Tuesday, July 12, 2011

Khinzir Itu Binatang Serba Guna! Kenapa Tuhan Kau Haramkan...

Pernah satu hari, seorang kawan (non-muslim) datang dan bertanya: "Itu babi binatang serba guna, dari hujung kaki sampai hujung rambut babi tu semua ada kegunaan, ada manfaat. Lemak, kulit, tulang ,daging, isi, bulu babi semua boleh guna (rujuk gambarajah di bawah), tapi kenapa Tuhan kau (Allah) haramkan binatang tu?"

Kalau korang, apa korang jawab?
 


 


'Evolusi' HIKMAH pengharaman khinzir:

Dahulu, Selepas Proses pencerahan Renaissance di Eropah, masyakat Islam terpegun dengan kemajuan Barat, salah satu dari kaedah yang mereka gunakan ialah kaedah saintifik yang didasari dengan Method Empirikal. Setiap penilaian baik dan buruk mesti ada bukti saintifik. Dalam menghadapi arus kemajuan ini, umat Islam dengan sifat defensif apologetik (mengambil Islam sebagai pihak tertuduh), setiap hukum syarak cuba diberikan analisakan versi empirikal, berbagai istilah yang digunakan istilah HIKMAH, ada istilah RAHSIA disebalik kefarduan Solat dan sebagainya.

Umat Islam tercari-cari bagaimana untuk menguatkan lagi hujah dihadapan musuh Islam itu berkenaan dengan khinzir, penyelidikan barat digunakan dan didapati Khinzir mengandungi cacing pita, Umat Islam  bergembira, maka dicanangkan isu ini seantero dunia, HIKMAH pengharaman babi dek kerana adanya cacing pita, kemudian ada ahli sains barat mendapati dalam lembu juga ada cacing pita. Umat Islam bergerak ke arah lain pula mencari bukti baru, kemudian muncul pula istilah KUMAN BABI, sekali lagi HIKMAH pengharaman khinzir dicanang-canangkan. 

Ahli Sains Barat sekali lagi, menerangkan bahawa tidak ada masalah dengan kaedah saintifik kami kami dapat menghindarkan segala aspek cacing pita, kuman babi dan lain-lain lagi . Maka timbul pula cerita daging babi dapat mempengaruhi naluri seksual "ghirah". Besok mungkin barat akan dapat membuktikan secara saintifik, bahawa isu 'ghirah' ini, adalah tidak benar....so kemanakah pula pelarian masalah HIKMAH pengharaman khinzir, selepas ini? Dan jadilah Islam seolah-olah bukan kebenaran Mutlak, maka jadilah Islam sesuai dengan Teori Relativisme (tidak ada kebenaran Mutlak).
 
Sebab Babi Diharamkan

Babi diharamkan kerana memang Allah haramkan babi. Macam mana hujah saintifik? perlu tapi tidak akan mengubah keharamannya. Bukan kerana tabiatnya dan bukan kerana kekotorannya. Tapi kerana firman Allah, dalam Al-Qur’an dan Sunnah, di antaranya:

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللَّهِ

“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang (yang ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah.” (QS. Al Baqarah: 173)

Firman-Nya:

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ

“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging hewan) yang disembelih atas nama selain Allah.” (QS. Al Maa’idah: 3)

Dan firman-Nya:
إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ

“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan atasmu (memakan) bangkai, darah, daging babi dan binatang yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah.” (QS. An Nahl: 115)

Demikian juga sabda beliau:

Dari Abu Hurairah bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya Allah telah mengharamkan khamr dan hasil penjualannya dan mengharamkan bangkai dan hasil penjualannya serta mengharamkan babi dan hasil penjualannya.” (HR. Abu Daud)

 

Babi diharamkan bukan kandungan kimianya atau bukan kerana tabiatnya yang menghilangkan "ghirah", Tapi  kerana babi itu memang diharamkan berdasarkan nas. Selagi kita terikut-ikut rentak kafir menyoal dan menyerang Islam maka selagi itu kita akan terperangkap dengan hujah mereka, jadilah Islam dilentur mengikut kehendak mereka. Menjawab soalan yang bukan jawapannya adalah salah dan berlawanan dengan Islam dan akan mengelirukan lagi penanya berkenaan dengan Islam .

Seperkara lagi ialah tentang perkara berdakwah kepada orang kafir. Kita berilah seberapa banyak ataupun seberapa sohih sekalipun dalil2 nakli (ayat Alquran atau Hadith2 sohih),sedangkan kewujudan Allah (sometimes kewujudan TUHAN) pun mereka tidak percaya, masakan mereka akan percaya kepada dalil2 tadi. Apatah lagi jika dalil2 itu datang dari Alquran yg mereka akan anggap tidak lebih dari sebuah buku semata-mata.

Dalam AlQuran banyak ayat menyuruh kita berfikir tapi, dalam masalah aqidah...manakala berkenaan dengan hukum syarak kita kena dengar dan taat, dan kalau ada nas menerangkan ada HIKMAH penerapan hukum maka kita ambil. Dalil Aqli khas untuk aqidah dan dalil hukum syarak kita nukil dari Kitab, jadi dalil naqli. Peranan akal dalam aspek aqidah adalah untuk membuktikan kewujudan Tuhan dan KeEsaanNYa, manakala peranan akal dalam aspek hukum syarak, adalah untuk memahami hukum Allah dari nas.

Wallahualam.

