan padat. Tapi kalau nak di huraikan satu-satu kat sini kang korang pening plak. Sebab bila di letak dalam bentuk ayat, jadi panjang oooo....

Yang penting kena tahu asas. Kata Pn Azleena ni, Cash Flow Management ni ada 2 jenis:
Active Income : Pendapatan @ Kewangan yang dapat daripada makan gaji, bekerja sendiri (bisnes), commission insurance (mcm mummy dpt tu)
Passive Income: Pendapatan yang dapat dari sumber simpanan korang atau investment korang (cth: ASB, Public Mutual, rentals, dividends, royalties).

 Macam mana nak tahu samada gaji bulanan yang korang dapat tu ada surplus (positive) ke idok? Kalau idok tu deficit (negative) ler ye. Apa yang perlu korang buat? Kira la ye uols...

1. Jumlah Pendapatan - Jumlah Hutang = Tunai Surplus (ada lebihan) "Keep Up The Good Work"
2. Jumlah Pendapatan - Jumlah Hutang = Tunai Deficit (tak cukup) "Sila Review Cara Berbelanja Anda"

Contoh senang macam ni..
Senario 1: Gaji 100, Belanja 100 = Sila mati on the dot bila korang bersara, puncanya dah takde duit nak belanja bila bersara umur 55 tahun nanti ye.

Senario 2: Gaji 100, Belanja 150 = Sila mati awal sket sebelum bersara ye, puncanya belum apa-apa duit dah terlebih guna dari yang korang dapat tiap-tiap bulan. Nanti bersara kompem lagi susah hidup.

Senario 3: Gaji 100, Belanja 80 = Yang ni bagus. Berbelanja secara bijak. Siap boleh simpan 10% dari gaji untuk kecemasan (sakit, kereta rosak, tetiba hilang upaya sebab eksiden ke)

So kira.. jangan tak kira.. ahaks...!

Perghh.. tengok statistik ni pon dah ngeri. Waktu ni la rasa kena top-up coverage insurance ku. Company cover selagi korang kerja je. Bila dah start sakit, cam boss aku (nama dirahsiakan) dia strike with cancer stage 3, mmg tak dapat nk apply mana-mana insurance. Tapi boss aku ni nasib baik ada 3 polisi dan salah satunya Prudential. Padahal history tak pernah sakit apa-apa pun sebelum ni.

Kata kaunselor Pn Azleena tu lagi, setiap orang mesti buat budget. Ala-ala budget kerajaan 2013 tu. Eceh... idok le serupa itu sangat. Dah kata pun ala-ala kan... Kalau korang tak buat budget, sebelum hari gaji untuk bulan seterusnya, mesti korang dah start makan maggie, atau puasa, atau makan biskut kering dengan milo kat opis.

Kebaikan buat budget:
1. Hidup dalam keadaan tenang dan selesa (sbb semua hutang piutang dah dijelaskan)
2. Dapat menyimpan untuk kecemasan.
3. Mengajar tabiat menyimpan.
4. Dapat kenalpasti jumlah keseluruhan kewangan bulanan.

Macam mana korang nak tau yang korang spending tu Keperluan atau Kehendak???? part ni aku sentap sket... ahaks.. mesti ada antara korang yang sentap gak.. hehehe Contoh senang nak paham spt di bawah:

KEPERLUAN KEHENDAK
Makanan Makan di restoran mewah
Tempat Tinggal Rumah ala-ala resort banglo
Pakaian Baju berjenama
Masa Berkualiti Dgn Keluarga Bercuti ke luar negara
Kereta / Motor Kereta mewah, sport
Telefon Telefon canggih terkini
Komputer Komputer canggih terkini



Apa yang paling penting korang kena ingat??? Hutang korang (loan denga bank) tidak boleh lebih 40% dari gaji korang. Dan simpanan mestilah 10% dari jumlah pendapatan bulanan. Ingat je konsep asas tu mesti budget tak lari.

Sebenarnya banyak lagi tapi baik korang attend je kursus 4jam POWER! ni. The best part is its FREE. :) Nak tahu macam mana nak register?