Monday, July 4, 2011

Aqil terkena Elektrik kat Dataran Penggaram Batu Pahat

Hari Jumaat lepas, aku sekeluarga balik kampong hubby di Batu Pahat. Selalunya bila balik kampong jarang skit jalan-jalan ke bandar sebab selalu ke rumah kampong yang parents hubby make-over. Memang aku suka lepak kat kawasan kampong sebab nyaman jek. Tapi Sabtu malam tu hubby ajak semua makan luar. Kitorang makan kat kedai Bubur Ayam kat Jalan Penggaram. Kedai ni speciality nya bubur ayam yang di hiding skali dengan telur masin, ikan bilis goreng, bawang goreng, cili padi dan daun sadri. Layan jugak bubur tu.. tapi aku tak makan bubur. Aku rasa jer hubby nye bubur. Aku makan cheese nan yang di hiding dgn kari kambing atau kari ayam dan dhal. Ikut la mane korang nak sental.  Makan kat sini tak mahal sangat. Harga yang berpatutan.
 hazim dan ayahtok
 aqil
 amir
iqa dan mak tok

Lepas tu kitorang terus gerak gie Dataran Penggaram Batu Pahat nak tukar suasana pulak. Saje je jenjalan kat situ. Aku belikan Aqil & Hazim helicopter yang pakai straw tu. Meriah jugak dataran malam tue sebab banyak gerai-gerai jualan and aktiviti kat pentas utama. Siap ada mini paintball and big screen tu di pasang citer zaman dulu-dulu yang aku pun tak pasti tajuk citernya. Ada la melepak dalam 30-45 minit, then terus menghala balik. Nanti berembun sangat pun tak elok. Waktu tu dalam pukul 10.30mlm. Aku dukung Amir. Hubby pimpin Aqil. Dia ajak ke gerai-gerai (booth) kat tepi jalan tu nak tengok baju budak-budak ni. Aku follow dekat kat belakang Aqil. Hubby turun dari sisi jalan. Aqil di pimpin rapat. Waktu ini Aqil terpijak sesuatu kat devider tepi jalan tue sampai dia terkena genjatan elektrik. Bunyi letupan kecil di susuli dengan percikan api elektrik dari bawah kaki kanan Aqil. Semua mata tertumpu kat Aqil sebab bunyi yang sangat kuat. Riuh sekejap kawasan tu. Aku yang dukung Amir follow rapat belakang Aqil dan hubby, terkejut sebab aku boleh nampak jelas aliran letrik tu naik keluar.

Hubby memang tak perasan sebab dia pimpin Aqil sambil jalan ke depan. Aku tengok Aqil selamba jer. Aku dah berderau. Semua orang yang ada dekat situ hampir dengan kami. Aku panggil hubby untuk berhenti jalan. Aku periksa Aqil. Tanya dia sama ada rasa sakit ke tidak. Dia diam. Salah seorang penjual di gerai-gerai tu mengawasi kawasan yang Aqil kena shoot. Aku bagi tau orang kat situ kenapa tak di tutup wayar ground, yang sepatutnya ada tiang lampu. Tetapi bila tak pasang tiang lampu, wayar itu di biar tanpa tutup keselamatan.

Aku periksa kaki Aqil lagi. Baru dia cakap kaki dia sakit. Tapi tak ada apa kesan di kaki Aqil. Kawasan dataran sangat ramai manusia terutama kanak-kanak bermain.
Bila sampai rumah Aqil main macam biasa. Lepas beberapa minit aku datang periksa kaki kanan Aqil. Sudah ada kesan melecur di tapak kaki. Aku pergi periksa kesan tapak selipar yang Aqil pakai. Ada kesan terbakar dan melecur di selipar getah Aqil. Waktu tu aku teringat getah adalah penebat lektrik yang sangat baik.
 beza selipar Aqil lepas kena genjatan elektrik

 dari jarak dekat - nampak tak kesan hangus tu?

dari angle lain... selipar Aqil yg hangus... kalau korang perasan, kaki kanan Aqil yang kena tapi selipar kiri yang hangus... puncanya.. Aqil selipar terbalik.. haiz~

kaki kanan Aqil ada kesan melecur, dah kesan lecur tu panas weiiii... sorry guna hp camera so flash dia lebih skit...

 shot dari angle lain..... pun tak clear sgt..byk flashed

the next day.. aku dtg balik..  


..dan hanya ditutup dengan kon dan batu bata yang mana sebelum itu tidak di tutup langsung


ni pejalan kaki tu.. nampak tak tiang lampu kat hujung tue.. sepatutnya ada tiang lampu kat tempat Aqil kena tu jugak tetapi tidak di pasang, dan TIDAK ditutup langsung dan mungkin sudah ramai orang terkena tetapi tidak di laporkan...
pandangan dari jalan raya menghadap ke Dataran Penggaram Batu Pahat 

Aku kesal dan kecewa dengan Majlis Perbandaran Batu Pahat dan TNB yang gagal memantau keselamatan wayar lampu yang tidak dipasang dan hanya dibiarkan terbuka begitu sahaja.  Nasib baik Aqil pakai selipar getah yang dapat menebat letrik dengan baik. Kalau tidak, NAUZUBILLAH! Pulak tu Aqil di pimpin oleh hubby. Lektrik boleh terkena mereka berdua. Aku nak buat aduan tentang ini supaya perkara lebih buruk tidak berlaku kepada orang lain. Anak orang lain. Aku sungguh kecewa dengan pihak-pihak yang gagal memantau kawasan terbuka seperti padang, dataran dan sebagainya yang biasanya di kunjungi oleh orang ramai. Tambahan pula malam tersebut ada event berlangsung.

-Mummy yang kecewa-