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit
Aras 8, Maju Junction Mall,
1001, Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur
E-mail: enquiry@akpk.org.my
Fax: 03 2616 7601

Sampai jer rumah terus bercerita dengan encik bb. Terus buat calculation and budget (on-paper) dan kitorang nak try implement next month. Nanti akan hapdet uols ye outcome nyer...

Okey daaaa....

Wednesday, October 17, 2012

Misi Mencari Taska + Tadika

Assalammualaikum semua,

Start Januari 2013 ni, kami sekeluarga akan berpindah ke rumah baru di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. Lebih dekat mummy nak ke office Cyberjaya ni. Sekarang ni dok berulang-alik dari Sg Buloh ke Cyberjaya memang akan penat. Penat melayan jam tiap-tiap hari. Bila dah kompem nak pindah ni, mesti la gelabah sket dok pikir mana nak letak budak-budak ni. Aqil next year dah 5 tahun so nak kena cari kindie untuk dia. Aqil dah 2 tahun masuk playschool, dia dah boleh kira, kenal huruf, kaler dan bentuk. Agak brother-brother skit Aqil sekarang. Asyik dok ikut ape yang mummy panggil Amir pagi-pagi, 'Budak sayang.. budak sayang-sayang'.. hehehe comel ;p

Amir pula dah masuk 3 tahun. Dia pun dah agak berdikari sebab taska yang sekarang ni ajar macam-macam. Doa makan, al fatihah, surah-surah pendek dia dah boleh baca, cuma dalam bahasa dia, tapi mummy tahu Amir baca surah tu. hehehe... Sejak dah bijak pandai ni semua nak buat sendiri. Nak pakai baju sendiri, nak cebok sendiri, nak makan sendiri. Tang sepah rumah tu lagi dia bijak. Banyak barang-barang abang Aqil yang berjaya di pecahkan, di patahkan, di rosakkan oleh Amir. Abang Aqil bengang je. Sian Aqil. Baru je semalam Amir hempas tablet pc Aqil. Tak de pulak dia nak hempas tablet pc sendiri. Nasib baik tak de pape.

Last 2 weeks, operasi meng-google-kan maklumat taska dan tadika dijalankan. Serentak tu jugak pergi riki tempat taska dan tadika kat area Sepang. Mummy memang carik yang ada sijil JKM. Senang sikit nak pantau.

Jom jalan-jalan cari taska ;p

1. Taska dan Pusat Jagaan Harian Cendiakawan
    Lokasi: Taman Ixora, Sepang
    Pengusaha: Pn Rosnita Ibrahim

Review:
  • Cantik, bersih dan tersusun rapi
  • Ada jadual harian untuk kanak-kanak
  • Ada tempat tidur dan alas bantal sendiri (JKM yang tetapkan)
  • Ada silibus belajar dan main
  • Kipas
  • Yuran berpatutan
  • Lokasi: Corner-lot, ada in-door games, 2 tingkat
  • Masa: 7.00pagi - 6.30ptg
  • Overtime: RM10/hr
Pendaftaran : RM50
Yuran Tahunan : RM250
Yuran Pendidikan : RM230
Buku dan Alatulis : RM138
Pakaian Seragam : RM35
Pakaian Sukan : RM30
Alas Tidur dan Bantal : RM 35
Total : RM768

2. Taska Penyanyang Sepang
    Lokasi: Tmn Seroja, Sepang
    Pengusaha : Pn Sabariah Abu

Review:
  • Cantik, bersih dan tersusun rapi
  • Ada jadual untuk kanak-kanak
  • Ada tempat tidur dan alas bantal (mcm katil askar tapi cantik dan sesuai dgn ketinggian budak)
  • Ada silibus belajar dan main
  • Aircond dan kipas
  • Yuran berpatutan
  • Lokasi: Corner-lot, asa indoor games, 1 tingkat
  • Masa: 7.00pagi - 6.30ptg
  • Overtime: RM10/hr
Pendaftaran : RM30
Yuran Tahunan : RM50
Bulanan : RM200
Alas Tidur dan Bantal : RM150

3. Tadika Islam An Najwa dan Integrasi
    Lokasi: Tmn Seroja, Sepang
    Pengusaha: Pn Maryati Ayob
    (mempunyai Executive Diploma Perkembangan Awal Kanak-Kanak dan Pengurusan, penganjur kursus guru-guru tadika di Kementerian Pelajaran, beliau juga adalah Panel Penggubal Kurikulum PraSekolah)

Review:
  • Cantik, bersih dan sangat tersusun rapi
  • Ada indoor playground
  • Ada sand and water area for kiddos (motoring skills)
  • Ada art area for kiddos (drawing and arts skills)
  • Memori grafik, sains, math, commucication skills, and etc
  • Lokasi: double-storey corner lot
  • Masa: 7.30 pagi - 5.30ptg
Pendaftaran: RM100
Bulanan: RM360
Sem 1 : RM1220
Sem 2 : RM1220
Pakaian: RM40/sepasang or RM117/3psg
Pakaian Riadah: RM30/sepasang or RM87/3psg

utk more details An Najwa, korang boleh view kat sini.http://annajwacdc.com/

So kami decide utk Amir - Taska Penyanyang Sepang dan untuk Aqil - Tadika Islam An Najwa dan Integrasi. Mummy suka gile dpt An Najwa utk Aqil ni. Cantik uols.. teruja.. ahaks...

Tuesday, October 9, 2012

Amir featuring in Positive Parenting magazine

Dah lama tak hapdet blog ni.. berabuk sudah.. sangat busy uols (hahaha poyo tak?) ekeke kita tukar kerja tempat baru, environment baru, kawan2 baru.. yang tu next entry kita hapdet k.

Kali ni zura nak hapdet pasal Pneumococcal yg kita dok sibuk2 cakap sekarang. Ramai budak2 kecik yang bawah 5 tahun kena penyakit merbahaya ni sampai ada kawan kita yang kehilangan anak disebabkan penyakit ini. Cuba sebut sket.... Pneumococcal Meningitis (nu-mo-ko-kel-me-ning-ji-tis) boleh? hagak macam terbelit2 lidah tu sila la praktis banyak kali sket ye uols..

Sejak si comel ku itu survived dari Pneumococcal Meningitis last June 2011. Kalau yg nak tahu tentang Amir survived Pneumococal Meningitis ni boleh klik sini. Zura banyak terlibat dengan aktiviti sukerela yg mana khas utk create awareness (beri kesedaran) kepada semua parents yg ada anak bawah umur 5tahun tentang bahaya penyakit ini.

Sebelum ini ada terlibat dgn ceramah, newspaper interview utk Berita Harian, Harian Metro, Sin Jiu Jit Poh dan yang terbaru ni magazine interview. Semuanya untuk bagi pengetahuan pada parents termasuk korang2 ni yg ada anak, adik2 kecik, anak2 buah, sedara-mara yg bawah umur 5 tahun. Pergilah amik vaccin Pneumococcal ni.

Okey. So hari tu (2-3 bulan lepas Chairman Positive Parenting (Datuk Dr Zulkifli Ismail - Past President utk Malaysian Paediatric Association) ni ada e-mail untuk request staff dia dtg untuk interview Zura. Magazine ini adalah percuma (complimentary copy) yg selalu diedarkan kat semua hospital2 kepada pesakit2. Magazine ni baru keluaran ke 2 untuk 2012. Korang jugak boleh visit kat www.mypositiveparenting.org untuk dapatkan banyak maklumat tentang keibubapaan ni :)

So ni la hasilnya....



Remember parents!!!! protect your child with pneumococcal vaccin... sedey wooo duduk ICU lelama.. pastu bila tanya doctor 'ape harapan anak saya nak sembuh?' Doc tu diam jer... tak sentap tak korang? Alhamdulillah Amir Reza dah semakin besar. Dah 2 tahun dia skrg. Dah bijak bercakap.

Sila abaikan mummy yg over kat belakang tu yer.. ahaks....